7 Tempat Menarik di Pahang Untuk Anda Pergi

Mesti ramai tertanya-tanya mengenai tempat menarik di Pahang kan. Pahang merupakan destinasi pelancongan yang menarik di Malaysia dengan pelbagai tarikan dan daya tarikan yang unik. Berikut adalah beberapa alasan mengapa pelancong suka datang ke Pahang.

Berikut adalah beberapa alasan mengapa pelancong suka datang melawat tempat menarik di Pahang:

Penginapan di Pahang boleh refer: Info Penginapan Terdekat

Keindahan Alam Semula Jadi: Pahang terkenal dengan lanskap alam semula jadinya yang menakjubkan. Dari hutan hujan tropika Taman Negara yang terbesar di Malaysia hingga ke puncak Gunung Tahan yang menantang, pelancong akan dapat menikmati keindahan semulajadi yang menakjubkan.

Pantai dan Pulau Menarik: Pahang mempunyai pantai-pantai yang menakjubkan seperti Pantai Cherating, Pantai Teluk Chempedak, dan Pulau Tioman yang terkenal. Pelancong boleh menikmati aktiviti seperti berjemur di pasir putih, menyelam, snorkeling, dan menikmati pemandangan laut yang menakjubkan.

Warisan Budaya dan Sejarah: Pahang juga kaya dengan warisan budaya dan sejarah yang menarik. Di Kota Kuantan, pelancong boleh melawat Istana Sultan Ahmad Shah dan Balai Seni Visual Kuantan. Selain itu, Pahang juga mempunyai kampung-kampung tradisional yang memperkenalkan pelancong kepada budaya dan adat istiadat tempatan.

Aktiviti Luar: Pahang menawarkan pelbagai aktiviti luar yang menyeronokkan seperti memancing, memanjat tebing, berbasikal, dan memburu. Terdapat juga air terjun menakjubkan seperti Lata Iskandar dan Lata Berembun yang menawarkan pengalaman yang menarik.

Taman Tema Menarik: Pahang mempunyai beberapa taman tema menarik seperti Genting Highlands dan Bukit Gambang Water Park yang menyediakan hiburan dan keseronokan untuk pelancong dari segala peringkat umur.

Kali ini admin ingin berkongsi mengenai perkongsian dari salah seorang warga twitter iaitu #IniCeritaAku yang telah berkongsi kan tempat menarik di Pahang. Jadi admin share perkongsian beliau iaitu:

tempat menarik di Pahang

Tok tengok ramai yang dah mulakan rancangan nak pergi cuti-cuti Malaysia sejak kebenaran rentas negeri diumumkan kelmarin.

Ni Tok kongsi 7 tempat menarik di Pahang, negeri paling besar di Semenanjung Malaysia yang boleh anda lawati.

Tempat Menarik Yang Ada Di Negeri Pahang

Taman Negara Pahang

Tempat menarik di Pahang kalini akan membawa anda ke Taman Negara. Taman Negara yang pertama di Malaysia ni adalah tempat di mana kat sinilah korang semua boleh jumpa macam-macam jenis flora dan fauna yang berusia hampir 150 juta tahun.

Penginapan berdekatan Taman Negara Pahang boleh refer: Info Penginapan Terdekat

Dalam Taman Negara Pahang juga ada canopy walk yang terpanjang di dunia!

Tempat Menarik Di Negeri Pahang

Janda Baik

Nampak hambar tapi sebenarnya tenang di sana, Tok seronok masa ke sana dulu. Terletak satu jam je daripada KL, kat sini korang boleh jumpa banyak sangat tempat penginapan menarik yang berkonsepkan alam semulajadi dalam hutan. Sesuai kalau nak lepaskan stress. Boleh baca: Homestay dan Chalet Menarik di Janda Baik

Tempat Menarik Di Negeri Pahang

Gunung Tahan

Salah satu gunung yang menjadi kegilaan para hikers. Mempunyai ketinggian 2187 meter daripada paras laut, semestinya gunung tertinggi di Semenanjung Malaysia ni tempat terbaik untuk uji stamina dan kekuatan tubuh korang. Pasti puas tengok pemandangan!

Tempat Menarik Di Negeri Pahang

Sungai Lembing

Ini unik, Terletak lebih kurang 40 minit daripada Bandar Kuantan, pekan kecil penuh sejarah ni pasti memukau mereka yang ingin merasai suasana kawasan perkampungan yang dikelilingi bukit bukau. Tempt ini pernah menjadi pusat pengeluaran biji timah terbesar dunia.

Baca juga: Tempat Menarik Di Ipoh Untuk Dilawati

Tempat Menarik Di Negeri Pahang

Bandar Temerloh

Temerloh juga antara lokasi singgahan yang menarik jika berada di Negeri Pahang. Terkenal dengan jolokan Bandar Ikan Patin, memang rugi kalau tak singgah sini untuk makan juadah ikan patin masak lemak tempoyak yang original.

Jadi kalau korang nak merasa ikan patin tempoyak original jangan lupa singgah ke temerloh tau.

Penginapan di Pahang boleh refer: Info Penginapan Terdekat

Tok suka makan tepi sungai tu.

Tempat Menarik Di Negeri Pahang

Genting Highlands

Antara tempat menarik di Pahang yang tak perlu diperkenalkan lagi. Destinasi terbaik kalau nak cari hiburan yang sesuai dengan semua lapisan umur. Selain seronok membeli belah di Genting Premium Outlet, jangan lupa untuk naik cable car dan juga bermain di taman tema yang ada!

Tempat Menarik Di Pahang

Kuala Gandah

Ini antara lokasi pilihan Tok tak lama lagi nak pergi sini, Pusat Konservasi Gajah yang menyediakan pengalaman unik yang korang takkan lupakan. Selain melihat gajah-gajah dengan lebih dekat, korang juga boleh bermandi-manda dengan gajah-gajah tu semua.

Jemput baca: Tempat Menarik Di Kuantan Untuk Dilawati

Sekian sahaja perkongsian mengenai tempat menarik di Negeri Pahang. Jumpa lagi di lain artikel. Kalau korang ada nak share mengenai kawasan percutian yang menarik, jangan segan silu untuk dm admin di Destinasi Percutian – Kongsi Tempat Menarik

Dengan daya tarikan semulajadi yang menakjubkan, warisan budaya yang kaya, dan pelbagai aktiviti menarik, Pahang adalah destinasi pelancongan yang popular bagi pelancong yang mencari pengalaman yang memuaskan di Malaysia.

Jangan lupa like page kami Destinasi Percutian dan Follow instagram kami Destinasi Percutian