Syarikat penerbangan Malaysia Airlines kini menawarkan potongan diskaun bagi kadar tambang sehingga 50 peratus bermula hari ini sehingga sehingga 8 Mei depan. Tawaran potongan diskaun ini bersempena dengan kempen Ultimate Travelisious Deals yang dilancarkan oleh syarikat penerbangan tersebut.
Menerusi kenyataan yang dikeluarkan oleh Ketua Pegawai Perolehannya Ignatius Ong, kadar potongan itu ditawarkan kepada pelanggannya yang merancang untuk ke destinasi antarabangsa dan berpeluang menikmati kadar tambang serendah (RM379) bagi penerbangan ke Phuket, Kochi dari (RM399) dan Bali (RM629) bagi kelas ekonomi.
Syarikat penerbangan MAS juga menawarkan diskaun yang sama bagi penerbangan destinasi ke China iaitu serendah (RM589) ke Nanjing, (RM689) ke Hong Kong dan RM1,089 ke Shanghai.
“Bagi destinasi ke Perth Australia pula kami menawarkan tambang bermula dari (RM999), Seoul (RM1,099), Tokyo (RM1,199) dan London (RM2,499)”.
Sementara itu pelanggan yang tidak membawa lebih bagasi tambahan boleh menikmati tambang economy Lite bagi destinasi domestik dengan harga serendah RM69 ke Pulau Pinang, Langkawi dan Kuching (RM99) serta Kota Kinabalu (RM159).
Baca : Peraturan Baru Untuk Had Bagasi Bagi Penerbangan MAS
Semua tawaran diskaun tersebut adalah sah untuk perjalanan bermula 29 April 2019 sehingga 31 Mac 2020. So, apalagi. Tempahla tiket penerbangan anda sekarang juga.