20 Homestay dan Chalet Menarik di Janda Baik

Sentosa Janda Baik

Homestay dan Chalet Menarik di Janda Baik Yang Terkini

Artikel kalini akan menghimpunkan antara homestay dan chalet menarik di Janda Baik yang sesuai untuk family day ataupun keluarga kecil. Selamat membaca.

Sebelum tu Jangan lupa booking flight di AirAsia: AirAsia Online Flight Booking

Tempat menarik di Janda Baik

Homestay dan Chalet menarik di Janda Baik ni ada banyak. Ada Janda Baik resort, homestay Janda Baik, Janda Baik hotel, chalet Janda Baik, Janda Baik Villa dan dan sebagainya. Sangat sesuai kalau dibuat family day, teambuilding atau apa-apa event yang melibatkan ramai orang.

Cuma kena rajin mencari mana yang sesuai dengan bilangan yang nak pergi. Maklumlah kita nak percutian yang selesa di Janda Baik. Jadi kami ada listkan 20 homestay chalet menarik di Janda Baik beserta detail untuk anda semua.

Semoga list yang kami hidangkan akan membuatkan anda tenang memilih untuk bercuti di Janda Baik.

1. Charis Janda Baik

    Homestay Menarik di Janda Baik


Charis tempat menarik di janda baik
Semak Charis Janda Baik harga dibawah:

Klik Sini Untuk Semak Harga di Agoda

Homestay Charis di Janda Baik ni sangat cantik, privacy dan selesa sesuai bawa keluarga berehat. Ada pool depan villa dan Sg Chemperoh utk mandi manda. Ada juga tempat riadah utk main badminton, ping pong, volley ball.

Ada 2 unit dgn 3 bilik dan 1 unit dgn 2 bilik. Yg 3 bilik ada private pool dan luas dgn rate RM900 per night. Manakala 2 bilik RM450. Check in sgt senang dan tempat parking pun ada.


Alamat: Lot 8535 Kuala Lurah, Chemperoh, Janda Baik 28750 Kampung Janda Baik, Pahang
Telefon: 012-998 1403
Website: https://charisjandabaik.com.my/

2. Serene Resort Janda Baik

    Chalet Menarik di Janda Baik


tempat percutian menarik di Janda Baik
Semak Serene Resort Janda Baik harga dibawah:

Klik Sini Untuk Semak Harga di Agoda

Kawasan yang cantik dan luas di Serene Resort Janda Baik ini. Suasana menyegarkan serta damai. Sesuai untuk team work program. Aktiviti rimba yang sesuai untuk semua. Selamat untuk bawa baby trekking sekali. Tempat yang serba lengkap utk keluarkan peluh.

Tempat yang sesuai untuk mencari ketenangan setelah penat bekerja.


Alamat: Lorong Seri Dinar, Kampung Cheringin 28750 Bentong, Pahang
Telefon: 09-233 0470

3. Le’ Manah Retreat Janda Baik

    Penginapan Menarik di Janda Baik


chalet menarik di Janda Baik
Semak Le’ Manah Retreat Janda Baik harga dibawah:

Klik Sini Untuk Semak Harga di Agoda

Le’ Manah Retreat merupakan salah satu tempat menarik di Janda Baik dimana ia sebuah resort yang bersih dan cantik . Penjaga resort pun baik dan ramah. Tempat ni style rumah macam English style sikit. Siap ada air terjun dan air sungai.

Suasana damai dan tenang, sesuai dengan group family anak-anak kecil. Landskap dan view hutan yang cantik dan persekitaran bersih.

Tempat yang agak menenangkan. Sesuai untuk lari dari kesibukan kota. Suasana bersih dan selesa. Sesuai untuk adakan family day di sini.


Alamat: Lorong Belia 1, Kampung Chemperoh, Kampung Janda Baik
Telefon: 019-280 0611
Website: https://www.le-manah-retreat.com/

4. Kasturi D’Manggis Janda Baik

    Homestay Menarik di Janda Baik


chalet Janda Baik
Semak Kasturi D’Manggis Janda Baik harga dibawah:

Klik Sini Untuk Semak Harga di Agoda

Melihat bukit bukau dan gunung ganang yang menghijau di villa Janda Baik ini memberikan ketenangan jiwa. Tempat menarik dan sangat sesuai untuk family gathering.

