AirAsia masih lagi mengekalkan kedudukannya sebagai antara peneraju syarikat penerbangan tambang rendah terbaik di dunia. Ini berikutan AirAsia telah memenangi Syarikat Penerbangan Tambang Rendah Terbaik Dunia bagi 11 tahun berturut-turut di Anugerah Syarikat Penerbangan Dunia Skytrax 2019.
AirAsia Syarikat Penerbangan Tambang Rendah Terbaik Dunia buat kali ke-11 berturut-turut
Manakala AirAsia X turut memenangi Kabin Premium Syarikat Penerbangan Tambang Rendah Terbaik Dunia bagi tempat duduk Premium Flatbed. Kesemua pengiktirafan ini diterima dalam anugerah berprestij dalam bidang penerbangan iaitu Anugerah Syarikat Penerbangan Dunia Skytrax yang diperkenalkan pada 1999 dan bersifat bebas serta tidak berpihak.
Anugerah Syarikat Penerbangan Dunia Skytrax merupakan penanda aras kecemerlangan global syarikat penerbangan. Keputusan tahun ini ditentukan melalui 21.65 juta kaji selidik pelanggan yang diterima daripada lebih 100 warganegara yang mengukur piawaian daripada 335 syarikat penerbangan dari Ogos 2018 sehingga Mei 2019.
Bagi meraikan kemenangan ini, AirAsia akan melanjutkan jualan besar-besaran AirAsia sehingga Ahad, 23 Jun 2019 (2400h, GMT +8). Dengan tambang bermula dari serendah RM12* untuk penerbangan dari Kuala Lumpur ke Penang dan Johor Bahru, RM89* untuk penerbangan ke Lombok dan Nha Trang, inilah masa terbaik untuk anda membuat tempahan bagi percutian seterusnya. Untuk menempah, layari airasia.com atau muat turun aplikasi mudah alih AirAsia.
Baca : AirAsia Tawar 5 Juta Tempat Duduk Promosi Serendah RM12 Sehala Bermula 17 Jun 2019
Jom tengok video kemenangan AirAsia oleh Astro Awani