AirAsia Tawar 5 Juta Tempat Duduk Promosi Serendah RM12 Sehala Bermula 17 Jun 2019

AirAsia

AirAsia tawar 5 juta tempat duduk harga promosi

Syarikat penerbangan tambang rendah AirAsia kini kembali dengan promosi lebih lima juta tempat duduk promosi secara besar-besaran menerusi jualan tempat duduk percuma bermula 17 Jun sehingga 19 Jun 2019 ke serata destinasi.

Ketua Pegawai Komersial Air­Asia Karen Chan berkata, tempahan boleh dibuat di laman web airasia.com atau melalui aplikasi mudah alih AirAsia bermula sepanjang tiga hari tersebut dari 17 Jun 2019 (0001h GMT +8) sehingga 19 Jun 2019 (2400 GMT +8) bagi tempoh perjalanan antara 1 November 2019 dan 8 September 2020.

Bagi pemilik BigPay dan pemegang Kad Kredit AirAsia, mereka boleh menikmati akses keutamaan 24 jam lebih awal dari 16 Jun 2019 dan menikmati akses kepada tempat duduk pada harga terendah.

Ahli AirAsia BIG juga boleh menebus tempat duduk promosi bermula dari serendah 500 Mata Ganjaran BIG di laman air­asiabig.com dan aplikasi mudah alih AirAsia BIG.

Bagi mereka yang nak buat perubahan dalam tempahan atau ingin membuat tambahan boleh berbuat demikian pada halaman My Bookings yang serba baharu dengan hanya 3 langkah mudah – Tekan, Pilih & Bayar!

AirAsia menawarkan tambang promosi termasuk semua untuk ahli Air­Asia BIG bermula serendah RM12. Antara penerbangan yang ditawarkan ialah untuk penerbangan dari Kuala Lumpur ke Penang dan Johor Bahru, RM89 untuk penerba­ngan ke Lombok dan Nha Trang, RM139 ke Shantou dan Bhubaneswar, dan banyak lagi.

Manakala bagi penerbangan AirAsia X pula menawarkan tambang serendah RM179 untuk penerbangan dari Kuala Lumpur ke Chongqing, RM279 ke Osaka dan lain-lain.

Bagi menikmati lebih ke­se­lesaan dan pelbagai kelebihan lain yang disediakan oleh airasia, terbang dengan tempat duduk Premium Flatbed yang telah memenangi pelbagai anugerah dari Kuala Lumpur ke Jaipur dengan tambang RM699, RM799 ke Jeju dan Taipei, RM899 ke Perth dan banyak lagi.

Bukan itu sahaja, tetamu boleh menikmati penerbangan percuma apabila mereka menempah pakej percutian penerbangan dan hotel di airasia.com. Para pelancong yang ingin menempah hanya hotel atau aktiviti juga boleh memanfaatkan diskaun yang diberi sehingga 50 peratus untuk hotel terpilih dan sehingga 30 peratus untuk pelbagai aktivi­ti bagi melengkapkan percutian mereka.

Untuk aktiviti terkini dan promosi AirAsia, sila ikuti AirAsia di Twitter, Facebook dan Instagram.

error: Content is protected !!