4 hari 3 malam ke Kota Kinabalu Dan Kundasang sudah pun mencukupi untuk melihat keindahan dan kenali Sabah. Sabah memang terkenal dengan tarikan tersendirinya, dan jumlah pelancong setiap tahun memang ramai tidak kiralah dari Malaysia ataupun luar. Berikut adalah itinerari yang di kongsikan oleh Siti Nur Atiqah semasa percutiannya ke Kota Kinabalu dan Kundasang trip 4D3N.
Itinerari 4 Hari 3 Malam Ke Kota Kinabalu Dan Kundasang
FLIGHT TICKET [KUL-BKI]
Harga flight depends on bila korang beli. Kalau nasib baik boleh dapat RM100 ja untuk tiket return. Kalau pandai cari agent AirAsia, boleh dapat RM150 return.
DAY 1: KOTA KINABALU
Kami sampai KK pukul 9.00 pagi, terus pickup kereta sewa kat airport. Kereta sewa ni kami book awal, RM120/sehari untuk kereta Saga FLX Auto. Make sure kereta tu in a good condition sebab nanti nak jalan jauh ke Kundasang. Boleh google ja Kereta Sewa Kota Kinabalu pastu nego2 sikit.
Lepas pickup kereta, kami pi breakfast. Lepas breakfast, jangan lupa singgah Gaya Street. Gaya Street ni bukak hari Ahad sahaja, sampai pukul 3 petang. Ada jual souvenir murah2, makanan pun ada. Kami tak pi Gaya Street sebab abang sewa kereta tu kata bukak sampai malam so kami plan nak pi petang2 sikit, tapi bila sampai petang tu dah licin takdak apa. Bila tanya orang2 kat situ, depa kata tutup pukui 3. Geram sungguhhhh 😡
Dengan rela hati kami pun terus check in hotel kat Bandaran Berjaya, area Todak Waterfront. Hotel kami ni macam guesthouse, sangat strategik! Semua tempat 3-5 minit ja. Jalan kaki pun dekat. Nama guesthouse tu Good View Lodge.
Petang kami singgah Pasar Filipina. Makan dekat Fook Yuen, sini dim sum sedap dan murah 👍🏼 Malam tu kami ronda2 area Masjid Terapung, view cantik. Dinner dekat Todak Waterfront. Kami pilih gerai first sekali yg ramai orang tu. Seafood dia terbaik! Kami ambik lima jenis lauk. Lobster, udang, ketam, tiram, sotong sekali masak semua RM160. 😱 Termasuk air okay! So sorang RM40. Murah gila kan?!
——————
DAY 2: ISLAND HOPPING
Pagi2 pukul 7.30 kami dah keluar pi breakfast, lepastu jalan pi Jesselton untuk beli tiket island hopping. Haaa jangan lupa tapau makanan sebab kat pulau makan mahal gila, sorang RM45 untuk buffet 💆🏻 Tak sempat kami sampai Jesselton, kat Todak Waterfront tu pun dah ada beberapa orang approach kami untuk offer pakej island hopping. Nego punya nego, kami dapat harga RM40 untuk 3 pulau (Pulau Sapi, Manukan, Mamutik).
Life jacket dengan snorkeling mask pulak kami dapat RM10 ja. So total RM50! Yessss mmg ngam dengan bajet kami 👏🏼 Kami tak perlu bayar terminal fee sebab kami tak beli di Jesselton Point. Kalau beli kat sana, mmg kena bayar RM7.53 untuk terminal fee. Pukul 8.30 boat kami sampai, dan kami bertolak ke Pulau Sapi. Sampai ja kat Pulau Sapi, kena bayar RM3 untuk Conservation fee. RM3 ni untuk semua pulau tau. Nanti sampai kat Pulau Manukan dengan Mamutik pulak, just tunjuk ja tiket tu. Jangan buang pulak! Haha.
Bertolak ke Manukan pukul 11, bertolak dari Manukan ke Mamutik pulak pukul 2. Settle island hopping pukul 3.30 petang. Korang boleh bgtau abang boat tu nak balik pukul berapa, paling lewat 4.00 petang dorang akan pick up. Ingat boat yang korang naik, ambik no phone abang boat tu ok.
Macam biasa, malam tu kami dinner kat Todak Waterfront lagi. Takleh move on dengan kesedapan seafood dan kemurahannya! 😍 Tapi kali ni kami try gerai lain pulak. Nama gerai tu Anjung Qaseh Adinda kalau tak silap.
