Lost World Of Tambun Akan Dibuka Secara Percuma Kepada Umum Pada 19 Februari 2019

Sempena dengan Tahun Baharu Cina yang baru sahaja disambut 5 dan 6 Februari lalu, Kerajaan Negeri Perak telah memilih lokasi Lost World Of Tambun sebagai lokasi penganjuran Rumah Terbuka Tahun Baharu Cina Peringkat Negeri.

Berikutan itu taman tema Lost World Of Tambun akan membuka pintunya secara percuma kepada umum pada 19 Februari 2019 (Selasa) ini untuk warga Ipoh, warga negeri Perak dan seluruh rakyat Malaysia.

Pengurusan Lost World Of Tambun turut berbesar hati untuk membuka taman tema itu secara percuma bermula jam 2 petang sehingga 5 petang dan pengunjung boleh bersuka ria sehingga jam 11 malam. Ini berikutan majlis sambutan rumah terbuka Tahun Baru Cina negeri Perak yang akan diadakan pada bermula jam 2 petang.

Menurut Menteri Besar Perak, Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu, pihak kerajaan negeri akan menyediakan makanan yang secukupnya pada semua tetamu yang hadir. Pengunjung bukan sahaja dapat menikmati makanan yang telah disediakan, persembahan tarian singa dan sebagainya, malah pengunjung juga boleh bawa baju mandi untuk mandi manda serta melawat petting zoo yang berada di Lost World Of Tambun.

Majlis ini turut akan diserikan dengan keberangkatan Sultan Perak, Sultan Nazrin Muizzuddin Shah dan Permaisuri, Tuanku Zara Salim. Pemilihan taman tema itu bertepatan dengan usaha kerajaan negeri untuk memperkenalkan lokasi pelancongan tersebut kepada rakyat Perak malah seluruh rakyat Malaysia.

Jangan lupa juga untuk melawat tarikan terbaru yang disediakan disitu iaitu Luminous Forest yang dilimpahi cahaya pada waktu malam seperti seakan-akan filem Avatar.

Jangan lupa booking penginapan anda di Airbnb bagi mendapatkan harga terbaik. Terdapat pelbagai pilihan homestay disitu.

Jangan lupa like page kami Destinasi Percutian dan Follow instagram kami Destinasi Percutian

error: Content is protected !!