Pickpoket atau penyeluk saku ni ada je dekat mana-mana. Diorang ni sememangnya licik. Dalam masa beberapa saat tanpa korang sedar pun, diorang boleh seluk tangan diorang dalam beg ataupun poket baju korang. Jadi, kami nak kongsi dengan korang macam mana insiden ini boleh terjadi dan cara untuk korang elak terjadi perkara-perkara seperti ini. Artikel ini dikongsikan oleh saudara Chey Chen.
Sewaktu Trip HuruHara ke Balkan pada April 2016, pertama kalinya kami berdepan dengan kejadian penyeluk saku/pickpocket.
Yang menariknya kejadian itu berlaku 2 kali dalam satu hari. Semuanya bermula apabila kami sampai di Sarajevo, Bosnia.
Selesai urusan check in hotel dan berehat seketika, kami mula mengatur gerak ke tumpuan utama Sarajevo iaitu Bascarsija. Kebetulan masa kejadian penulis dan kawan berada agak jauh antara satu sama lain. Masing-masing leka mengambil gambar kota lama Bascarsija dan penduduknya.
Dalam perjalanan untuk ke War Memorial yang terletak di atas bukit, kami terpaksa berpatah balik dari satu lorong untuk bertanya arah yang betul dari pekedai di situ. Saat kami mahu melangkah pergi, tiba-tiba pekedai tadi menjerit kearah kami dalam bahasa Inggeris berpelat Bosnia
“Thieves… ! Thieves..!
Serentak dengan itu, 4 orang remaja perempuan yang berada berdekatan dengan penulis secara tiba-tiba melarikan diri di sebalik bangunan dan kereta.
Tanpa disedari,sebenarnya kami diekori oleh empat remaja perempuan dari kota lama lagi . Pada mulanya memang kami tidak perasan tetapi bila penulis check kamera DSLR, gambar 4 orang gadis itu pun ada sambil perhatikan kawan penulis.
Kejadian kedua berlaku di atas tram sewaktu kami hendak ke pinggir bandar Sarajevo. Kali ini lebih mencemaskan. Semuanya bermula dengan lancar sampai satu ketika penulis merasakan ada yang tidak kena. Kami dihimpit oleh 2 orang lelaki (pemuda dalam lingkungan 20’an dan seorang remaja belasan tahun) sedangkan tram tidak ramai orang.
Seperti terjaga dari mimpi, baru perasan backpack penulis galas dibelakang. Serta merta penulis keluar dari situ ke tempat yang lebih luas dan terus periksa bag. Zip di ruangan luar sudah terbuka separuh!
Penulis memang sudah gelabah kerana di ruangan bag itu terdapat 100Euro untuk perbelanjaan seminggu. Alhamdulillah, penyamun itu berputih mata kerana semua barang masih ada kerana duit penulis diletak di tempat tersorok.
Dalam masa yang sama, penulis terdengar kawan menjerit ;
“Tolong! Tolong!”
Siap dalam bahasa Melayu lagi. Lepas dia waras, baru dia menjerit 😂 ;
“Help! Help!”
Mungkin terkejut dengan tindakan kawan, dua orang lelaki tadi berundur sambil gelakkan kami. Orang ramai yang ada di situ hanya memerhati tanpa perasaan. Dihentian seterusnya, penyamun itu turun. Kami sampai di hentian terakhir dan selepas berbincang kami terpaksa membatalkan niat kami untuk jelajah perkampungan di situ.
Dari pengalaman ini, penulis ingin mengesyorkan secebis peringatan untuk mengelakkan/mengurangkan risiko dari menjadi mangsa seluk saku dan sewaktu dengannya
#HuruHara
Gambar kredit : WikiHow
1. Cara Pemakaian Beg Sandang
Ini merupakan perkara asas dan ramai yang apply cara ini. Biasakan bawa backpack bersaiz kecil di bahagia depan badan. Backpack kecil ini selalunya akan dibawa masuk ke dalam kabin (handcarry). Penulis mencadangkan sepersalinan pakaian. Selalunya barang penting dan jarang digunakan seperti passport/dompet/ubatan di letakkan di ruangan utama. Jika membawa dokumen/itinerary/hardcopy booking juga boleh disimpan di situ.
