Pulau Song song yang terletak di Yan, Kedah Darul Aman merupakan sebuah pulau yang begitu menenangkan jiwa tatkala kaki menjejakinya. Diseliputi pasir yang memutih dan kehijauan pokok-pokok hutan yang masih terpelihara serta terumbu karang yang masih terdapat di dasar laut.

Terletak di perairan daerah Yan kedah, pulau ini tidak berpenghuni dan merupakan tempat pendaratan bagi penyu bertelur pada musim-musim tertentu. Pulau yang merupakan salah satu daripada gugusan pulau indah di utara Selat Melaka itu menyimpan khazanah laut unik dan pelbagai termasuk ikannya yang berwarna-warni serta terumbu karang cantik.

Pulau ini sangat terkenal bagi kaki diving. Menurut sumber sebelum tahun 2008 para nelayan dan penduduk setempat tidak dibenarkan sama sekali untuk mengunjungi Pulau Song Song kerana dikatakan pulau ini digunakan oleh pesawat pejuang Tentera Udara Australia untuk melakukan latihan menembak peluru berpandu di sini.

Penduduk juga ada mengatakan bahawa Pulau Song Song di ambil alih oleh Tentera British sejak tahun 1940-an lagi. Mereka menjadikan pulau ini sebagai lokasi utama untuk ujian menembak peluru. Selepas perjanjian dengan kerajaan Malaysia tamat, pulau terbabit diserahkan kepada Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) dan Kementerian Pertahanan.

Kini setelah dibersihkan kawasan tersebut nampak begitu menyenangkan dan untuk pengetahuan semua Pulau Song Song telahpun dibuka untuk orang ramai, tiada lagi sebarang halangan serta tiada sebarang caj dikenakan untuk datang ke sini.

Bagaimana untuk ke Pulau Song song?

Jika ingin ke Pulau Song song, terdapat beberapa jeti yang menyediakan pengangkutan bot iaitu Jeti Sungai Yan, Jeti Sungai Udang, Jeti Kuala Dulang dan Jeti Tanjung Dawai. Perjalanan ke Pulau Song-Song hanya mengambil masa kira-kira 35 minit dari Jeti Tanjung Dawai atau 15 minit dari Jeti Sungai Udang, Yan Kedah. Pelancong yang ingin ke pulau ini perlu menempah lebih awal kerana perjalanan ke pulau bergantung pada cuaca dan air pasang-surut.

Pulau ini juga menawarkan aktiviti seperti snorkeling dan scuba diving yang menawarkan pengalaman yang sukar untuk dilupa. Bagi sesiapa yang inginkan ketenangan dan mencari tempat yang sunyi serta lari dari kesibukan kota bolehlah datang ke sini.

Anda pasti tidak akan menyesal dan bercadang untuk datang lagi Pulau Song Song. Jom tengok gambar.

Pulau Song Song

Pulau Song Song

Pulau Song Song

Pulau Song Song

Pulau Song Song

Pulau Song Song

Pulau Song Song

Pulau Song Song

Pulau Song Song

Pulau Song Song

Penginapan Berhampiran Pulau Song Song (Rujuk Booking.com atau Agoda )

1. Zar Permai Motel & Homestay, Yan, Kedah
2. D’Merbok Homestay

Jangan lupa booking penginapan anda di Airbnb sekiranya anda ingin bermalam di Ipoh bagi mendapatkan harga terbaik. Terdapat pelbagai pilihan homestay disitu. Ada diskaun untuk booking kali pertama lagi.

Jangan lupa like page kami Destinasi Percutian dan Follow instagram kami Destinasi Percutian

Baca juga : Tempat Menarik Untuk Buat Family Day

Share on facebook
Facebook
Share on twitter
Twitter
Share on whatsapp
WhatsApp
Share on telegram
Telegram
100,000 orang pembaca destinasipercutian.com telah mendaftar AirBNB dan mendapat penjimatan
Klik SINI