Keunikan Batu Kerikil Di Pulau Koh Hingham Yang Disumpah

Sekiranya anda pernah sampai melawat Koh Lipe, Thailand, tahukah anda akan kewujudan sebuah pulau kecil yang berdekatan dengannya yang bernama Koh Hingham? Pulau ini dikatakan tidak berpenghuni dan tidak tersenarai sebagai salah satu destinasi pelancongan rasmi Thailand. Kecantikan Pulau Koh Hingham adalah kerana terdapat batu kerikil yang berwarna hitam yang mampu menarik minat sesiapa sahaja yang melihatnya untuk membawa pulang.

Awas ya! Jika anda melawat pulau ini, jangan harap untuk mengambil walau satu pun batu kerikil dari pulau ini sebagai tanda kenangan. Tindakan sebegini pasti akan menimbulkan kemarahan di kalangan masyarakat tempatan. Ada sebabnya.

Ini kerana Pulau Koh Hingham terdapat satu sumpahan pada pelancong yang datang kerana membawa balik batu kerikil yang terdapat disitu. Pulau Koh Hingham dipenuhi dengan batu kerikil kecil berwarna hitam dan putih yang diselubungi oleh satu lagenda yang menakutkan.

Memetik artikel dari AtlasObscura, masyarakat tempatan di situ mempercayai bahawa pulau Koh Hingham telah disumpah oleh dewa mereka, Tarutao. Jika ada pengunjung yang berani untuk menyimpan walau satu pun batu kerikil dari pulau tersebut, mereka percaya bahawa pengunjung itu akan disumpah oleh Tarutao selama-lamanya! Namun, tidak dinyatakan pula bagaimana bentuk sumpahan pada mereka yang membawa pulang batu kerikil tersebut.

Menurut mitologi Thailand, dewa Tarutao sangat menyukai Pulau Koh Hingham, hingga ia memberikan anugerah berupa batu-batu mulia berwarna hitam ke pulau tersebut.

Saabn tahun, pihak Taman Negara Thailand akan menerima kembali berpuluh-puluh batu kerikil yang diambil dari pulau Koh Hingham yang dipulangkan melalui pos. Ini kerana pengunjung yang berniat ingin mencabar sumpahan tersebut dengan membawa pulang beberapa biji batu kerikil didakwa tidak tahan dengan ‘sumpahan’ yang berlaku. Akibatnya, mereka dikatakan terpaksa memulangkan semula batu-batu kerikil pulau ini untuk menamatkan sumpahan yang dikenakan akibat mengambil batu kerikil tersebut.

Baca Juga  Trip Ke Hatyai Dengan Membawa Kereta Sendiri

Meskipun pengunjung tidak dibenarkan untuk membawa keluar batu-batu kerikil hitam yang cantik ini dari sempadan pulau Koh Hingham, tiada larangan dikenakan kepada pengunjung yang ingin bermain dengannya selagi mereka berada di dalam kawasan pulau ini. Pandai-pandailah guna kreativiti masing-masing. Sebagai contoh, masyarakat Thailand sendiri sering membina pagoda kecil menggunakan batu-batu tersebut dan kemudiannya berdoa di hadapannya. Selain itu, ada pengunjung yang menyusun batu-batu kerikil yang berwarna hitam dan putih di situ untuk menulis mesej-mesej pendek.

Bagaimana cara untuk sampai ke Pulau Koh Hingham?

Oleh kerana pulau Koh Hingham tidak berada dalam senarai rasmi destinasi pelancongan Thailand, maka satu-satunya cara untuk ke sana adalah dengan mencari seorang nelayan tua di Koh Lipe yang arif dengan selok-belok untuk ke pulau tersebut. Kemudian, terserah kepada kelicikan atau kebijakan anda dalam berunding dengan nelayan tua terebut bagi membawa anda pergi ke pulau yang disumpah ini.

Sekiranya anda berjaya memujuk nelayan tersebut, anda pasti akan mendapat satu perjalanan menggunakan bot untuk ke Pulau Koh Hingham. Tempoh perjalanan pula dikatakan mengambil masa selama kira-kira 20 minit. Selamat maju jaya!

Jangan lupa like page kami Destinasi Percutian dan Follow instagram kami Destinasi Percutian

error: Content is protected !!