Homestay Kasturi D’Manggis Janda Baik ni amat cantik. Akan terpesona melihat view dari rumah. Jika anda inginkan kelainan dan menikmati pemandangan Bukit bukau yang memukau, Kasturi D’manggis lah tempatnya.

Bilik ada 5 dan view memang superb mengadap banjaran. Lokasi memang dekat sangat dengan entrance ke gunung nuang.


Alamat: LOT 27996, Kuala Lurah, 28750, Kampung Janda Baik, Pahang
Telefon: 012-549 5817

5. eRYA by SURIA Janda Baik

    Hotel menarik di Janda Baik


Tempat Menarik Di Janda Baik
Semak eRYA by SURIA Janda Baik harga dibawah:

Klik Sini Untuk Semak Harga di Agoda

eRYA by SURIA Janda Baik merupakan sebuah resort yang cantik dan menarik dan antara salah satu tempat menarik di Janda Baik. Sangat sesuai bagi mereka yang berkeluarga. Banyak aktiviti yang di tawarkan oleh resort.

Ade jakuzi di villa dan sangat selesa walaupun datang bersama kanak-kanak. Terdapat air panas semulajadi yang menjadi tarikan di resort ni. Pemandangan dan cuaca yang indah di waktu pagi amat menenangkan.


Alamat: 8567, Kampung Janda Baik, Bentong, 28700 Bentong, Pahang
Telefon: 09-233 0003
Website: eryabysuria.com/hotels/janda-baik

6. Bidaisari Resort Janda Baik

    Resort menarik di Janda Baik


resort menarik di Janda Baik
Semak Bidaisari Resort Janda Baik harga dibawah:

Klik Sini Untuk Semak Harga di Agoda

Tak perlu pergi jauh untuk mendapatkan percutian yang damai dan mewah dengan suasana kampung. Tasik, sungai dan pokok buah-buahan. Ditambah pula dengan resort penginapan yang ekslusif dan selesa. Ada kolam renang yang besar dan kecik sesuai untuk semua golongan. Datanglah ke Bidaisari Resort yang menarik di Janda Baik ini.

Anak sungai yang selesa dan bersih untuk tetamu merasai alam yang damai. Banyak aktiviti outdoor dengan harga yang berpatutan. Front desk sangat friendly dan cekap. Sangat menarik untuk dijadikan tempat gathering atau family day


Alamat: Lot 7721,Lorong Cheringin Satu, Kampung Cheringin Janda Baik, Kampung Janda Baik, 28750, Pahang
Telefon: 011-7075 5555
Website: https://www.bidaisariresort.com.my/

7. Sailor’s Rest Janda Baik

    Resort Dengan Pelbagai Jenis Penginapan


tempat percutian menarik di Janda Baik
Semak Sailor’s Rest Janda Baik harga dibawah:

Klik Sini Untuk Semak Harga di Agoda

Rumah percutian Sailor’s Rest Janda Baik yang terletak pada ketinggian 600 meter di Banjaran Titiwangsa ini menawarkan atmosfera yang cukup menyegarkan dalam lanskap yang megujakan pandangan mata. Sailor’s Rest menawarkan pelbagai pilihan penginapan dengan suasana yang berbeza mengikut citarasa anda.

Menariknya dekat sini ada 5 jenis penginapan iaitu boathouse, kampung chalet, Sailor’s Rest glamping Janda Baik, modern chalet dan bungalow.
Glamping tu macam bestt je, anak-anak mesti suka. Ada sungai rasanya berdekatan tapak khemah glamping tu.


Alamat: Lorong Dato’ Panglima, Kuala Lurah, Kampung Janda Baik, 28750
Telefon: 012-360 9227
Website: https://sailorrest.com/

8. Cherengin Hills Janda Baik

    Sesuai Untuk Event


Penginapan menarik di janda baik
Semak Cherengin Hills Janda Baik harga dibawah:

Klik Sini Untuk Semak Harga di Agoda

Cherengin Hills Janda Baik hanya 45 minit sahaja dari Kota Kuala Lumpur. Lokasi yang sangat sesuai untuk Seminar, Hari Keluarga, Majlis Sambutan Hari Lahir, Majlis Perkahwinan, Team Building.


