Hutan Lipur Puncak Janing Tempat Menarik di Padang Terap Kedah

Hutan Lipur Puncak Janing

Hutan Lipur Puncak Janing ini terletak di Daerah Padang Terap Kedah merupakan antara tempat menarik yang menjadi tarikan pelancong untuk menikmati keindahan semula jadi dan tempat beriadah bersama keluarga dan rakan-rakan.

Hutan Lipur Puncak Janing terletak kira-kira 26 kilometer dari Jitra ataupun 50km dari Alor Setar. Dengan landskap berbatu dan kehijauan alam semulajadi hutan dipterocarp tanah rendah yang masih kekal keasliannya, hutan lipur ini merupakan antara kawasan perkelahan yang terkenal di daerah Padang Terap, Kedah. Terdapat 4 tingkat air terjun di sini yang berasal dari sungai Janing sepanjang 1.5 km.

Hutan Lipur Puncak Janing

Untuk ke sini pengunjung boleh melalui jalan dari Alor Setar atau Jitra yang menuju ke pekan Kuala Nerang. Dari situ anda akan menemui papan tanda yang menunjukkan arah ke tempat perkelahan ini.

Kawasan rekreasi ini juga dilengkapi dengan tandas awam dan gerai menjual makanan dan minuman ringan. Bagi peminat ikan tropika, di sini juga terdapat banyak anak ikan tengas yang sesuai dipelihara di dalam akuarium.

Hutan Lipur Puncak Janing

Hutan Lipur Puncak Janing

Kunjungan anda ke sini semestinya akan memberi ketenangan dengan bunyi kicauan burung dan serangga serta deruan air terjun yang mengasyikkan yang akan membuat anda datang semula ke sini menikmati anugerah ciptaan Illahi.

Hutan Lipur Puncak Janing

Sungai Janing sepanjang 1.5 km mempunyai keunikan batu batannya yang sesuai untuk bermandi manda, berkelah dan berehat. Keunikan kawasan ini diserikan dengan 4 peringkat air terjun yang menarik dengan batu-batan yang terhampar serta kehijauan alam sekitar dari pohon-pohon semulajadi.

Baca juga: Percutian Singkat Ke Gunung Jerai

Hutan Lipur Puncak Janing

Hutan Lipur Puncak Janing

Bagaimana hendak ke Hutan Lipur Puncak Janing

– 14 km dari pekan Kuala Nerang
– 50 km dari Bandaraya Alor Setar
– Terletak di dalam Hutan Simpan Bukit Perangin
– Kemasukan adalah PERCUMA
– Dibuka dari 7.00 pagi hingga 6.00 petang

Baca Juga  Taman Rekreasi Gunung Lang Ipoh Untuk Semua Lapisan Masyarakat

Hutan Lipur Puncak Janing

KOORDINAT GPS : 6.378059, 100.568114 (map)

Jangan lupa daftar Airbnb dan dapatkan RM165 diskaun untuk tempahan kali pertama. Link daftar: Airbnb – RM165 diskaun untuk tempahan kali pertama. Terdapat pelbagai pilihan chalet/homestay disediakan.

Sebelum mengakhiri penulisan ini jangan lupa like page kami Destinasi Percutian dan Follow instagram kami Destinasi Percutian untuk kami lebih memberi informasi mengenai destinasi percutian dalam negara serta luar negara.

Nak lagi tempat menarik? Jom subscribe telegram kami. Klik Subscribe Telegram

error: Content is protected !!