11 Hotel Dengan View KLCC Yang Menarik

KLCC merupakan mercu tanda lambang kemegahan Malaysia. Kalau ke Kuala Lumpur, tidak sah kalau tak singgah di KLCC kan.

Pengunjung yang datang ke Kuala Lumpur tidak kisah dari dalam negara atau luar negara pasti akan memilih penginapan hotel view KLCC terbaik.

Artikel kalini adalah tentang senarai hotels dengan view KLCC yang terbaik untuk anda pilih. Kami senaraikan 11 hotel near klcc yang anda boleh menginap dengan view KLCC jika ke Kuala Lumpur.

Accommodation: Where to Stay in Kuala Lumpur

Senarai Hotel View KLCC yang terbaik

KLCC juga dikenali dengan Petronas Twin Towers atau KLCC Twin Towers mempunyai banyak tempat-tempat menarik untuk aktiviti seisi keluarga seperti Aquaria, Taman KLCC dan Petrosains dan lain-lain.

Boleh la survey harga tiket Petrosains untuk bawa anak-anak ke sini.

Berikut merupakan 11 hotel nampak view KLCC terbaik sebagai destinasi percutian anda.

Traders Hotel

View KLCC Traders Hotel

Traders Hotel ni sangat berbaloi dengan harga. Bilik hotel dengan KLCC view amat menarik malah cantik dan besar. Bilik air bersih, besar, ade shower dan ada bathtub. Paling penting view yang sangat cantik untuk tengok Menara Berkembar Petronas dari bilik sahaja.

Ngam-ngam buka langsir nampak full KLCC. MAke sure pilih twin tower view.

Rasa taknak berganjak dari dpn cermin sampai tidur tak tutup langsir lawo sgt. Breakfast pun sedap.

Jangan lupa mintak view KLCC tau kalau time check in tu. Jangan bimbang. Staff hotel mesra. Parking pun mudah je.

Alamat: Traders Hotel, Kuala Lumpur, 50088 Kuala Lumpur

Detail Hotel Traders Hotel

Grand Hyatt

KLCC View Grand Hyatt


Hotel Grand Hyatt yang exclusive gila. Betul-betul tengah2 bandar KL. Memang hotel Grand Hyatt ni near KLCC. Artis pun buat wedding dekat sini tau. Sekali imbas tengok confirm harga ribu riban kalau nak stay hotel macam ni. Tapi tak sebenarnya. Kalau nak bilik dengan view KLCC, Grand Hyatt merupakan antara pilihan untuk anda.

Alamat: 12, Jalan Pinang, Kuala Lumpur, 50450 Kuala Lumpur

Detail Hotel Grand Hyatt

W Kuala Lumpur

w kuala lumpur bilik view klcc


Modern ID with view klcc of course. Tilam bantal selesa empuk yakmat, tv standard basic astro channel, and gambarnya elok HD. Toilet pun cantik, ada bath tub and banyak cermin ya. Bilik dia pun mmg banyak cermin haa.

Breakfast semi buffet. Pilihan dia for me ok. Banyak lah for breakfast. And overall makanan sedap.

View dekat swimming pool dia cantik gila. Betul-betul nampak KLCC.

Bab parking pulak, banyak dan free parking untuk anda yang menginap di W KUALA LUMPUR, validate free masa check out.

Alamat: 121, Jalan Ampang, Kuala Lumpur, 50450 Kuala Lumpur

Detail Hotel W Kuala Lumpur

Hilton Garden Inn

hotels klcc view hilton garden


Kebanyakan bilik Hilton Garden Inn menawarkan pemandangan yang menawan dengan KLCC view atau KL Tower. Korang boleh naik ke Rooftop 25 untuk mandi pool, layan sunset dan view Kuala Lumpur sambil menikmati pelbagai minuman.

Alamat: 452, Jalan Tuanku Abdul Rahman, Chow Kit, 50100 Kuala Lumpur

Detail Hotel Hilton Garden Inn

The Ruma Hotel and Residence

bilik view klcc the ruma


Location The Ruma Hotel and Residence betul-betul area city centre. Memang betul-betul KLCC view. Walkable area pavilion, bukit bintang, KLCC. Ke Aquaria dalam 3minit je jalan kaki. Malam-malam boleh jalan ke bukit bintang dan pavilion. Swimming pool infinity pool menggunakan tiles black gold colour. Record video dalam pool pun nmpk cantik sebab berkilau.

Alamat: 7, Jalan Kia Peng, Kuala Lumpur, 50450 Kuala Lumpur

Detail Hotel The Ruma Hotel and Residence

Impiana KLCC Hotel

hotel nampak view klcc impiana hotel

Impiana KLCC Hotel merupakan hotel 4 bintang yang terletak di lokasi yang strategik di ibu kota metropolitan, Kuala Lumpur. Hotel ini juga merupakan satu-satunya hotel yang menghubungkan dengan Pavilion-KLCC melalui jambatan pejalan kaki.