Alamat: Cherengin Hills Convention & Spa Resort Bentong, Lot 5540 & 5936, 28750, Kampung Janda Baik, 28750 Bentong, Pahang.
Telefon: 09-233 0999
Website: https://cherenginjandabaik.com

9. Harmony Valley Retreat Janda Baik

    Resort Dengan Pemandangan Yang Menakjubkan


chalet menarik di Janda Baik
Semak Harmony Valley Retreat Janda Baik harga dibawah:

Klik Sini Untuk Semak Harga di Agoda

Harmony Valley Retreat Janda Baik ialah tempat percutian yang sempurna dengan dikelilingi oleh ketenangan alam semula jadi. Rumah dan kemudahannya juga sangat bersih dan selesa.

Dengan suasana yang tenang menjadikan ia salah satu tempat menarik di Janda Baik untuk dikunjungi. Bagi yang rindukan bunyi unggas pada waktu malam, sinilah tempatnya. Pemandangannya juga amat menakjubkan.


Alamat: Lot 345, Jalan Sum Sum Dua, Tana Rimba, Off Jalan Janda Baik, Kampung Bukit Tinggi, Malaysia
Telefon: 09-233 0060
Website: https://harmony-valley-retreat-holiday-home-bukit-tinggi.booked.net/

10. Sentosa Janda Baik

    Chalet Sesuai Untuk Keluarga Kecil


Semak Sentosa Janda Baik harga dibawah:

Klik Sini Untuk Semak Harga di Agoda

Sentosa Janda Baik menawarkan taman, lounge dan teres. Sentosa Janda Baik juga menyediakan penginapan di Kampong Sum Sum dengan WiFi percuma dan pemandangan sungai. Dengan pemandangan gunung disajikan menjadikan percutian anda amat bermakna.

Villa ini mempunyai 3 bilik tidur, ruang tamu, TV satelit skrin rata, dapur kecil yang lengkap serta 3 bilik mandi dengan pancuran mandian dan tab mandi.


Alamat: 121 & 260, KG Sum Sum Hulu, Kampung Janda Baik, 28750 Bentong, Pahang

11. D’Villa Janda Baik

    Villa menarik di Janda Baik


villa menarik di Janda Baik
Semak D’Villa Janda Baik harga dibawah:

Klik Sini Untuk Semak Harga di Agoda

D’Villa Janda Baik salah satu penginapan hujung minggu pilihan ramai. Berjalan di sekitar D’Villa, pengunjung pasti akan terpesona dengan susunan landskap yang mengenengahkan elemen tumbuhan.


Alamat: A319, Jalan Tanarimba Pine, Kampung Janda Baik, 28750 Bentong, Pahang
Telefon: 012-727 8319
Website: playmanagement.com.my/d-villa

12. Happy Paradise Janda Baik

    Homestay menarik di Janda Baik


homestay menarik di Janda Baik
Semak Happy Paradise Janda Baik harga dibawah:

Klik Sini Untuk Semak Harga di Agoda

Lokasi bagi Happy Paradise ini hanya 30 minit dari Batu Caves, KL. Beberapa minit sahaja dari Genting Sempah. Tidak perlu berjalan jauh dan ada beberapa kawasan tempat makan selera kampung berdekatan. Antaranya boleh menjamu makanan tengah hari di Restoran Ola Kafe. Bila perjalanan untuk percutian hanya kurang dari sejam, kita ada lebihan masa untuk berehat dan juga buat aktiviti lain.

Aktiviti yang boleh dijalankan di sini boleh tahan banyak juga. Antaranya adalah kemudahan seperti swimming pool, trampolin, bbq dan paling best sekali ada petting zoo. Jadi tidak hairanlah Happy Paradise merupakan antara tempat menarik di Janda Baik yang mempunyai pelbagai aktiviti samada untuk orang tua mahupun anak-anak.


