Begitu banyak sekali tempat menarik di Selangor ini. Selangor Darul Ehsan merupakan sebuah negeri yang terletak di tengah Semenanjung Malaysia dan mengelilingi kota metropolitan Kuala Lumpur dan Putrajaya. Betapa strategik sekali lokasi negeri ini, menjadikan ia kaya dengan pelbagai pusat pelancongan yang menarik untuk dilawati.

Begitu banyak sekali destinasi pelancongan yang best yang boleh dilawati baik tarikan di pantai, di hutan, di bukit mahupun tarikan pelancongan yang lebih moden yang lebih dekat dengan jiwa orang muda sekiranya anda merancang untuk bercuti ke Selangor. Berikut merupakan 9 destinasi percutian yang mesti anda lawati ketika berada di Selangor:

Tempat Menarik Di Selangor

1. Muzium Coklat

tempat menarik di Selangor

Di sini, anda boleh melihat demonstrasi secara langsung cara-cara pembuatan coklat buatan tangan serta mempelajari bagaimana imej dicetak ke coklat, kek dan biskut di dapur coklat. Pada akhir lawatan, anda boleh membeli-belah coklat kegemaran anda pada harga lebih murah dari harga pasaran. Jenama yang dijual adalah jenama tempatan seperti Fidani, Danson dan Milton serta jenama antarabangsa terkenal seperti Ferrero dan Hershey di kedai runcit muzium.

2. Zoo Negara

tempat menarik di Selangor

Ada lebih daripada 15 kawasan pameran haiwan untuk anda lawati – dari spesies orang utan di Dunia Monyet, ikan tropika di taman ekologi air tawar pertama negara hinggalah kepada kodok di Dunia Amfibia. Anda juga boleh melihat secara dekat burung kakak tua di kawasan perlindungan burung dan mengambil gambar anda dengan ular dan kuda kecil berhampiran pintu masuk utama zoo. Panda gergasi yang dihadiahkan kerajaan Cina juga boleh anda lihat. Akan tetapi tiketnya berasingan dan mahal.

3. I City

tempat menarik di Selangor

Tempat kegemaran keluarga dan kanak-kanak di Shah Alam ini terkenal dengan pohon maple dan pine palsu serta bunga matahari yang dihiasi dengan lampu LED berwarna-warni yang dinyalakan pada waktu malam.

4. Kidzania

tempat menarik di Selangor

Tiada tunggangan atau permainan arked di sini. Sebaliknya, anak-anak anda akan memainkan peranan seolah-olah mereka adalah seorang pakar bedah, ahli bomba, wartawan, juruterbang, model, doktor, pelukis atau juga seorang pelakon untuk sehari. Anak-anak anda akan berada di sebuah bandar kecil lengkap dengan hospital, balai bomba, salon kecantikan, bank, stesen radio, studio TV dan teater dan banyak di KidZania Kuala Lumpur.

5. Sunway Pyramid Ice

tempat menarik di Selangor

Dibina di dalam Gedung Membeli Belah Sunway Pyramid, gelanggang ini bukan sahaja menarik lebih 15,000 peluncur ais setiap bulan, tetapi juga menjadi tuan rumah kepada kejohanan bertaraf dunia seperti Skate Asia dan Kejohanan Hoki Ais Dunia. Untuk mereka yang baru menyarung kasut skate buat kali pertama, terdapat 20 jurulatih tempatan dan asing di sini untuk mengajar teknik meluncur dengan betul. Umur bukan penghalang kerana akademi di sini menerima pelajar seawal empat tahun.

6. Sunway Lagoon

tempat menarik di Selangor

Taman tema ini memuatkan pelbagai tarikan untuk anda sekeluarga — anda boleh mandi-manda di bawah matahari tropika di Taman Air, menjerit sekuat-kuat hati di Scream Park, menikmati tunggangan mendebarkan di Amusement Park atau bermain perang olok-olok dengan paintball di Extreme Park. Kanak-kanak juga boleh mendekati dan memegang haiwan yang dipelihara di Wildlife Park.

7. Skytrex Shah Alam

tempat menarik di Selangor

Ini taman pertama seumpamanya di Malaysia.Dengan Skytrex Adventure di Taman Botani Negara Shah Alam (40 minit dari KL) ini, anda boleh merentas hutan dari pokok ke pokok. Anda boleh tahu tangkas atau tidak anda diri anda itu. Atau cabar ketakutan anda. Di sini anda bakal berjalan, merangkak, meluncur dan berayun dengan lebih 20 trek pengembaraan di udara dalam suasana hutan hujan tropika Malaysia.

8. Hutan Lipur Kanching

tempat menarik di Selangor

Salah satu tempat rekreasi utama keluarga dan pencinta alam semula jadi, air terjun 7 tingkat ini sebenarnya merupakan sebahagian dari Hutan Lipur Kanching seluas 47 hektar. Selain daripada kolam dan sungai untuk orang dewasa dan kanak-kanak, kawasan air terjun ini juga dilengkapi kawasan berkelah dan laluan mendaki.

9. Aviax Aviation

tempat menarik di Selangor

Dibuka 6 hari seminggu, simulator kapal terbang di Aviax membolehkan orang baru, pemain berpengalaman dan bakal pilot belajar dan merasai kendalian pesawat seperti dalam dunia sebenar. Pusat simulator ini dibuka untuk kanak-kanak berumur 10 tahun, ibu dan bapa dan juga bakal pilot yang ingin mengasah kebolehan sebelum penerbangan pertama mereka. Jika anda ingin tunjukkan kehebatan anda, cubalah mendaratkan kapal terbang anda dalam cuaca buruk.

Sekiranya anda mempunyai pengalaman di Selangor ini, silalah tinggalkan komen dibawah untuk berkongsi pendapat dan review dengan pengunjung lain. Semoga setiap penulisan anda dibalas dengan pahala InsyaAllah.

Jangan lupa tulis review anda bagi yang pernah sampai ke Selangor.

Baca juga : Tempat Menarik Di Ipoh Untuk Dilawati

Jangan lupa booking penginapan anda di Airbnb bagi mendapatkan harga terbaik. Terdapat pelbagai pilihan homestay disitu.

Jangan lupa like page kami Destinasi Percutian dan Follow instagram kami Destinasi Percutian

Share on facebook
Facebook
Share on twitter
Twitter
Share on whatsapp
WhatsApp
Share on telegram
Telegram