Barangan seperti cermin mata, compact powder, gincu, maskara, eye liner segala bagai boleh diletakkan di ruangan luar. Di ruangkan inilah menjadi sasaran penyamun sebab mudah dicapai. Elakkan barangan berharga di bawah bag kerana ada penyamun akan menoreh bag anda. Untuk kamera compact atau action, boleh diletakkan sekali dengan compartment luar jika cukup ruang. DSLR sebolehnya letak di compartment utama. Jangan kerap keluar masuk DSLR takut ada mata yang memandang. Jangan gantung DSLR/kamera di dada, ini jelas menunjukkan anda pelancong dan berduit.
2. Cara Pemakaian Handbag
Ini merupakan kesilapan mudah yang banyak dibuat oleh wanita. Handbag mestilah berada dalam kawalan kita. Jangan sesekali letak handbag di atas kerusi, meja ataupun lantai. Trust me, penyamun sangat licik. Itu belum kira dengan distraction yang dibuat oleh mereka. Seperti backpack, handbag mestilah berada di hadapan badan seperti di riba anda. Macam saya, walaupun tengah makan, tali backpack mesti dililit di lengan.
Satu kelalaian yang selalu dibuat adalah biarkan zip bag terbuka. Please lah wahai netizen sekalian, jangan biarkan diri anda berisiko kehilangan barang dan paling teruk jika ada orang selit dadah. Setiap bag yang dibawa mestilah dalam pengetahuan kita. Ini termasuklah apa jua barangan dibawa mestilah kita ketahui.
3. Blend in society
Blend in society. Jika anda yang pure baka Asia pergi Europe, mana mungkin boleh merupa menjadi mat saleh kan? Tidak perlulah sampai kena dye rambut jadi blonde pulak. Dari etika pemakaian, pakai simple dan tidak terlalu menonjol. Kalau kita tengok mat saleh yang datang ke tempat kita selalunya simple habis, macam itu lah kita ke melancong/backpacking ke luar. Elakkan warna pakaian yang terlalu menonjol melainkan anda memang mahu dikenali.
4. Penggunaan Mugger wallet
Jika anda tahu tempat yang nak melancong itu mempunyai potensi atau risiko, anda boleh consider untuk buat mugger wallet. Dalam istilah mudah dompet tipu-tipuan. Dalam dompet ini anda boleh letak item yang tidak mempunyai nilai tinggi seperti resit-resit, kad bonuslink, kad Giant, dan sebagainya. Untuk bagi nampak realistik, letak lah duit sedikit dalam dompet itu. Jika disamun or rompak, campakkan dompet tipu ini dan larikan diri.
5. Jenis Talipinggang
Ini juga teknik yang selalu traveler buat. Ada dijual belt yang mempunyai hidden compartment dan dompet yang boleh digantung. Untuk kaum lelaki, boleh juga guna baju pergi Haji yang ada poket di dada. Selalunya hip belt military mempunyai ruangan khas survival. Jika anda merasakan tempat anda bakal pergi mempunyai risiko tinggi, anda boleh pergi ke kedai jahit pakaian untuk buatkan poket rahsia khas. Macam belt ni sesuai untuk emergency case saja. Jangan pulak nanti kau buka belt di depan khalayak umum, dah tak jadi rahsia dah.
6. Safe Box
Sekiranya di hotel or hostel mempunyai safe box, better tinggalkan barangan berharga di sana. Bawa sekadar perlu untuk digunakan sahaja. Kalau travel berjemaah, boleh appoint seorang untuk jadi akauntan yang bayar dahulu dan balik ke hotel baru bayar balik. (Peringatan : bayaran mesti hari yang sama, jangan tangguh esok lusa tulat baru bayar). Sedikit tips jika nak tinggal duit di hotel/hostel. Duit tidak diletakkan setempat dan selalunya duit penulis diletakkan dalam stokin yang busuk. Kalau perempuan maybe boleh letak dalam bra masam! Hahaha!
7. Semak Kredit Kad lepas Guna
Jika anda pengguna debit/kredit kad, sebaik selesai urusan pembayaran, terus ambil kad dan masukkan ke dalam dompet. Jangan sesekali serahkan kad anda kepada pelayan untuk pembayaran. Terus bayar ke kaunter dan perhatikan proses pembayaran sehingga selesai. Anda perlu check dengan bank anda amaun pembayaran dibuat. Ada kes kad anda dicas 2 kali.
