Tempat Menarik di Kuala Terengganu

Kuala Terengganu, sebuah bandaraya yang terletak di pantai timur Malaysia, mempunyai banyak tempat menarik untuk dikunjungi oleh para pelancong. Dari pantai-pantai yang indah hingga ke warisan budaya yang kaya, terdapat banyak tempat menarik di Kuala Terengganu yang boleh anda terokai.

Untuk penginapan di Kuala Terengganu: Lihat Chalet Homestay Hotel Terbaik Di Kuala Terengganu

10 Tempat Menarik di Kuala Terengganu

Berikut adalah senarai 10 tempat menarik di Kuala Terengganu yang wajib anda lawati ketika berada di sana.

Pantai Batu Buruk

Pantai Batu Buruk Tempat Menarik di Kuala Terengganu

Merupakan salah satu tempat menarik di Kuala Terengganu yang mesti dilawati. Pantai Batu Buruk ni terletak di Bandar Kuala Terengganu. Pantai Batu Buruk sangat terkenal dengan kemeriahan dan keindahannya dengan ramai pengunjung yang datang ke sana. Anda boleh menikmati makanan laut yang enak seperti sotong celup tepung ataupun ikan bakar yang fresh malah pengunjung juga boleh mengambil gambar di sini.

Terdapat juga kereta kuda yang dihias cantik untuk anda naiki bersama yang tersayang. Jadi jangan lepaskan peluang ke pantai menarik ini jika anda ke sana.

Alamat: Pantai Batu Buruk, 20400, Terengganu.

Jambatan Angkat Kuala Terengganu

Tempat Menarik di Kuala Terengganu Jambatan Angkat Kuala Terengganu

Merupakan sebuah jambatan yang Ikonik dan menjadi mercu tumpuan para pengunjung yang berkunjung ke Kuala Terengganu dimana jambatan ini menyerupai The Tower Bridge London. Selain untuk kelancaran lalulintas, ia juga menjadi tarikan untuk melawat dan mengambil gambar. Anda boleh berjalan di atasnya dan menikmati pemandangan Sungai Terengganu.

Masjid Kristal

Masjid Kristal di Kuala Terengganu

Merupakan salah satu tarikan menarik di Kuala Terengganu. Masjid ini merupakan antara masjid yang indah dengan kubah kristal yang memukau. Ia merupakan salah satu keajaiban seni bina di Kuala Terengganu.

Muzium Negeri Terengganu

Di Muzium Kuala Terengganu ini para pengunjung dapat mempelajari sejarah dan budaya Terengganu. Terdapat pelbagai koleksi seni, artifak, dan peninggalan bersejarah yang menarik.

Pantai Pandak

Pantai Pandak Kuala Terengganu

Selain dari Pantai Batu Buruk, Pantai Pandak juga merupakan antara tempat menarik yang mesti dilawati. Pantai yang tenang dan cantik, sesuai untuk bersantai sambil menikmati matahari terbenam.

Kampung China

Kalau ke KualaTerengganu, jangan lepaskan peluang utuk melawati Kampung China ini. Di kawasan ini terdapat pelbagai bangunan-bangunan bersejarah dan kedai-kedai tradisional.

Dataran Shahbandar

Tempat yang popular untuk bersantai dan menikmati pemandangan laut. Dataran Shahbandar sering menjadi tempat untuk pelbagai acara dan aktiviti komuniti. Festival seni, pesta makanan, dan perayaan kebudayaan sering diadakan di sini, menjadikannya pusat kehidupan sosial yang dinamik.

Taman Awam Lagun Kuala Ibai

Taman Awam Lagun Kuala Ibai

Taman yang luas dengan tasik dan taman permainan untuk keluarga. Taman Awam Lagun Kuala Ibai merupakan destinasi mesra keluarga yang menawarkan pelbagai aktiviti rekreasi dan keindahan semula jadi. Terletak di Kuala Ibai, Kuala Terengganu, taman ini menarik pelancong dan penduduk setempat dengan suasana yang menyegarkan dan pelbagai kemudahan yang disediakan.

Dengan keindahan alam semula jadi, kemudahan rekreasi yang lengkap, dan pelbagai aktiviti untuk semua peringkat umur, Taman Awam Lagun Kuala Ibai menyediakan peluang untuk bersantai dan menikmati momen berkualiti bersama keluarga dan rakan-rakan.

Pantai Teluk Ketapang

Pantai Teluk Ketapang, terletak di Kuala Terengganu, adalah destinasi pantai yang memukau dengan keindahan alam semula jadi dan panorama laut yang menakjubkan. Dikenali sebagai salah satu pantai paling terkenal serta merupakan tempat menarik di Kuala Terengganu, Pantai Teluk Ketapang menawarkan pengalaman rekreasi yang menyegarkan.

Pasar Payang

Pasar Payang tempat menarik di kuala terengganu

Merupakan sebuah Pasar tradisional yang menjual pelbagai barangan seperti kain batik, keropok lekor, dan hasil seni tempatan. Pasar tradisional ini adalah tempat yang hebat untuk anda membeli-belah. Anda akan menjumpai pelbagai barangan seperti pakaian, aksesori, dan cenderamata. Antara salah satu tempat menarik di Kuala Terengganu yang mesti dilawati sekiranya anda mencari buah tangan untuk dibawa pulang.

Kami sentiasa menawarkan tiket dengan harga yang tergempak dan terendah: Lihat di CUTI-CUTI MALAYSIA

Selain daripada tempat-tempat menarik yang telah disebutkan sebelum ini, terdapat banyak lagi aktiviti yang boleh anda lakukan di Kuala Terengganu. Berikut adalah beberapa cadangan:

  1. Mencuba Makanan Tempatan: Jangan lepaskan peluang untuk mencuba makanan tempatan seperti nasi dagang, otak-otak, dan satar. Anda boleh mencari gerai-gerai makanan di sekitar bandar untuk merasai hidangan khas Terengganu.
  2. Mengunjungi Pulau-Pulau Berdekatan: Kuala Terengganu terletak berhampiran dengan beberapa pulau yang menarik seperti Pulau Redang, Pulau Kapas, dan Pulau Perhentian. Anda boleh menyertai pakej percutian untuk snorkeling, menyelam, atau bersantai di pantai.
  3. Menyusuri Pantai-Pantai Lain: Selain Pantai Batu Buruk, terdapat juga pantai-pantai lain seperti Pantai Teluk Ketapang dan Pantai Pandak yang sesuai untuk bersantai dan menikmati pemandangan laut.

Jadi, pastikan anda merancang percutian yang lengkap dengan mengambil kira aktiviti-aktiviti di atas.

Jadi, jika anda merancang percutian ke Kuala Terengganu, pastikan singgah di tempat-tempat menarik ini. Anda akan dapat menikmati keindahan alam, budaya, dan seni yang unik di negeri ini. Kalau ke Besut, jemput baca Tempat Menarik di Besut.

Selamat bercuti di Kuala Terengganu.