Bermula 8 April 2019 tiada lagi bagasi daftar masuk untuk penerbangan DOMESTIK Malaysia Airlines bila anda memilih tiket penerbangan MH dengan tambang yang paling murah iaitu Economy Lite.
Lepas ni kalau nak beli tiket flight MAS, semak status tiket sebelum beli, jangan ingat tiket MAS asalkan murah, semua ada luggage, padahal tiada. Walau bagaimanapun, Enrich Members dengan status Silver, Gold & Platinum memiliki kelebihan dengan tambahan elaun bagasi seperti yang tertera.
Penerbangan Domestik
Tiada bagasi untuk Lite Tiket. Jika hendakkan bagasi pastikan beli tiket Basic atau Flexi.
Penerbangan Antarabangsa
Bagasi percuma dikurangkan kepada 20KG bg tiket promo.
NOTE:
Bagi yang dah beli tiket sebelum 8 April 2019, tidak affected. Masih lagi 30KG bagasi percuma.
Jangan lupa booking penginapan anda di Airbnb bagi mendapatkan harga terbaik. Terdapat pelbagai pilihan homestay disitu.
Jangan lupa like page kami Destinasi Percutian dan Follow instagram kami Destinasi Percutian