Hi, saja nak share sikit travelhack / tips bila travel waktu winter.
Selalu orang share tentang pemakaian yang sesuai kan. Thermal wear, winter coat, fleece, warmer, spike & so on.
Tapi kita selalu lupa, gajet pun perlukan pakaian panas sendiri, terutamanya handphone sebab selalunya ramai yang guna fon je untuk ambil gambar sebab mudah dan cepat.
Waktu winter, lagi-lagi kalau suhu yang below 0°c, handphone memang cenderung untuk termati dengan sendirinya walaupun secara hakikatnya, bateri banyak lagi. Ni normal sebab suhu terlalu sejuk & handphone tak boleh adapt dengan suhu bawah paras beku tu.
Tips ni secara kebetulan saya dapat waktu dah hari ke 7 travel, daripada seorang staff travel agency di Harbin sebab ternampak dia apply cara ni. Dah nak balik Malaysia pun waktu tu. Rasa rugi tak tahu dari awal sebab memang berguna dan sangat mudah.
Jadi, untuk elakkan handphone cepat mati / batteri drain too fast, caranya sangat mudah.
Beli warmer/heat pack yang ada pelekat tu, heat pack/body warmer la paling senang. Then, tampalkan kat belakang handphone yg bahagian bateri tu. Kalau handphone guna casing, tampal kat bahagian dalam casing, jangan luar casing sebab nanti tak berkesan sangat. Keputusannya, prestasi handphone jadi lebih baik sebab kekal suhu normal/panas walaupun suhu luar tengah sejuk menggila.
Nampak macam kelakar dan pelik kan? Tapi serius membantu. Saya guna Huawei P9, prestasi bateri memang menyakitkan hati. Kawan guna Iphone 6 pun sama, bawak keluar kejap, tak lama lepas tu mati.
Waktu di Beijing, Tianjin, dan beberapa hari di Harbin, dalam sehari tu boleh dikatakan lebih 15 kali handphone saya habis bateri atau termati sampai saya naik fed up. Tapi lepas apply cara ni, fuhhh rasanya tak sampai 2 kali pun mati, tu pun sebab warmer dah kurang panas.
So, that’s all for the travelhack. Semoga membantu!
p/s : kalau taknak kaki membeku/kebas, tampal shoe warmer/body warmer kat bahagian atas & bawah kaki selepas pakai stoking. Selain daripada membantu beri sedikit rasa panas, boleh juga jadi pad kaki yang menyelesakan kaki. Untuk tangan, masukkan hand warmer dalam glove, so takyah keluarkan tangan dari glove semata2 nak genggam warmer.