Ada banyak tempat shopping di Langkawi untuk para pelancong. Langkawi sangat terkenal dengan barangannya yang murah, maklumlah ia merupakan Pulau Bebas Cukai, maka kerana itu banyak barangannya jauh lebih murah berbanding di Semenanjung. Salah satu sebab pengunjung ramai datang ke Langkawi adalah untuk membeli-belah kerana Pulau Langkawi adalah Pulau Bebas Cukai dan banyak barang-barang di Langkawi yang tidak boleh dapat di Semenanjung seperti coklat, pinggan mangkuk, rokok, & lain-lain.
Pakej Percutian Termurah hanya di CUTI-CUTI MALAYSIA
Tidak hairanlah mengapa Langkawi ini menjadi destinasi percutian pilihan ramai. Sambil-sambil bercuti melihat pemandangan alam semula jadi yang, ambil juga kesempatan untuk membeli-belah di Langkawi ini. Disini admin senaraikan 7 tempat shopping di Langkawi yang menjadi pilihan pengunjung.
Jangan lupa dapatkan harga tiket Feri Langkawi di website official dia sahaja tau.
7 Tempat Shopping Yang Menarik di Langkawi
1. Kompleks HIG
Kompleks HIG merupakan antara kompleks membeli-belah yang terbesar di Langkawi dan ia adalah cawangan terbesar daripada Haji Ismail Group. Selain terkenal dengan pelbagai pilihan coklatnya, HIG Mall juga menjual barangan lain yang bebas cukai seperti pinggan mangkuk, beg, minyak wangi dan minyak gamat.
Kesemua barangan di sini dikatakan berpatutan dan merupakan kedai termurah berbanding kedai-kedai yang lain. Haji Ismail Group telah membuka banyak cawangan-cawangan di Langkawi kerana telah mendapat sambutan yang hangat dan menggalakkan terutaman sekali kepada penggemar coklat. Waktu operasi HIG Mall ini adalah dari jam 10 pagi sehingga jam 10 malam. Lokasi HIG Mall ini terletaknya di Jalan Penarak, Kuah.
2. Idaman Suri
Idaman Suri yang terletak di Taman Seri Berlian ini menjadi pilihan buat pengunjung yang ingin mencari barangan seperti kelengkapan dapur, barangan hiasan rumah, tekstil dan lain. Bangunan yang berwarna kekuningan dan besar ini sudah lama utuh dan berjaya memenuhi kehendak keperluan para ibu-ibu dan suri rumah tangga sejak bertahun-tahun lamanya. Lokasinya terletak di Taman Seri Berlian iaitu beberapa minit perjalanan dari Bandar Kuah.
Idaman Suri merupakan persinggahan wajib kepada kaum hawa yang ingin membeli pinggan dan mangkuk serta barangan rumah yang lain. Disini terlalu banyak pilihan barang-barang dan harga juga sangat berpatutan. Sesiapa singgah disini pasti akan membeli pelbagai kelengkapan rumah yang banyak kerana harga sangat murah.
3. Coco Valley
Buat anda yang bercuti di Pantai Cenang dan dan pecinta coklat, jangan lepaskan peluang untuk melawat Coco Valley yang terletak di sebelah Underwater World Langkawi ini.
Menawarkan pelbagai jenis coklat dari pelbagai jenama terkenal dan juga harga yang murah, anda boleh memborong sebanyak mana coklat yang anda ingini.
4. Rams Home Decor Sdn Bhd
Kedengaran namanya seperti hanya menjual barangan perhiasan rumah sahaja namun anda jangan salah sangka kerana ia juga merupakan salah satu tempat shopping di Langkawi yang menyediakan pelbagai pilihan kepada pengunjung. Rams Home Décor ini terletak di Pekan Rabu dan merupakan pusat beli belah yang bukan sahaja menjual barangan perhiasan rumah, tetapi turut menjual barangan seperti coklat, minyak wangi dan sebagainya. Dengan harganya yang berpatutan, tidak hairanlah ia turut menjadi tumpuan pengunjung.
Kedai duty free RAMS adalah lebih kecil jika dibandingkan dengan HIG tetapi masih mempunyai beberapa kelebihan. Bergantung kepada apa yang ingin dibeli, saya sarankan agar buat perbandingan harga diantara 2 kedai ini terlebih dahulu. Contohnya beberapa design Corelle dan CorningWare adalah lebih murah di RAMS. Tetapi ada pula beberapa design lain yang berharga sedikit mahal. Tapi apa-apapun bagi saya, samada RAMS atau HIG kedua-duanya merupakan kedai duty free yang termurah jika dibandingkan dengan tempat lain.
5. Jetty Point
Kompleks beli-belah moden ini berada di sebelah Jeti Kuah iaitu di dalam Kompleks Perniagaan Kelibang. Jetty Point ini tidak menawarkan barangan pada harga yang murah namun ianya tetap menjadi tumpuan pelancong kerana mempunyai beberapa kedai yang menawarkan semua jenis barangan yang boleh anda perolehi di sini seperti cenderamata, kaca mata hitam, cermin mata, kasut, produk eletronik, batik, kraftangan dan banyak lagi.
Terdapat juga restoran dan tempat letak kereta yang mencukupi. Ia merupakan pusat membeli-belah yang mudah bagi mereka yang ingin meninggalkan pulau itu dengan feri dan pengunjung yang suka membeli-belah.
6. Zeno Duty Free Shopping Centre
Sesuai sahaja dengan nama diberi, pusat membeli-belah ini sememangnya menjual pelbagai barangan bebas cukai. Pelbagai barangannya boleh di dapati dengan murah kerana seringkali terdapat promosi ‘Beli Dua, Percuma Satu’, namun pengunjung harus diingatkan kebanyakan produk yang dipromosikan menghampiri tarikh luput, sebab itulah ia dijual dengan sangat murah.
Tempat shopping di Langkawi ini bersebelahan sahaja dengan Eastern Native Duty Free yang menjual rokok dan cerut, beg bagasi, minyak wangi, pakaian dan peralatan dapur. Semuanya dijual dengan pada harga yang cukup-cukup memuaskan dan sangat murah sekali. Pusat membeli-belah ini dibuka setiap hari dari jam 9 pagi hingga 9.30 malam.
7. Cenang Street
Cenang Street merupakan tempat yang paling sibuk dengan hiruk-pikuk para pelancong yang datang berkunjung ke Langkawi terutama pada waktu malam. Terdapat banyak kafe dan restoran, kedai-kedai cenderamata dan juga kedai-kedai bebas cukai di sepanjang jalan yang indah.
Hanya dalam jarak 10 minit pemanduan dari Lapangan Terbang Antarabangsa Langkawi, ia adalah satu destinasi percutian popular untuk perjalanan keluarga dan terdapat juga tarikan mesra kanak-kanak seperti Underwater World Langkawi, Muzium Padi, dan Kiki Club di Meritus Pelangi Resort & Spa. Terdapat juga hiburan yang disediakan sepanjang Cenang Street dan ia adalah yang paling meriah di Pulau Langkawi seperti muzik secara langsung dan persembahan kebudayaan sehingga lewat malam.
Sekian, itu sahaja artikel tempat shopping di Langkawi yang mesti anda kunjungi ini. Jangan lupa booking penginapan anda di AGODA sekiranya anda bercuti ke Langkawi.
Jangan lupa like page kami Destinasi Percutian dan Follow instagram kami Destinasi Percutian