Alamat: Impiana Klcc Hotel & Spa, 13, Jalan Pinang, Kuala Lumpur, 50450 Kuala Lumpur

Detail Hotel Impiana KLCC Hotel

Element Hotel Kuala Lumpur

hotel kolam view klcc element hotel


Hotel Element Kuala Lumpur by Westin ni mempunyai kolam renang yang tertutup tau. Jadi, tak perlu risau keadaan cuaca panas ker hujan ker, mandi jer. Pool adalah jenis ‘heated pool’. Jadi, air dia suam-suam sedap dan mereka menggunakan air masin.

Yang lagi seronok, kolam renang di Element Hotel Kuala Lumpur ini terletak di tingkat 39. Jadi, sambil mandi itu boleh jenguk-jenguk pemandangan bandaraya Kuala Lumpur.

Alamat: IB Tower, 8, Lrg Binjai, Kuala Lumpur, 50450 Kuala Lumpur

Detail Hotel Element Hotel Kuala Lumpur

EQ Hotel Kuala Lumpur

hotel klcc view with bathtub eq hotel


Kadang-kadang bukan taknak pergi jauh, tapi cuti tak banyak. Nak taknak boleh staycation dekat-dekat ajelah. Yang sukakan percutian santai di Kuala Lumpur tapi nak view KLCC, korang boleh cuba EQ Hotel Kuala Lumpur. So far review semua suka dan puas hati.

Dengan view KLCC yang superb, siap ada infinity pool. Layanan dari staf pun cukup mesra, breakfast ramai puji sedap. Bertaraf 5 bintang tau, memang value for money sangat dengan apa yang korang dapat.
Alamat: EQ, Equatorial Plaza, Jln Sultan Ismail, Kuala Lumpur, 50250 Kuala Lumpur
Booking: Detail Hotel EQ Hotel Kuala Lumpur

Mandarin Oriental Kuala Lumpur

hotel pool view klcc mandarin hotel


Mandarin Oriental KL, (MOKUL) terletak di lokasi paling unggul dan hanya bersebelahan KLCC. Meskipun usianya lebih 20 tahun tapi masih terpelihara elok dan penyelenggaraan yang baik.

Hiasan dalaman yang terdapat sentuhan oriental sesuai dengan namanya dan membawa ke istana Maharaja Cina. Swimming pool agak kecil namun kebersihan yang tinggi. Permandangan yang sememangnya view KLCC Park dan skyline yang menarik.

Alamat: Kuala Lumpur City Centre, 50088 Kuala Lumpur

Detail Hotel Mandarin Oriental Kuala Lumpur

Tamu Hotel & Suites Kuala Lumpur

hotel kl view klcc tamu hotel


Tamu Hotel & Suites Kuala Lumpur merupakan hotel patuh syariah yang dikenali ramai dan terletak di kg baru, syurga makanan tau. Yang seronoknya suasana subuh di Tamu Hotel & Suites ni umpama di Mekah sebab ramai yang turun solat berjemaah di masjid.

Kolam di Tamu Hotel besar dan nampak view KLCC serta Kuala Lumpur. Sangat strategik! Hotel ni dekat dengan segala macam tempat menarik kat KL seperti Kg Baru, Chow Kit, KLCC, Pintasan Saloma, Sogo, dan macam-macam lagi. Dari pool hotel boleh dapat view KLCC & KL Tower.

Alamat: 120, Jalan Raja Abdullah, Kampung Baru, 50300 Kuala Lumpur

Detail Hotel Tamu Hotel & Suites Kuala Lumpur

Banyan Tree Kuala Lumpur

hotel view klcc murah banyan tree


Sumpah cantik gila. Santai depan kolam dalam bilik jer dapat View KLCC. Serius menarik bilik jenis Sanctuary Suite di Banyan Tree Kuala Lumpur. Depan katil jer kolamnya. Cuti sekolah ni bawak family syok.

Alamat: 2, Jalan Conlay, Kuala Lumpur, 50450 Kuala Lumpur

Detail Hotel Banyan Tree Kuala Lumpur

Kalau ke Melaka jangan lupa baca: 65 Homestay Dengan Private Pool di Melaka

Penutup

Dah buat pilihan hotel KL view KLCC untuk anda menginap nanti? Yang penting, semua senarai hotel di atas mempunyai pemandangan yang memukau dan harga memang mampu milik untuk setiap golongan. jom cek cuti 2023 ni di: Kalendar Cuti 2023

Apakata survey pula harga tiket Zoo Negara dan Harga tiket Aquaria KLCC alang-alang menginap di hotel dalam senarai di atas ini.