Nikmati Tambang Rendah Di Malaysia Airlines Sekarang Sehingga 21 Jun 2019

Orang ramai yang sedang mencari tiket penerbangan pada saat akhir kini boleh menikmati tambang rendah ‘Fly Now Deals’ Malaysia Airlines mulai sekarang sehingga 21 Jun 2019 ini.

Menurut syarikat penerbangan itu, orang ramai boleh menikmati harga penerbangan menerusi tambang serendah RM339 pergi balik kelas ekonomi, orang ramai boleh merancang perjalanan mereka dari Kuala Lumpur ke Medan, Bali daripada RM689, Hong Kong RM719, Manila RM789, Chennai RM939, Beijing RM1,119, Seoul dari RM1,209, Tokyo RM1,399, Sydney RM1,549, atau London daripada serendah RM2,899.

Manakala untuk perjalanan sehala kelas ekonomi bagi laluan domestik juga ditawarkan daripada serendah RM69 dari Kuala Lumpur ke Pulau Pinang atau Langkawi, daripada serendah RM99 ke Kuching dan daripada RM129 ke Kota Kinabalu.

Selain tawaran Fly Now Deals, Malaysia Airlines juga menawarkan diskaun 15 peratus bagi tempat duduk standard dengan 10kg tambahan bagasi, MHinsure, pilihan tempat duduk, bagasi tambahan selain akses ke Golden Lounge.

Jadi, jangan lepaskan peluang untuk mendapatkan tiket anda sekarang juga di Malaysia Airlines

error: Content is protected !!
Google Vignette Style Popup