5 Tempat Menarik Di Ho Chi Minh

Ho Chi Minh merupakan diantara destinasi yang sering menjadi tumpuan pelancong dari seluruh dunia. Banyak tempat menarik yang anda boleh kunjungi disini. Ia pastinya akan memberikan anda satu pengalaman dan sensasi yang berbeza.

Jadi, dalam artikel kali ini, kami akan kongsikan dengan anda beberapa tempat menarik di Ho Chi Minh yang kami sangat sarankan untuk anda kunjungi.

Jom baca!

1. FITO Museum (Museum of Traditional Vietnamese Medicine)

Bagi kami, cara terbaik dan terpantas untuk anda mengenali sesebuah tempat secara overall, destinasi yang terbaik tidak lain dan tidak bukan adalah muzium. Jika di Saigon, Fito Museum atau turut dikenali dengan nama Museum of Traditional Vietnamese Medicine merupakan saranan kami untuk anda.

Destinasi ini pastinya menarik minat anda terutamanya jika anda memang merupakan seorang yang sangat meminati bidang perubatan. Anda akan diberikan sedikit pendedahan menerusi sebuah video pengenalan sebaik saja anda masuk ke muzium ini.

Muzium ini sebenarnya adalah sebuah rumah kayu yang mempunyai beberapa tingkat. Anda tak perlu risau jika anda berkunjung ke sini kerana akan ada guide yang akan membantu anda dengan menerangkan perkara-perkara penting yang anda perlu tahu sepanjang kunjungan anda kesini.

2. Water Puppet Show

Water Puppet Show ternyata sentiasa menjadi tumpuan buat pengunjung yang datang ke Ho Chi Minh. Ia merupakan diantara persembahan kebudayaan yang sering dilakukan oleh dua destinasi popular ini, The Golden Dragon Water Puppetry dan juga di Villa Song Saigon.

Biasanya, apa yang dipersembahkan didalam persembahan boneka ini adalah berkenaan budaya, tradisi dan juga kisah dongeng masyarakat setempat. Apa yang menjadikannya lebih menarik adalah persembahan ini dilakukan diatas air sambil diiringi oleh muzik klasik dan tradisional Vietnam.

Namun, ada satu kekurangan dalam persembahan ini. Ia dipersembahkan dalam bahasa tempatan. Jadi, ada kemungkinan besar yang anda akan ada masalah untuk memahami dialog yang dipertuturkan. Apapun, anda masih boleh memahami sedikit sebanyak berkenaan cerita tersebut menerusi pergerakan yang dilakukan oleh boneka.

3. Local Wet Market

Di Vietnam, anda boleh temukan banyak pasar basah. Jadi, agak rugi kalau anda terlepas peluang untuk datang ke pasar-pasar basah ini. Ada sebuah pasar basah yang kami sangat sarankan anda untuk berkunjung kalau anda dah sampai ke Ho Chi Minh.

Pasar basah tersebut itu diberi nama Binh Dien Market. Ia terletak di Saigon. Disini anda boleh temukan pelbagai jenis kerang, sotong, ikan dan bermacam jenis lagi makanan laut.

Kebanyakan hasil laut yang anda boleh temukan disini diambil daripada sungai, pantai dan juga kolam ternakan ikan. Biasanya ia diambil dari kawasan selatan Vietnam. Menariknya disini, anda akan temukan waktu lelongan udang, beberapa kawasan yang menyediakan ikan yang masih hidup, kerang dan juga ikan pari.

4. Suoi Tien Theme Park

Suoi Tien Theme Park ni sebenarnya agak unik kerana temanya sangat berbeza dengan kebanyakan theme park lain yang ada dalam dunia. Ini kerana apa yang menjadi tema bagi theme park ini adalah patung Buddha gergasi dan juga patung bermacam jenis haiwan mistik lain.

Anda boleh temukan patung-patung tersebut disekitar kawasan theme park ini. Selain itu, anda boleh temukan tarikan lain yang sama seperti kebanyakan theme park. Antaranya ialah, gelongsor air, rides dan lain-lain lagi. Satu lagi tarikan yang menjadi kegemaran pengunjung adalah sebuah bangunan yang disejukkan sehingga bawah takat beku dan ia turut diselaputi dengan salji buatan.

5. THE BAMBOO VILLAGE

The Bamboo Village merupakan sebuah port honeymoon yang sering menjadi pilihan pasangan yang berkunjung ke sini. Ia telah memenangi anugerah “Home of the Blissful Bamboo Village” selama 18 tahun berturut-turut! Jadi anda pastinya boleh bayangkan kenapa ia sering menjadi pilihan kan?

Disini terdapat 147 buah bilik yang mengetengahkan konsep Vietnam dan juga banglo yang dikelilingi oleh pokok-pokok hijau dan juga taman tropika. Anda pastinya akan menemukan ketenangan disini. Ia juga mempunyai kawasan pantai berpasir putih dan lautan biru yang akan memberikan anda sebuah sensasi luarbiasa. Anda juga boleh menikmati hidangan cara bufet sambil diiringi persembahan muzik secara live.

Sekian saja untuk artikel kali ini berkenaan 5 TEMPAT MENARIK DI HO CHI MINH. Ada banyak lagi sebenarnya yang ingin kami kongsikan dengan anda. Mungkin beberapa lagi tempat menarik akan kami kongsikan dengan anda di suatu masa nanti. So, nantikan ya? Jumpa lagi!

Jangan lupa booking penginapan anda di Airbnb bagi mendapatkan harga terbaik. Terdapat pelbagai pilihan homestay disitu.

Jangan lupa like page kami Destinasi Percutian dan Follow instagram kami Destinasi Percutian

error: Content is protected !!