Percutian di Marina Cove Yang Tidak Dijangka

Kali ini pihak kami membawakan artikel mengenai percutian di Marina Cove, Lumut. Sebenarnya percutian ini tidak dirancang pun. Tapi sebab tetiba mengidam nak makan ikan bakar, maka admin pun mencarilah tempat percutian yang berdekatan dengan pantai. Terlintas Lumut dalam kepala. Terus mencari tempat yang sesuai di sana menggunakan Airbnb. Tu yang jumpa Marina Cove Resort.

https://abnb.me/e/N4haqsBI1T

Apalagi, terus booking untuk 2 malam. Tuan punya homestay sangat bagus dan cepat menerima tempahan yang admin buat menggunakan platform Airbnb. Lepas jumaat jam 3 petang pada 23 Ogos 2019 terus admin bergerak. Sebelum tu singgah dulu untuk membeli nasi lemak sebagai bekalan makan tengah hari di sana. Perjalanan hanya mengambil masa 1 jam sahaja dari Sri Iskandar.

Marina Cove
Marina Cove, Lumut
Marina Cove, Lumut
Marina Cove, Lumut
Marina Cove, Lumut
Marina Cove, Lumut
Marina Cove, Lumut

Setibanya di Lumut, begitu banyak kelihatan kedai makan di kiri kanan jalan. Fuhh tengok kedai pun dah terliur. Belum lagi mencubanya. Mula-mula kami menuju ke homestay terlebih dahulu untuk check in serta merehatkan badan. Jam 5 petang barulah kitorang keluar untuk keluar berjalan-jalan melihat tempat untuk makan malam serta aktiviti yang akan di buat pada keesokan. Jumpa 1 kedai makan malam atas cadangan tuan rumah homestay. Nama kedai Medan Ikan Bakar. Kemudian menuju ke Teluk Batik untuk melihat keadaan di situ. Dekat je dengan homestay. Tak sampai 10 minit perjalanan. Cun. So disinilah rasanya aktiviti mandi pantai keesokan. Bolehlah anak main pasir sambil mandi pantai.

Teluk Batik

Malam tu lepas selesai solat maghrib, terus bergerak menuju ke kedai makan iaitu Medan Ikan Bakar Teluk Muroh. Masuk je lorong tu nampak macam sunyi, tapi bila sampai restoran tu banyak jugak kereta. Nasib pergi awal kalau tidak jenuh nak cari parking. Restoran ni berhadapan dengan laut so sambil makan tu rasalah angin sepoi bahasa bertiup. Order jenahak masak tiga rasa, kailan ikan masin, sotong goreng tepung, kerang rebus serta air tembikai. Kenyang. Balik homestay terus berehat dan tidur untuk aktiviti pada pagi nanti pula.

Medan Ikan Bakar Teluk Muroh
Medan Ikan Bakar Teluk Muroh
Kailan ikan masin Medan Ikan Bakar Teluk Muroh
Medan Ikan Bakar Teluk Muroh
Jenahak masak tiga rasa Medan Ikan Bakar Teluk Muroh
Medan Ikan Bakar Teluk Muroh
kerang rebus Medan Ikan Bakar Teluk Muroh

Dalam 8.30 pagi kami bersiap-siap untuk ke Teluk Batik pula bagi aktiviti seterusnya. Anak dah tak sabar ni nak sangat main pasir dan mandi pantai. So layankan ajelah. 10.30 pagi selesai. Lama jugaklah berendam. Tengok kaki anak pun dah kecut. So siap sedia untuk balik. Kawasan parking di sini luas ye. Kalau bawa makanan tu hati-hatilah sebab banyak juga monyet yang berkeliaran. Takut dirembatnya makanan yang korang bawa tu.