8. Pemakaian Tali Handbag
Selalu kita nampak handbag labuh ke pinggang. Penulis pun tak pasti memang itu kaedahnya atau tak. Sebaiknya tali handbag mestilah ditarik pendek ke paras perut. Pemilihan handbag bertutup dan berzip adalah lebih baik. Kedudukan handbag mestilah di hadapan badan bukannya di belakang. Tips untuk wanita : dalam handbag sebolehnya jangan letak barangan berharga seperti HP/passport/dompet. Lebih selamat jika diletakkan di poket hadapan. Anda hendaklah menyilang handbag di badan dan kedudukan handbag mesti berlawanan jalan. Jika anda sedang makan, handbag seeloknya di atas riba/celah peha especially di kawasan terbuka.
9. Beri Sedekah Pada Pengemis
Jika anda hendak beri sedekah kepada pengemis, jangan sesekali buka dompet anda depan mereka. Gunakan duit pecah yang ada di poket sahaja. Ada tempat di mana peminta sedekah ini adalah sindiket yang melibatkan pemerdagangan manusia. Secara tidak langsung anda menggalakkan ‘industri’ ini berkembang. Ada juga yang meminta sedekah secara paksa dan berkumpulan. Anda akan dikerumuni mereka. Taktik bunga ros/drink scam/carpet scam juga antara kejadian anda perlu jauhi. Untuk elak kejadian ini, anda perlu ignore mereka. Jika pelaku terus ajak anda berbual, anda mungkin boleh cakap Bahasa Melayu.
10. Berhati-hati Sewaktu Keluarkan Wang
Elakkan dari menunjukkan di mana anda menyimpan duit anda. Jika anda perlu keluarkan duit dari poket rahsia, buatlah di tempat yang tertutup. Jangan mengira duit dalam kuantiti yang besar di tempat terbuka. Sebaiknya anda membuat anggaran kasar dahulu perbelanjaan harian anda, jadi hanya amaun itu anda bawa. Jika terpaksa keluar dari duit ruangan rahsia, anda boleh ke tandas/dalam kereta untuk keluarkan duit. Antara ruangan rahsia yang sedia ada adalah di dalam bra perempuan ataupun di ruangan pelapik kasut.
11. Berhati-Hati Ketika Mengeluarkan Wang Di ATM
Pengeluaran wang di bank juga perlu dengan berhati-hati. Withdrawal sebaiknya dibuat di bank besar bukan di tempat yang tersembunyi dan terpencil. Terdapat kes yang mencuri data peribadi bila kita melakukan transaksi di ATM.
Kalau anda ada rakan, minta rakan anda beratur di belakang anda kerana salah seorang penyamun ini akan perhatikan nombor PIN dengan distract anda. Jika ada kawan lain, minta dia perhatikan dari jauh sebarang aktiviti yang mencurigakan. Jika anda seorang diri, jangan biarkan apa-apa yang menghalang anda dari ATM.
Selepas mengeluarkan duit, jangan mengira duit di situ sebaliknya terus ke hotel/hostel untuk kira. Anda tak tahu jika anda diperhatikannnnnnn! Anda perlu tahu bahawa penyamun ini sangat licik, mereka memerlukan kelalaian anda beberapa saat sahaja. Selalunya juga, mereka bergerak dalam kumpulan dan setiap mereka ada tugas masing-masing.
12. Cara Meletakkan Dompet
Ini juga perkara paling asas. Dompet mestilah diletakkan di poket hadapan bukannya di punggung. Ada orang guna dompet jenis panjang bila letak di belakang memang memudahkan penyamun ini melakukan kerja mereka. Seeloknya duit di dalam dompet cukup untuk keperluan hari-hari. Sekarang lebih mudah dengan adanya Bigpay untuk sebarang transaksi. Jangan sesekali membuka dompet atau kira duit di tempat terbuka. Letak sedikit tunai dalam kocek untuk membayar. Biar orang ingat kita paranoid asalkan tidak meraung kehilangan barangan kita.