Pengalaman Menginap di Traders Hotel Dengan View KLCC

Antara hotel yang top dengan view KLCC ialah Traders hotel yang boleh di booking melalui website AGODA: Booking Traders Hotel di AGODA. Apa salahnya kalau sekali sekala kan bawa isteri dan keluarga ke sana.

Traders Hotel

Kami sekeluarga berkesempatan untuk pergi ke hotel Traders ini tahun 2021 yang lalu sempena ulang tahun perkahwinan kami.

traders hotel view klcc

Yang paling best sekali ialah tempat letak kereta di hotel adalah percuma untuk pelanggan Traders Hotel. Sampai hotel, terus pergi ke lobby tanya staff parking dekat mana tempat parking then staff tersebut explainlah parking dekat area mana. Kalau anda 1st time kesini memang agak mengelirukan dia punya parking. Jadi better tanya staff hote dulu ye. Sebelum check out tu make sure bagi reception untuk diorang validate bahawa anda adalah pelanggan Hotel Traders ye.

Then, dia offer untuk bawakan barang ke bilik kami. So kami terus ke parking dan naik ke lobby semula untuk access ke reception. Setelah selesai penerangan oleh pihak hotel, mereka memberikan kunci untuk ke bilik tanpa sebarang masalah.

Check In di Traders Hotel

Sewaktu check in, pihak hotel memberikan penjelasan yang sangat terperinci tentang bilik yang kami tempah. Proses check-in berjalan lancar dan kami tidak perlu meletakkan deposit kerana kami telah membayar penuh selepas membuat tempahan.

Bilik yang kami tempah mempunyai pemandangan yang cantik ke arah KLCC. Betul-betul berhadapan KLCC. View memang SUPERB. Buka je langsir terus nampak full KLCC. Rasa taknak berganjak dari depan cermin sebab pemandangan KLCC lagi-lagi waktu malam.

Baca Juga  Skytropolis Funland, Genting Kini Dibuka Semula Kepada Pengunjung

Buggy untuk ke KLCC

Kami juga boleh melihat taman KLCC dari bilik kami di mana terdapat ramai orang beriadah di situ. Pihak hotel juga ada menyediakan buggy jika anda hendak ke KLCC. Buggy tersebut boleh didapati pada bila-bila masa di lobby hotel. Tapi buggy ni terhad pada first comes first serve basis dan hari apa kena inform concierge dulu jika nak menggunakan buggy untuk ke KLCC. Buggy service ke KLCC available pada jam 10pagi sampai 10malam sahaja. Nak balik boleh scan code dan whatsapp diorang.

Jika anda taknak naik buggy untuk ke KLCC, boleh juga berjalan-jalan sambil menikmati keindahan pemandangan kerana jarak ke KLCC sangat dekat dan kita boleh berjalan kaki sambil menikmati taman KLCC.

Anda dan anak-anak juga boleh ke Aquaria tapi seeloknya tempah tiket awal terlebih dahulu. Kalau tidak anda kena beratur panjang. untuk membeli tiket. Untuk kesenangan anda, anda boleh membeli tiket Aquaria dari Shopee terlebih dahulu: Beli Tiket Aquaria di Shopee. Tapi jika tidak ramai orang, boleh aje beli di kaunter Aquaria tersebut.

Kelengkapan Traders Hotel

Segala kelengkapan dalam bilik hotel juga cukup lengkap. Sejadah untuk solat ada disediakan oleh pihak hotel bagi yang Muslim. Pihak hotel juga menyediakan mask, tisu basah dan pembersih tangan yang tersedia di atas meja. Bilik sangat bersih dan teratur. Tandas pun sangat bersih dan kelengkapan seperti hair dryer, tisu muka, dan pisau cukur yang disediakan oleh pihak Hotel Traders. Bathroom dia betul-betul sangat mewah. Actually interior bathroom lagi menarik perhatian berbanding bedroom & living room.

bilik air traders hotel
Gambar Oleh: Siti Nor Aminah

Terdapat juga iron board dan peti keselamatan di bilik. Sudut kopi dan peti ais juga lengkap berserta meja kerja. Jika anda nak buat sambutan seperti ulang tahun perkahwinan atau hari lahir, just bagitahu sahaja pihak Hotel Traders dan hotel akan menyediakan belon dan kek di bilik.

Baca Juga  16 Tempat Menarik di Perlis Untuk Anda Lawati

Sarapan di Traders Hotel

sarapan traders hotel
Gambar oleh: Nzdh Ida

Sarapan pagi untuk dua orang adalah percuma tetapi jika anda ada bawa anak-anak maka anda perlu membayar untuk sarapan mereka. Tapi ada kelebihan dimana anak-anak anda akan dapat sarapan percuma jika telah mendaftar sebagai ahli Golden Club hotel. Sarapan bermula pada jam 6.30 pagi dan terdapat pelbagai hidangan seperti masakan tempatan iaitu nasi lemak, mee goreng & beberapa jenis lauk also western breakfast dan sushi. Pastri seperti croissant sangat sedap dan lembut.

Kesimpulan

Antara faktor ramai pilih Traders Hotel ini ialah tak payah drive langsung kalau nak ke Aquaria, Petrosains, Skybridge Twin Tower, Saloma ataupun bas hop on hop off untuk pusing-pusing Kuala Lumpur.

Traders Hotel di Kuala Lumpur sememangnya menawarkan pengalaman yang memuaskan dengan pelbagai kemudahan dan kebersihan yang diberikan. Layanan dari staf hotel juga sangat baik dan membantu dalam segala hal. Kemudahan akses ke KLCC dan taman yang berdekatan memberikan kelebihan kepada sesiapa sahaja yang menginap di Traders Hotel.

Sementara itu, pilihan makanan yang disajikan lagi-lagi sewaktu sarapan juga beraneka ragam dan lazat. Secara keseluruhan, Traders Hotel adalah tempat yang sesuai untuk diletakkan sebagai pilihan bagi mereka yang mencari penginapan dengan view KLCC.

Jika anda nak mencari hotel dengan view KLCC selain traders hotel boleh baca: 11 Hotel Dengan View KLCC Yang Menarik

Apakata survey pula harga tiket Zoo Negara, harga tiket Petrosains dan Harga tiket Aquaria KLCC alang-alang menginap di Traders hotel ini.

error: Content is protected !!