AirAsia akan menambah penerbangan lewat malam dengan tambang rendah tetap untuk musim perayaan Pesta Menuai dan Hari Raya Aidilfitri dengan tambang bermula RM99 sehala dari Kuala Lumpur ke Alor Setar, Kota Bharu, Kuala Terengganu dan Johor Bahru dan RM149 dari Semenanjung Malaysia ke Sarawak, dan RM199 dari Semenanjung Malaysia ke Sarawak.
Tambang rendah tetap ini tersedia untuk perjalanan antara 31 Mei dan 17 Jun 2019. AirAsia juga akan menawarkan tambang rendah untuk laluan terpilih ke Sabah dan Sarawak bagi perjalanan antara 27 Mei dan 30 Mei 2019.
Ketua Pegawai Eksekutif AirAsia Group, Tan Sri Tony Fernandes berkata, lebih daripada 115,000 tempat duduk tambahan disediakan sepanjang tempoh perayaan berkenaan dan AirAsia berterima kasih kepada kerajaan atas sokongan mendapatkan kelulusan penerbangan ini. Anda boleh rujuk tarikh dan masa perjalanan di bawah.
Semua tetamu juga dinasihatkan untuk mendaftar masuk secara dalam talian dan mencetak pas masuk mereka sendiri. Daftar masuk melalui web dan aplikasi mudah alih boleh didapati dari 14 hari sebelum waktu pelepasan untuk semua penerbangan AirAsia. Ini saatnya untuk anda membeli tiket agar dapat beraya di kampung halaman. Jangan tunggu lama-lama.
AirAsia berkata bagi pelanggan yang berlepas dari Lapangan Terbang Antarabangsa Senai di Johor Bahru, mereka digalakkan menggunakan perkhidmatan Fast Airport Clearance Experience System (FACES) untuk perjalanan lebih lancar. Pendaftaran FACES boleh didapati secara percuma di aplikasi mudah alih AirAsia.
Jangan lupa booking penginapan anda di Airbnb bagi mendapatkan harga terbaik. Terdapat pelbagai pilihan homestay disitu.
Jangan lupa like page kami Destinasi Percutian dan Follow instagram kami Destinasi Percutian