Percutian Singkat Ke Gunung Jerai

Share This Post

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on telegram

Tanah Bunga Hydrangea aka Switzerland Kedah

Sedikit review percutian singkat ke puncak Gunung Jerai oleh Mohd Anas Anas

Daerah Yan yang merupakan daerah paling bahagia. Berdasarkan pengalaman kali pertama chegu ke sini. Sebab ramai yang bertanyakan.

1) Kalau dari Highway kita boleh gunakan susur keluar Gurun terus je kaki Gunung Jerai. Sebelum sampai ke tapak kaki Gunung Jerai banyak gerai-gerai yang menjual air nira nipah dan jagung rebus tepian jalan sebelum sampai tapak kaki Gunung (nota untuk pelancong luar kedah).

2) Sebelum naik ke atas pastikan kenderaan peribadi anda diselenggara dan dalam keadaan baik, paling utama brek berfungsi dengan baik.

3) Sesiapa yang berhajat nak bermalam pastikan membuat tempahan di agoda atau booking.com terlebih dahulu ini kerana rate semalam berubah-ubah. Tarikh 7june Rm250** untuk 2 katil single( sentiasa berubah-ubah harga bilik ). View yang sangat cantik berlatarbelakangkan sawah padi dan pantai murni atau terus call direct dgn pej pengurusan The Jerai Hill Resort untuk tempahan siap sekali sarapan pagi untuk 2 orang.

4) Ok kembali semula bab perjalanan. Perjalanan ke puncak dari bawah sepanjang 10km dan memakan masa hampir setengah jam perjalanan dr bawah ke atas puncak.

5) Keadaan jalan yang baik tetapi agak menyeramkan sebab berliku-liku sblm sampai ke puncak. Mulanya agak cuak memandu untuk sampai ke atas sana, tapi berbekalkan tawakal terus sampai ke atas.

6) Bab makan jangan risau. Dekat atas ada cafe yang jual kek-kek manisan, coffe tea dan sebagainya. Makan kek sambil menyaksikan pemandangan indah sekitar gunung Jerai. Pun boleh juga makan di restoran kat atas tapi harga dia.

7) Saat pertama kali sampai di puncak terus kerinduan terhadap bumi Switzerland terubat. Hilang sat memori swiss sebab kat atas ni teramat cantik penuh bunga hyndregea. Memang cantik sangat-sangat. Boleh la gunung Jerai ni diberi jolokan swiss kedah habaq hang.

8) Berdoalah agar cuaca yang elok dan tidak berkabus untuk menyaksikan bumi Yan berhamparkan sawah padi dan laut yang sangat indah tak terkata terutama pada waktu menjelang senja. Kalau berkabus agak sedikit malang untuk menyaksikan keadaan sekitar bumi yan…

9) Suhu di atas puncak lebih kurang 19 darjah celsius, suhu ala-ala Zermaat swiss ya hahahah, tapi zermatt sejuk lagi la.

10) Ada banyak lagi tempat menarik seperti muzium perhutanan negeri kedah iaitu Telaga Tok Sheikh, sejarah batu kapal dan ada ladang Strawberry ya di atas sana.

11) Kalau bertandang musim durian dapat la merasa durian segaq dari dusun di Gunung Jerai, sempat juga merasa kali ni.


12) Ada yang berjalan kaki naik ke puncak, ada yang mengayuh basikal, kedeqat depa ckup kuat. Naik keta pun rasa letih dah oii.

13) Tapi percaya la, keadaan di puncak Gunung Jerai sangat menarik dan cantik nak mampuih oii. Sumpah tak leh lupa lgi keadaan yang tenang dan segar.

sekian bingkisan rindu bumi Switzerland

Jangan lupa daftar Airbnb dan dapatkan RM165 diskaun untuk tempahan kali pertama. Link daftar: Airbnb – RM165 diskaun untuk tempahan kali pertama

Jangan lupa like page kami Destinasi Percutian dan Follow instagram kami Destinasi Percutian

More To Explore