Syarikat penerbangan kegemaran anda kini kembali dengan promosi tempat duduk percuma yang menawarkan 5 juta tempat duduk bermula 11 hingga 17 Mac ini.
Dalam satu kenyataan, syarikat itu menyatakan tambang promosi ahli yang ditawarkan pada harga serendah RM12 adalah bagi penerbangan sehala Kuala Lumpur ke Kuantan, Johor Bahru, Kota Bharu dan Pulau Pinang serta serendah RM36 bagi penerbangan termasuk ke Can Tho, Padang, Hua Hin, Siem Reap, Banda Aceh.
Manakala tambang serendah RM199 untuk penerbangan AirAsia X dari Kuala Lumpur ke Tianjin, Gold Coast, Osaka, Seoul, Honolulu dan lain-lain.
Tempahan boleh dilakukan menerusi airasia.com dan aplikasi mudah alih AirAsia mulai 11 hingga 17 Mac, 2019 bagi tempoh perjalanan antara 1 September 2019 dan 2 Jun, 2020. – BERNAMA
Bagi pelanggan yang ingin menikmati lebih keselesaan dan pelbagai kelebihan lain, terbang dengan tempat duduk Premium Flatbed yang telah memenangi pelbagai anugerah dari Kuala Lumpur ke Jaipur, Taipei, Chengdu, Fukuoka, Jeju dari hanya RM699.
Sempena tawaran itu, AirAsia juga menawarkan sejuta promosi bilik hotel di laman web AirAsiaGo.com.
AirAsiaGo.com menawarkan diskaun tambahan sebanyak 5 peratus dengan kod promosi HOTEL5 untuk hotel yang terpilih dengan tawaran hotel yang tersedia. Tetamu juga boleh menikmati penjimatan lebih apabila menempah penerbangan bersama hotel.
Jangan lupa booking penginapan anda di Airbnb bagi mendapatkan harga terbaik. Terdapat pelbagai pilihan homestay disitu.
Jangan lupa like page kami Destinasi Percutian dan Follow instagram kami Destinasi Percutian