BERMULA 1 MAC 2019, MASUK MAPS PERCUMA – HANYA BAYAR JIKA NAIK PERMAINAN ATAU TONTON PERSEMBAHAN: MB

Menteri Besar, Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu hari ini mengumumkan pada 1 Mac 2019, para pengunjung akan dibenarkan untuk masuk ke MAPS secara PERCUMA.

Menerusi pembaharuan di bawah Strategi Baharu Model Perniagaan Movie Animation Park Studios (MAPS), Pengunjung hanya perlu membayar sekiranya mereka mahu bermain permainan atau menonton persembahan disediakan.

Masuk Percuma MAPS Mulai 1 Mac 2019Mulai 1 Mac 2019, para pengunjung tidak lagi perlu membayar tiket masuk ke Taman Tema Movie Animation Park Studios (MAPS).Menteri Besar Perak, Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu berkata selepas ini, para pengunjung hanya perlu membayar bagi mendapatkan kupon bagi mereka merasai kesemua tarikan yang ada di dalam taman tema tersebut.Dalam pada itu, selepas ini, MAPS juga tidak akan mengeluarkan perbelanjaan bagi membuka tarikan-tarikan baharu.Jelasnya, pihak pengurusan akan menjalinkan kerjasama dengan pelbagai pihak bagi menjadikan mereka sebagai rakan kongsi terhadap usaha tersebut.

Posted by Perak Today on Isnin, 18 Februari 2019

Di bawah model bisnes baharu, kupon yang berharga serendah RM3 disediakan selain dua bentuk tiket istimewa.

Tiket berkenaan ialah

– MAPS Passport berharga RM80 untuk pengunjung menaiki setiap permainan dan tarikan di MAPS untuk sekali saja dengan tempoh sah adalah selama 30 hari.
– MAPS Infinite Pass yang mana pengunjung boleh menaiki dan menikmati setiap tarikan di MAPS seberapa banyak kali yang mereka mahu dalam tempoh sehari.

Waktu operasi MAPS mulai 1 Mac ini ditetapkan mulai pukul

– 4 petang sehingga 12 malam pada hari Isnin, Selasa dan Khamis.
– 10 pagi sehingga 12 tengah malam pada Hari Jumaat dan hujung minggu.

Usaha ini merupakan sebahagian daripada usaha untuk menjadikan taman tema ini sebagai mesra rakyat, sekaligus mengotakan janji Menteri Besar, Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu setelah mengambil kira keluhan rakyat yang merasakan harga tiket masuk ke MAPS agak tinggi dan di luar kemampuan mereka.

Jangan lupa booking penginapan anda di Airbnb bagi mendapatkan harga terbaik. Terdapat pelbagai pilihan homestay disitu.

Jangan lupa like page kami Destinasi Percutian dan Follow instagram kami Destinasi Percutian

Share on facebook
Facebook
Share on twitter
Twitter
Share on whatsapp
WhatsApp
Share on telegram
Telegram
100,000 orang pembaca destinasipercutian.com telah mendaftar AirBNB dan mendapat penjimatan
Klik SINI