Harga Tiket Zoo Melaka Terkini dan Cara Beli Tiket Online

Zoo Melaka atau Taman Rekreasi Melaka merupakan sebuah taman rekreasi yang mempunyai pelbagai kemudahan dan tarikan menarik untuk pelawat. Taman ini terletak di Ayer Keroh, Melaka dan mempunyai keluasan kira-kira 54 ekar (22 hektar).

Sekarang, jom kita tengok harga tiket Zoo Melaka dalam artikel ini.

Untuk mencari penginapan di Melaka boleh: Klik Sini

ataupun baca artikel kami mengenai senarai homestay private pool di Melaka

Apa Bestnya Kat Zoo Melaka?

harga tiket zoo melaka

Zoo Melaka tak sekadar tempat tengok haiwan je; diorang pun ada buat usaha nak jaga haiwan-haiwan ni semua. Ada lebih dari 1,200 haiwan dari lebih 200 spesies yang berbeza. Korang boleh tengok macam-macam haiwan, dari yang rare sampai yang biasa.

Tidak salah mengatakan bahawa Zoo Melaka adalah salah satu tempat menarik di Melaka untuk anda kunjungi. Antara tarikan utama di Zoo Melaka ialah:

  1. Kawasan Khazanah Hidupan Liar
    • Mempamerkan lebih 1,200 spesies hidupan liar seperti gajah, harimau, rusa, burung, primata dan sebagainya.
  2. Taman Burung
    • Kandang burung yang besar di mana pelawat boleh melihat pelbagai jenis burung dari dekat.
  3. Taman Reptilia dan Insektarium
    • Mempamerkan pelbagai jenis reptilia seperti ular, buaya, kura-kura dan juga serangga.
  4. Pelbagai Permainan
    • Memuatkan pelbagai jenis permainan seperti kincir angin, bianglala, kereta kebal dan lain-lain.
  5. Kampung Budaya
    • Mempamerkan rumah-rumah tradisional dan persembahan budaya.

Jadi, kalau korang nak habiskan masa yang seronok sambil belajar tentang haiwan-haiwan yang menarik, Zoo Melaka memang tempat yang sesuai.

Zoo Melaka dibuka setiap hari dari jam 9 pagi hingga 6 petang. Lokasinya agak strategik dan mudah diakses dari pusat bandar Melaka.

Harga Tiket Zoo Melaka

Kalau korang rasa nak serbu Zoo Melaka, jangan risau pasal harga tiket.

Harga tiket adalah tertakluk kepada perubahan, jadi pelawat disarankan untuk mengesahkan harga terkini sebelum melawat.

Nah, ni list harga tiket Zoo Melaka terkini (update sampai bulan Februari 2024):

Harga tiket Zoo Melaka di Shopee

  • Orang Dewasa (13 tahun ke atas): RM 49.00
  • Budak-Budak (4-12 tahun): RM 39.99
  • Warga Emas (59 tahun ke atas): RM 39.99

Harga tiket Zoo Melaka di Website Zoo Melaka

  • Orang Dewasa (13 tahun ke atas): RM 38.00
  • Budak-Budak (4-12 tahun): RM 31.00
  • Warga Emas (59 tahun ke atas): RM 31.00

Selain harga standard ni, kadang-kadang Zoo Melaka buat promosi dan tawaran istimewa untuk pengunjung setia. Lagi pun, korang boleh dapatkan diskaun kalau bawak rombongan besar. So, keep your eyes peeled for those deals dan dengan cara ini anda dapat ketahui harga tiket Zoo Melaka yang mana murah.

Kos Tambahan di Zoo Melaka

Selain dari harga tiket, Zoo Melaka pun ada pilihan tambahan macam naik tram atau sewa basikal. Caj tambahan ni tak mahal sangat, tapi korang kena check betul-betul masa beli tiket.

Cara Beli dan Booking Tiket Online

Anda boleh membeli tiket Zoo Melaka secara online di sini, malah anda juga boleh mengunjungi laman web Zoo Melaka E-Ticketing untuk membeli tiket zoo Melaka.

Lokasi Zoo Melaka

Zoo Melaka terletak di Ayer Keroh, Melaka, sebuah kawasan yang terkenal dengan pelbagai tarikan pelancongan. Ia bersebelahan dengan Taman Buaya dan Rekreasi Ayer Keroh, membuatnya menjadi destinasi yang sangat sesuai untuk lawatan sehari atau aktiviti keluarga.

Dengan lokasinya yang strategik, zoo ini mudah diakses oleh pengunjung dari sekitar Melaka dan juga pelancong dari luar negeri. Jika menggunakan pengangkutan awam, terdapat juga bas dan teksi yang boleh membawa pengunjung ke zoo dari pelbagai bahagian Melaka.

Jadi, kalau korang nak lepas penat sambil berhibur sambil belajar tentang kepelbagaian haiwan, Zoo Melaka adalah tempat yang sesuai untuk dikunjungi!

Tips Nak Jimat ke Zoo Melaka

Agar korang dapat pengalaman yang best, ni ada beberapa tips yang boleh korang ikut:

  1. Datang Awal: Datanglah awal sikit untuk tengok lebih banyak haiwan dan elakkan kesesakan.
  2. Pakai Baju Selesa: Pakai baju dan kasut yang selesa sebab zoo ni besar nak jalan kaki.
  3. Bawa Bekalan: Jangan lupa bawa air minum dan topi. Melaka panas gila!
  4. Jaga Haiwan dengan Baik: Hormati haiwan-haiwan di zoo. Jangan bagi makanan atau kacau diorang.

Kesimpulan

Zoo Melaka memang tempat yang seronok untuk kunjungan keluarga. Harga tiket pun berpatutan, so takyah risau. Dengan pelbagai haiwan yang menarik dan aktiviti yang best, korang pasti enjoy gila kat sini. Jadi, jangan lupa buat perancangan awal dan serbu Zoo Melaka!

Alang-alang dah berada di Melaka tu apa kata cuba tengok tempat menarik di Melaka untuk dilawati.