Tempat Menarik Di Melaka Pada Waktu Malam

Kali ini kami hasilkan artikel khas bagi membantu anda melawat tempat menarik di Melaka Bandaraya Bersejarah terutama pada waktu malam.

Melaka (Malacca) adalah lokasi paling bersejarah dan antara destinasi pelancongan paling top di Malaysia. Empayar Melaka satu masa dulu amat megah dan makmur sebelum kejatuhannya ke tangan Portugis. Melaka satu-satunya negeri yang dijajah Portugis, Belanda, Jepun dan British. Negeri ini menjadi rebutan kerana lokasinya yang strategik untuk aktiviti perdagangan.

Kalau nak cari homestay di melaka boleh baca: 65 Homestay Dengan Private Pool di Melaka

Oleh itu ia dikenali dengan nama Melaka Bandaraya Bersejarah. Ia turut diisytiharkan oleh UNESCO sebagai Bandar Warisan Dunia. Selain dari tarikan tempat bersejarah, terdapat banyak tempat menarik di Melaka untuk dilawati seperti pantai yang cantik, taman tema dan juga tempat-tempat percutian keluarga yang lain. Dengan kemudahan tempat penginapan yang banyak terdiri dari hotel berprestif, resort menarik dan hotel-hotel bajet, tidak hairanlah Melaka menjadi salah satu destinasi pelancongan paling popular di Malaysia. Disebabkan itu Melaka menjadi salah satu destinasi utama para pelancong dalam dan luar negeri.

Tempat Menarik Di Melaka Pada Waktu Malam

1. Melaka River Cruise

Tempat menarik di melaka

Nikmati angin malam bawah kelipan bintang sambil menikmati cahaya neon berwarna-warni di sepanjang Sungai Melaka pada waktu malam atas bot. Melaka River Cruise adalah sebuah alternatif untuk anda yang mahu menikmati keindahan Bandar Melaka tanpa dihantui kesesakan lalulintas. Dengan menaiki cruise, anda dapat bersiar-siar di sepanjang Sungai Melaka sambil menikmati pemandangan bangunan-bangunan warisan, gudang-gudang lama, gereja, grafiti dan juga kawasan perkampungan.
Cruise ini bermula di jeti Muara. Dari jeti Muara, anda akan dibawa sehingga ke jeti Taman Rempah dan berpatah balik ke jeti Muara. River Cruise bukan sahaja beroperasi pada waktu siang. Ia juga beroperasi pada waktu malam. Pemandangan malam adalah lebih cantik kerana sepanjang sungai dilimpahi dengan cahaya lampu berwarna-warni yang memukau.

Jangan terlepas peluang menaiki Melaka River Cruise yang membawa anda bersiar-siar menaiki bot sambil bersantai. Saya pasti percaya anda akan menyukai perjalanan selama 45 minit ini dan anda dapat melihat bangunan-bangunan lama dan bersejarah. Sambil bersiar-siar menikmati pemandangan, anda juga dapat belajar serba sedikit tentang sejarah negeri Melaka.

Bayaran Masuk – Dewasa RM25 | Kanak-Kanak RM15
Waktu Operasi – Setiap Hari: 9.00 A.M – 11.30 P.M
Alamat – Melaka River Cruise Boarding Port, Jalan Tun Mutahir, 75300 Melaka

2. Menara Taming Sari Melaka

 Menara Taming Sari Melaka

Menara Taming Sari adalah menara gyro pertama di Malaysia. Ianya dibuka pada tahun 2008. Pada yang tidak tahu, menara gyro adalah menara yang mempunyai platform pemerhatian yang berputar 360° dari bawah ke atas secara menegak. Platform menara ini bergerak turun naik dalam masa 7 minit setiap sesi.

Menara setinggi 80 meter ini adalah lokasi terbaik untuk pelancong melihat panorama Bandar Melaka dari atas. Dari Menara Taming Sari, beberapa tempat menarik di Melaka boleh di lihat seperti Bukit St.Paul, Bangunan Memorial Kemerdekaan, Muzium Samudra, Flor De La Mar, Dataran Pahlawan, Masjid Selat Melaka, Pulau Besar dan laut Selat Melaka yang membiru.

Jangan lepaskan peluang menaiki menara ini jika anda bercuti di Melaka. Harga tiket untuk dewasa ialah RM 20.00, manakala bagi kanak-kanak RM10.00.

3. Jonker Walk Melaka

Jonker Walk Melaka

Jonker Walk adalah tempat membeli belah yang paling popular di Bandar Melaka. Setiap hujung minggu, kawasan ini memang sesak dengan lautan manusia yang mencari cenderamata dan hidangan makanan jalanan yang sedap-sedap untuk dinikmati.

Jonker Walk ini kelihatan seperti mana-mana pasar malam di Malaysia, tetapi apa yang menyebabkan ia unik dan lain dari yang lain adalah jualannya. Terdapat pelbagai jenis dan variasi jualan dari hasil kraft, barangan cenderamata, barangan unik, baju, aksesori, makanan ringan dan snek tempatan, minuman dan macam-macam lagi. Yang datang ke sini pasti rambang mata melihat segala jenis jualan yang dijual dengan harga yang murah dan berpatutan.

Bayaran Masuk – Percuma
Waktu Operasi – Malam Minggu: 6.00 P.M – 12.00 A.M
Alamat – Jalan Hang Jebat, 75200 Melaka

4. Night Safari Zoo Melaka

Night Safari Zoo Melaka

Rasai pengalaman luar biasa bersama keluarga dengan meihat haiwan-haiwan di Zoo Melaka. Zoo ini mengumpulkan sebanyak 215 spesis haiwan yang berbeza. Zoo Melaka adalah zoo yang kedua terbesar di Malaysia selepas Zoo Negara. Luangkan masa bersama ahli keluarga dan anak-anak melihat kepelbagaian jenis haiwan. Night Safari hanya dibuka pada 2 hari saja iaitu pada hari jumaat & Sabtu dari jam 8 – 11 malam.

Sambil tu boleh la survey harga tiket Zoo Melaka alang-alang berada di Melaka.

Rasanya itu sahajalah perkongsian kami kali ini. Sekiranya ada pertambahan, pihak kami akan tambah di lain hari ya. Diharapkan artikel tempat menarik di Melaka pada waktu malam ini dapat membantu anda sekeluarga merancang sebuah percutian yang terindah dalam memori. Jangan lupa baca Tempat Menarik Di Melaka Untuk Seisi Keluarga

Jangan lupa booking penginapan anda di Agoda sekiranya anda mengunjungi Melaka. Ini bagi mendapatkan harga terbaik. Maklumlah terdapat pelbagai tempat menarik di Melaka yang mesti anda kunjungi dan tidak terlepas peluang. Ini kerana terdapat pelbagai pilihan homestay disitu.

Jangan lupa like page kami Destinasi Percutian dan Follow instagram kami Destinasi Percutian

error: Content is protected !!