——————
DAY 3: KUNDASANG
Kundasang here we go! Awal2 pagi pukul 6.00 kami dah gerak. Destinasi pertama ialah Rumah Terbalik. Before tu kami singgah kat Jambatan Gantung Tamparuli dulu, tapi tak naik pun sbb tak sempat. Dalam 7.30 pagi kami sampai Rumah Terbalik, kami customer pertama hahaha. Dorang bukak pukul 7 pagi sampai 7 malam kot kalau tak silap. Sila google ya. Dalam rumah tu tak dibenarkan ambik gambar, kat luar ja boleh.
Kami teruskan perjalanan ke Kundasang. Dalam jam 8.30 pagi kami sampai di Desa Cattle Dairy Farm. Masa otw tu dah nampak Gunung Kinabalu tapi dah semakin pudar sbb awan dah tutup. Besaq gila dan cantikkkk macam nak qeyauuu! 😭😭😭 Kat Desa Farm ni wajib try dia punya ice cream dengan fresh milk.
Lepas lunch, kami gerak ke Poring Hot Spring. Masa tu dah pukul 2.00 petang. Terlewat sebab dok bagi lembu kambing makan, cari port ambik gambar dengan memburu lembu. Hahaha. Poring ni tutup pukul 6 petang. Kat sini macam2 aktiviti boleh buat. Berendam dalam Kolam Air Panas, jalan2 kat taman, mandi air terjun. Kat Sabah ni memang 100% kami guna Waze tau.
Pukul 4 kami dah gerak balik, nak check in hotel. Tak dapat singgah mana2 dah sbb hujan lebat. Nasib baik sampai Kiram’s Village dah tak hujan. Bilik kami nama Broccoli, sangat comel! RM120/night untuk 4 orang. Sapa yang plan nak ke Kundasang, Kiram’s Village ialah tempat terbaik untuk menginap! Dia macam berkonsepkan chalet. Boleh pilih size, kalau family besar ambik room besar. Nak book boleh terus whatsapp owner dia 0166950057.
Malam tu kami just dinner dekat Café Kiram tu, tak berani nak ke Pekan Kundasang sebab hujan dan jalan gelap serta berliku-liku.
—————–
DAY 4: MENGEJAR GUNUNG KINABALU
Pagi2 jam 6 kami dah gerak ke Desa Cattle lagi sekali. Kali ni untuk ambil gambar view Gunung Kinabalu kat luar entrance tu. Cantik sangat sangatttt! Masa kat Kiram tu pun dah nampak gunung atas kepala. Mmg kena keluar awal pagi lepas subuh tau. Kalau tak, terlepas lah view cantik tu ditutupi awan.
Lepas tu kami straight ke Crystall Hill R untuk pemandangan gunung lagi. Kat sini lagi clear dan cantik! Tapi nak naik bukit tu, nyawa kami macam dekat stereng. Curam gila! Tapi demi view yang cantik, kami relakan. Alhamdulillah sampai dengan selamat! Sebab tu kena pastikan kereta dalam keadaan baik okay gais.
8.00 pagi kami gerak ke Kota Kinabalu Airport. Perjalanan 2 jam. Huaaa sedih nak tinggal Gunung Kinabalu 😢😢😢
——————
Till next time, Sabah! Lepas ni insyaAllah nak pi lagi sbb nak makan seafood dengan nak daki Gunung Kinabalu! Cewahhhh hahahaha 😆😋
TOTAL EXPENSES untuk SEORANG:
Flight (return): RM226 (lagi murah korang beli, lagi jimat!)
Accommodation: RM111
Makan: RM180 (depends on nafsu korang haha)
Souvenir: RM40 (depends kat korang nak spend byk mana)
Transportation: RM90
Minyak: RM15
All related/entrance fees for activities: RM84.23
TOTAL: RM746.23
Baca juga: Trip Ke Sabah 5H4M Termasuk Tiket Flight, Kurang Dari RM 500 Seorang
Jangan lupa booking penginapan anda di Airbnb bagi mendapatkan harga terbaik. Terdapat pelbagai pilihan homestay disitu. Ada diskaun untuk booking kali pertama lagi.
Jangan lupa like page kami Destinasi Percutian dan Follow instagram kami Destinasi Percutian