AirAsia Mula Laluan Penerbangan Baharu Dari Melaka ke Pulau Pinang

Laluan baharu dari Lapangan Terbang Antarabangsa Melaka (LTAM) ke Pulau Pinang akan mula beroperasi pada 1 Julai ini oleh Syarikat penerbangan tambang rendah AirAsia Berhad (AirAsia).

Exco Kerja Raya, Pengangkutan dan Kemudahan Awam Melaka, Datuk Mohd Sofi Abdul Wahab berkata AirAsia telah menghubungi Malaysia Airports Holdings Berhad (MAHB) dan Pihak Berkuasa Penerbangan Awam Malaysia (CAAM) bagi menyatakan hasrat untuk memulakan operasi di LTAM ke destinasi tersebut.

“AirAsia turut menyatakan hasrat untuk memulakan laluan baharu yang lain dari LTAM iaitu ke Kota Kinabalu, Langkawi dan Pekan Baru (selewat-lewatnya hujung tahun ini).

“Ini memberi petunjuk bahawa LTAM sudah semakin maju dan dengan adanya laluan baharu ini, ia dapat membantu pertumbuhan sektor pelancongan di Melaka,” katanya pada persidangan Dewan Undangan Negeri Melaka di Kompleks Seri Negeri di sini, hari ini.

Beliau menjawab pertanyaan Damian Yeo Shen Li (DAP-Duyong) yang ingin tahu jumlah pengguna, destinasi baharu dan keselamatan infrastruktur di LTAM. Untuk tahun 2019, kerajaan negeri menyasarkan seramai 75,000 orang akan menggunakan LTAM susulan pelbagai laluan baharu yang akan dibuka melalui 2 syarikat penerbangan iaitu AirAsia dan Malindo Air.

Jangan lupa booking penginapan anda di Airbnb bagi mendapatkan harga terbaik. Terdapat pelbagai pilihan homestay disitu.

Jangan lupa like page kami Destinasi Percutian dan Follow instagram kami Destinasi Percutian

Baca Juga  5 Lokasi Macam Di Oversea Yang Ada Di Malaysia
error: Content is protected !!