Pulau Pinang seperti diketahui umum sangat dikenali sebagai tempat percutian best kat Malaysia sehinggakan mendapat jolokan nama ‘syurga makanan’. Mana taknya, kat Penang ni kalau bab makan sehari memang tak cukup nak cover semua tempat makan best. Menu makanan signature di Penang seperti Laksa Penang, Nasi Kandar, Pasembur atau Mee Sotong adalah makanan mesti cuba kalau anda bercuti ke mana-mana tempat menarik di Penang.

Jom baca perkongsian oleh saudara Ammar Zakwan mengenai kisah perjalanan mereka 3 beranak ke Pulau Pinang selama 3 Hari 2 Malam :-

* Kami stay di Victoria Garden Hotel, Georgetown (3H2M di Booking.com)
* Hotel ni memang berbaloi, sebab ada Podium Parking. Jadi tak de lah pening kalau nak cari parking area situ
* Bandar Georgetown kira location yang sangat sesuai kalau kalian mencari tempat untuk ambik gambar Street Photo
* Location yang sangat dekat dengan Street Art

Location yang kami pergi kali ni mungkin ada kalian yang tak pernah pergi, atau yang biasa selalu orang pergi :

1. Chew Jetty, Georgetown
* Masuk free je
* Tak sesak sangat, sebab orang datang dan blah
* Kalau yang nak cari souvenir, kat sini ada jual sepanjang jalan tu
* Tapi, bila sampai sini nak cari parking FREE memang susah
* So ada open carpark dekat area situ, kena bayor lah maybe dalam RM5-RM10 (padan muka)

2. Padang Kota
* Malam boleh try lepak-lepak sini
* Boleh duduk kat padang tengok orang main lastik berlampu tu
* Nasi Lemak Lobster yang famous tu pon ada kat sini (LOBSTER MAHAL kihkih)

3. Tropical Spice Garden, Teluk Bahang
* Kalau ada yang minat dengan pokok-pokok and nature , kat sini lah tempatnya
* Bayaran dalam RM31 untuk orang dewasa (Boleh dapat MURAH kalau beli on Website)
* Kalian akan dapat Audio Device sekali, tujuannya kalian akan dapat dengar info pasal pokok area yang terlibat
* Kalau nak pakai Guide pon boleh, tapi bayaran dalam RM43
* Jadi makesure kalian pergi waktu pagi, sebab tak panas sangat
* Bawak air sendiri, walaupun depa bagi minum teh herba percuma (tak manis, baik minum air manis sedap sikit)
* Pakai pakaan yang sesuai, sebab jalannya macam kena hike sikit (pakai makeup tebal confirm berkicap)

4. Entopia, Teluk Bahang

* Ni salah satu location yang wajib pergi
* Bayaran masuk dalam RM50 seorang dewasa
* Ada juga pakej untuk family
* Kat dalam ni Rama-Rama memang banyak dan jinak (nak bela tak best lah, baik bela biawak)
* Ada juga binatang yang lain kalau kalian jenis tak suka rama-rama (mostly serangga lah, xdelah pisang tengok rama2 je)
* Selain dari taman rama-rama, ada juga pameran tentang kehidupan serangga2 ni
* Jadi bayaran untuk RM50 memang kalian akan rasa berbaloi, kalau duduk kat dalam tu lama-lama lah

Ada beberapa tempat menarik yang kami tak sempat cover, seperti The Top Penang, The Habitat Penang Hill, Sky Walk,Escape Theme Park dan lain2 lah. (korang cover sendiri lah)

Untuk makan-makan Pulau Pinang memang no. 2 (No 1 opkos lembah klang :D)
Tapi isnin banyak kedai makan tutup
Makesure kalian ada backup plan kalau banyak kedai tutup
Di sini aku lampirkan beberapa gambar untuk tatapan kalian yang sempat kami cover

1. Restrain Sup Hameed (Sape yang nak makan light2. Sini mostly makan sup dengan roti)
2. Pasembur @ Gurney Drive Hawker Centre (Jangan amik banyak2. Aku amik 4 jenis dalam RM10)
3. Restoren Kapitan (Nasi Briyani, favourite aku)

4. Hameed Pata Mee Sotong (Mee goreng dengan sotong, #padubeb)
5. Warung Yusoff T.S Bismi (Nasi Lemak Goreng +Teh Halia #mangnificient)
6. The Alley Penang (Burn Cheese Cake #pehh)

7. Bee Hwa Cafe (Favourite sini, mee kari, key tow goreng, dan mee2 lain)

8. Nak makan nasi kandar beratur panjang betul

Jangan lupa booking penginapan anda di Airbnb bagi mendapatkan harga terbaik. Terdapat pelbagai pilihan homestay disitu.

Jangan lupa like page kami Destinasi Percutian dan Follow instagram kami Destinasi Percutian

Share on facebook
Facebook
Share on twitter
Twitter
Share on whatsapp
WhatsApp
Share on telegram
Telegram
100,000 orang pembaca destinasipercutian.com telah mendaftar AirBNB dan mendapat penjimatan
Klik SINI