Balik tu rehat sebentar. Sambil rehat tu cari dulu port makan tengah hari yang sedap. Jumpa. Nama kedai Nasi Ayam Cincang Ala Kak Wok. Bungkus dan makan di homestay. Kemudian rehat. Petang tu pula menuju ke Cendol Buluh Padang Tembak. Order cendol campur dan bihun sup. Korang kena cuba. Sup dia power dan cendol dia sedap. Habis je kami gerak ke Marina Island sebuah pulau buatan yang terletak di Teluk Muroh. Ia tidak jauh je dari tempat admin menginap. Tak sampai 10 minit untuk sampai ke pulau tersebut.

Nasi Ayam Cincang Ala Kak Wok
Nasi Ayam Cincang Ala Kak Wok
Cendol Buluh Padang Tembak
Cendol Buluh Padang Tembak
Cendol Buluh Padang Tembak
Cendol Buluh Padang Tembak

Dibuka pada 2009 untuk kemudahan menggunakan feri ke Pulau Pangkor, Marina Island bukan ha­nya mempunyai resort penginapan malah juga kawasan kediaman, serta lokasi memancing di atas pelantar yang dibina di tepi laut. Antara tempat yang kami pergi di Marina Island ialah Rockbund Fishing Chalet. Nampaknya di sini bakal menjadi tempat untuk kami pergi bercuti seterusnya. Seronok tengok orang memancing dekat sini.

Rockbund Fishing Chalet

Makan malam kami pula di Bistro Beach Seafood. Kami order set A. Ada ikan bakar, kangkung goreng, dan tomyam campur, telur dadar dan air buah 1 jag. Korang kena cuba ikan bakar dia. Sambal dia serius umppphhhh. Tak jauh pun dari tempat menginap. Boleh nampak dari balkoni hehehe. Tapi nak ke sana naik kereta jugaklah. Selesai makan kami pun balik. Keesokannya nak bawa bebudak ni mandi kolam di tempat menginap tu. Keesokannya hujan so terpaksalah batalkan aktiviti mandi kolam. So kami bersiap untuk balik.

Bistro Beach Seafood
Bistro Beach Seafood
Bistro Beach Seafood

Balik tu singgah makan tengah hari di restoran D’ Warisan. Serius dia punya makanan boleh buat korang terliur. Tengok je la gambar yang disediakan. Penuh makanan. Rasa nak makan semua. Ada ikan bakar, siput sedut, ulam-ulaman dam macam-macam lagi. Settle makan tengah hari di situ kami pun menuju balik. Kemudian ternampak Taman Paya Bakau. Singgahlah sekejap untuk menikmati pemandangan di situ. Ada kelibat burung merpati dan monyet. Nasib baik monyet dekat situ tak kacau orang. Risau jugak diragutnya. Hahahahah.

Restoran D’ Warisan
Restoran D’ Warisan
Restoran D’ Warisan
Restoran D’ Warisan
Restoran D’ Warisan
Restoran D’ Warisan
Taman Paya Bakau
Taman Paya Bakau
Taman Paya Bakau
Taman Paya Bakau

Ok lah. Rasanya itu sahaja trip kami kali ini. Jumpa lagi di lain waktu. Kalau korang berminat nak tempah homestay yang kami duduki bolehlah ke platform Airbnb dan cari Marina Cove. Akan dapat percuma kredit 10% dari tempahan yang dibuat dan boleh mencecah sehingga RM1645 kalau tak salah buat mereka yang booking kali pertama menggunakan apps tersebut. Jangan lupa daftar ye.

https://abnb.me/e/N4haqsBI1T

Baca juga: 9 Lokasi Percutian Bajet Tak Sampai RM500

Jangan lupa like page kami Destinasi Percutian dan Follow instagram kami Destinasi Percutian

Share on facebook
Facebook
Share on twitter
Twitter
Share on whatsapp
WhatsApp
Share on telegram
Telegram
100,000 orang pembaca destinasipercutian.com telah mendaftar AirBNB dan mendapat penjimatan
Klik SINI