Jika anda merancang untuk melawat Underwater World Langkawi, pasti anda ingin tahu harga tiket Underwater World Langkawi agar dapat merancang bajet percutian anda dengan lebih teliti.
Underwater World Langkawi merupakan salah satu destinasi tarikan pelancong yang paling popular di Langkawi. Taman akuarium besar ini menawarkan peluang untuk meneroka kehidupan marin yang menakjubkan di samping menyaksikan pelbagai hidupan laut yang eksotik.
Untuk mencari penginapan di sekitar Langkawi boleh: Klik Sini
Harga Tiket Underwater World Langkawi
Harga tiket Underwater World Langkawi adalah berpatutan dan mampu milik untuk kebanyakan pelancong. Untuk orang dewasa, harga tiket adalah berbeza mengikut platform pembelian.
Beli online lagi jimat. Kanak-kanak di bawah usia 3 tahun dibenarkan masuk secara percuma.
Detail harga mengikut platform:
Harga tiket Underwater World Langkawi di Shopee
- Orang Dewasa (13 tahun ke atas): RM 24.90
- Budak-Budak (4-12 tahun): RM 33.90
- Warga Emas (59 tahun ke atas): RM 33.90
Harga tiket Underwater World Langkawi di Website Underwater World Langkawi
- Orang Dewasa (13 tahun ke atas): RM 47.00
- Budak-Budak (4-12 tahun): RM 35.00
- Warga Emas (59 tahun ke atas): RM 47.00
Harga tiket Underwater World Langkawi di Klook
- Orang Dewasa (13 tahun ke atas): RM 47.00
- Budak-Budak (4-12 tahun): RM 37.00
- Warga Emas (59 tahun ke atas): RM 47.00
Cara Beli dan Booking Tiket Online
Anda boleh membeli tiket Underwater secara online di sini, malah anda juga boleh mengunjungi laman web Underwater E-Ticketing untuk membeli tiket Underwater.
Aktiviti Menarik di Underwater World
Dengan harga tiket Underwater World Langkawi yang berpatutan ini, anda berpeluang menikmati pengalaman yang mengagumkan meneroka 5,000 spesies hidupan laut, termasuk jerung, pari naga, ikan yu, penyu dan banyak lagi.
Anda juga boleh menyaksikan pertunjukan menarik seperti memberi makan jerung dan menyaksikan proses penghasilan mutiara.
Selain itu anda juga boleh cuba beberapa aktiviti menarik di Langkawi ketika berada di sini.
Anda juga boleh melawat tempat shopping di Langkawi untuk membeli cendermata ataupun coklat bagi dibawa pulang atau dihadiahkan pada keluarga mahupun kenalan rapat.
Lokasi Underwater World Langkawi
Underwater World Langkawi terletak di Pantai Cenang, Langkawi, Kedah, Malaysia. Ia terletak di sebelah utara Pulau Langkawi, yang merupakan salah satu destinasi pelancongan utama di Malaysia.
Pantai Cenang sendiri terkenal dengan pantainya yang cantik, dan Underwater World Langkawi menjadi salah satu tarikan utama di kawasan tersebut. Jadi, untuk para pelancong yang ingin melawat Underwater World Langkawi, mereka hanya perlu mencari Pantai Cenang dan mereka pasti akan menjumpainya dengan mudah.
Untuk ke Langkawi ada 2 cara iaitu menaiki feri melalui Kuala Perlis atau Kuala Kedah. Anda boleh baca detail harga tiket feri Langkawi untuk info lanjut.
Kesimpulannya
Underwater World Langkawi juga menyediakan kemudahan yang selesa kepada pelawat seperti kafe, kedai cenderamata, bilik persediaan bayi, dan tempat letak kereta yang luas. Adalah disyorkan untuk mengunjungi Underwater World Langkawi pada waktu pagi atau petang untuk mengelakkan kesesakkan dan menikmati pengalaman yang lebih selesa.
Jadi, jika anda merancang untuk melawat Langkawi, jangan lepaskan peluang untuk mengunjungi Underwater World Langkawi dan meneroka dunia marin yang mempesonakan dengan harga tiket yang berpatutan.