Chalet Latip D’Ayer Itam di Batu Kurau Yang Penuh Warna Warni

Chalet Latip D’Ayer Itam

Share This Post

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on telegram

Chalet Latip D’Ayer Itam

Chalet Latip D’Ayer Itam yang terletak di Batu Kurau, Perak ini merupakan kawasan bercuti yang penuh warna warni dan moden. Kawasan chalet ini juga terletak dekat dengan sungai serta dalam kawasan dusun. Lagi satu, kawasan Batu Kurau ni memang terkenal dengan duriannya. So kalau berkesempatan korang akan lihat gerai-gerai durian di tepi jalan menuju ke chalet ini.

Satu lagi kalau korang bercuti di chalet ini, kalau nak berendam pun tadahal. Maklumlah bukak je pintu terus nampak sungai. Dengan tempat yang terletak di tepi sungai, dalam dusun dan air terjun, chalet ini memang merupakan pilihan untuk mereka bercuti yang menginginkan ketenangan jiwa.

Chalet Latip D’Ayer Itam

Chalet Latip D’Ayer Itam

Chalet Latip D’Ayer Itam

Chalet ini memang sesuai untuk mereka yang datang dengan keluarga serta rakan-rakan, disebalik dapat menikmati keindahan alam yang hijau dan kedinginan air sungai ketika mandi manda, waktu tidur pula anda akan ditemani dengan bunyi air sungai yang mengalir.

Bangun pagi je, best gileer boleh mandi mandi dalam dusun tepi jeram sungai yang sejuk dingin. Lokasi memang cun punya sebab selesa dan luas, nak turun naik berendam pun boleh naik tangga. Memang satu percutian yang akan diingati.

Harga bilik pula ada RM150 ada RM250 Ada RM350. Bergantung pada bajet dan pilihan korang. 1 unit cottage yang boleh memuatkan 5-7 orang, dimana terdapat 6 katil dalam satu cottage. Rumah lain pun ada, selesa sangat sebab macam rumah kecil & facilities juga bersih dan lengkap. Antara kelengkapan bilik yang ada, penghawa dingin, kipas siling, televisyen, seterika, peti sejuk, mandian panas serta cerek memasak air. Cukup lengkap la untuk percutian korang tu.

Chalet ini memang sesuai sangat jika anda hendak buat untuk hari keluarga sebab ada banyak unit dan parking kereta yang betul-betul depan pintu.

Baca juga: Tempat Menarik Untuk Buat Family Day

Kalau korang hendak bercuti ke Chalet Latip ni bolehla hubungi contact no yang admin berikan di bawah ini. Bagitahu je admin destinasi percutian promote hehehe

Alamat: A206 Jalan Air Itam, Kampung Air Hitam Jelai 34520 Batu Kurau, Perak, Malaysia
Google Map: Chalet Latip
Hubungi: 60197523794, 05-888 0284, 0340419533

Sebelum mengakhiri penulisan ini jangan lupa like page kami Destinasi Percutian dan Follow instagram kami Destinasi Percutian untuk kami lebih memberi informasi mengenai destinasi percutian dalam negara serta luar negara.

Nak lagi tempat menarik? Jom subscribe telegram kami. Klik Subscribe Telegram

More To Explore