Untuk bahagian kedua ini, kami akan sambung lagi perkongsian kami dengan anda berkenaan 5 tempat menarik di Padang, Indonesia. Macam yang telah kami nyatakan sebelum ini, Padang merupakan sebuah destinasi yang mempunyai banyak lokasi-lokasi menarik untuk anda kunjungi.
1. PANTAI PASIR JAMBAK
Di Padang ni, memang banyak destinasi pantai yang anda boleh temukan. Salah satu destinasi yang ingin kami cadangkan adalah Pantai Pasir Jambak. Tempat ini sangat menarik.
Ia sangat sesuai untuk anda yang sukakan aktiviti pantai atau yang suka untuk berehat dan menikmati pemandangan matahari terbenam. Apa yang menjadikannya tarikan muda mudi adalah, ia mempunyai begitu banyak port menarik untuk anda mengambil gambar!
Ia juga mempunyai beberapa buah pondok dimana anda boleh duduk bersantai dan berehat-rehat sambil menikmati udara dan suasana pantai. Menarik kan? Untuk masuk kesini, anda tidak akan dikenakan sebarang caj masuk dan terdapat banyak peniaga jalanan disini. Jadi, kalau anda dahaga atau perlukan snek, anda tak perlu susah-susah untuk mencarinya.
2. MASJID RAYA SUMATRA BARAT
Masjid Raya Sumatra Barat atau turut dikenali sebagai Grand Mosque of West Sumatra
Merupakan salah satu masjid yang mempunyai rekaan yang sangat unik. Ia mengetengahkan konsep Minangkabau pada binaannya.
Selain itu, binaannya juga besar dan luas. Jadi, tidak hairanlah jika ia dikenali sebagai Grand Mosque of Sumatra Barat. Kalau anda nak tahu, ia merupakan masjid terbesar yang ada di Sumatra Barat. Ia juga merupakan masjid kedua terbesar di Sumatra!
Dikhabarkan, ia turut diinspirasikan daripada kain yang telah digunakan oleh Nabi Muhammad S.A.W didalam peristiwa meletakkan semua hajar aswad di Kaabah. Masjid Raya Sumatra Barat ini telah menjadi landmark kawasan ini dan jika anda berada di kawasan berdekatan, jangan lupa untuk singgah dan menunaikan ibadah disini.
3. TAMAN SITI NURBAYA
Dalam bahagian sebelum ini, kami ada kongsikan berkenaan Jambatan Siti Nurbaya kan? Haa.. Kali ni, kami akan ceritakan berkenaan Taman Siti Nurbaya atau turut dikenali dengan nama Taman Gunung Padang pula.
Taman Siti Nurbaya merupakan sebuah taman dimana anda akan melalui sebuah makan yang dikatakan milik Siti Nurbaya. Lanjutan kisah Siti Nurbaya ini adalah, berdasarkan novel Siti Nurbaya yang ditulis oleh Marah Rusli, beliau yang dikatakan mempunyai hubungan cinta dengan Samsulbahri telah dipaksa untuk berkahwin dengan Datuk Maringgih sekaligus membawa kepada tindakan beliau untuk membunuh diri.
Taman ini agak unik kerana ia terletak di kawasan tinggi dan dikeliling oleh pokok-pokok yang rendang dan merimbun. Anda pastinya akan berasa selesa dengan kesegaran udara dan keindahan alam semulajadi disini.
4. AIR TERJUN SARAHAH
Lokasi air terjun ini agak tersembunyi kerana ia dikelilingi hutan yang rimbun. Namun, ia sedikitpun tidak menjejaskan hasrat para pengunjung untuk berkunjung ke sini. Lokasinya adalah sekitar 17 km dari pusat kota Padang.
Setiap tarikan alam semulajadi seperti air terjun pastinya akan menimbulkan ketenangan dan kedamaian. Itulah apa yang bakal anda rasai disini nanti. Udaranya sangat segar dan bunyi air terjun pastinya akan memberikan anda satu sensasi yang luar biasa.
Nak tahu satu fakta menarik? Air Terjun Sarahah ini adalah setinggi 7 tingkat dan binaannya kelihatan seolah-olah seperti sebuah piramid. Tiada masalah untuk anda bermain dan mandi-manda disini.
5. AIR TERJUN NGUNGUN SAOK
Anda pernah berkunjung ke Air Terjun Lembah Anai? Haa.. Kalau anda nak tahu, ia kelihatan hampir sama dengan Air Terjun Lembah Anai dari segi kecantikan tapi ada beberapa perbezaan kecil. Apapun, ia tetap cantik!
Buat anda yang gemar berfoto dibawah air terjun, kalau anda nak lakukannya disini, anda perlu menyeberangi sungai dengan menggunakan tali yang disediakan. Kami sangat-sangat mengesyorkan anda untuk kesini kerana banyak lagi tarikan yang ada padanya. Pemadangan disini juga sangat menarik dan suasanya cukup menyegarkan. Tapi, kalau anda ingin berkunjung kesini, pastikan cuaca sebelum dan semasa adalah cerah kalau. Kalau hari hujan, better lupakan dulu untuk tujuan keselamatan.
Sekian sahaja untuk bahagian dua untuk tempat menarik di Padang. Kami ada beberapa tempat lagi untuk dicadangkan kepada anda sebelum kami beralih ke destinasi yang seterusnya. Jumpa nanti dalam bahagian seetrusnya!
Baca juga 10 Tempat Menarik Di Padang, Indonesia PART 1
Jangan lupa booking penginapan anda di Airbnb bagi mendapatkan harga terbaik. Terdapat pelbagai pilihan homestay disitu.
Jangan lupa like page kami Destinasi Percutian dan Follow instagram kami Destinasi Percutian