Alamat: Kampung Janda Baik, 28750 Bentong, Pahang
Telefon: 012-257 7440
Website: playmanagement.com.my/d-villa

13. DENZ Chalet Janda Baik

    Chalet menarik di Janda Baik


homestay DENZ Chalet di Janda Baik
Semak DENZ Chalet Janda Baik harga dibawah:

Klik Sini Untuk Semak Harga di Agoda

DENZ Chalet Janda Baik ni sangat selesa. Ada kolam renang.Anak-anak mesti happy dapat mandi kolam dengan view hutan.

Ada BBQ dan ada juga karaoke.

Alamat: Kampung Chemperoh Janda Baik, kampung Janda Baik, 28750 Bentong, Pahang
Telefon: 019-693 5782

14. Sheliza Chalet Janda Baik

    Homestay di Janda Baik


homestay Sheliza Chalet di Janda Baik
Semak Sheliza Chalet Janda Baik harga dibawah:

Klik Sini Untuk Semak Harga di Agoda

Sheliza Chalet Janda Baik kecil dan lengkap, ade 3 bilik dan 3 bilik mandi skali dgn tandas. Ada juga tempat rehat di bawah pokok, kawasan letak kereta yang luas. Ada pondok tepi sungai.

Alamat: 72, Jln Kampung Janda Baik, Kampung Janda Baik, 28750 Bentong, Pahang
Telefon: 019-915 4831

15. Chalet Mamapapa Janda Baik

    Chalet menarik di Janda Baik


Chalet Mamapapa di Janda Baik
Semak Chalet Mamapapa Janda Baik harga dibawah:

Klik Sini Untuk Semak Harga di Agoda

Chalet Mamapapa Janda Baik sesuai untuk berehat bersama keluarga. Deruan air sungai yang bersih dan sejuk, bunyi sang unggas dan cengkerik serta pokok yang ditanam tersusun Indah menjadi terapi telinga dan mata serta hati yang akan merasai kebesaran Ilahi. Juga ada tempat untuk BBQ.

Makanan di sini sedap dan beberapa restoren yang kami singgah bersih. Sink tempat membasuh tangan dan lantainya juga bersih.

Alamat: Lorong Kuala Lurau, Hulu chemperoh 28570 Bentong, Pahang
Telefon: 019-368 8594

16. Man Ana Chalet Janda Baik

    Homestay menarik di Janda Baik


Man Ana Chalet di Janda Baik
Semak Man Ana Chalet Janda Baik harga dibawah:

Klik Sini Untuk Semak Harga di Agoda

Man Ana Chalet Janda Baik merupakan tempat yang sangat privacy, orang luar memang tak boleh masuk sebab dalam kawasan rumah owner. Sungai berbatu dan berlapis-lapis, air jernih, sungai bersih dan terjaga. Buka pintu chalet, terus nmpak sungai. Depan chalet ada bbq pit, meja dan sinki. Sangat terjaga oleh owner persekitarannya.

Alamat: Man Ana Chalet, Lorong belia 1 Ulu Chemperoh, Kampung Janda Baik, 28750 Bentong, Pahang
Telefon: 012-342 5211

17. Suunah Koruss Resort Janda Baik

    Resort menarik di Janda Baik


Suunah Koruss Resort di Janda Baik
Semak Suunah Koruss Resort Janda Baik harga dibawah:

Klik Sini Untuk Semak Harga di Agoda

Apa yang best di Suunah Koruss Resort Janda Baik ini ialah rumah style kampung yang besar, ada private pool, tenang dengan suasana kehijauan dan boleh muat sehingga 30 orang.

Dan specialnya tempat ni, bukan takat ada kolam renang je. Siap BERDEKATAN SUNGAI. Waahh tak puas mandi kolam, boleh berendam dalam sungai lagi. Antara salah satu tempat menarik di Janda Baik yang mesti pergi.

Alamat: Suunah Koruss Resort, Kampung Janda Baik, 28750 Bentong, Pahang
Telefon: 018-205 8060
Website: https://suunahkorussresort.boomer.co/

18. Riverside Janda Baik

    Penginapan menarik di Janda Baik


homestay Riverside di Janda Baik
Semak Riverside Janda Baik harga dibawah:

Klik Sini Untuk Semak Harga di Agoda

Apa yang best di Riverside Janda Baik ialah ada melebihi 30 buah chalet pelbagai jenis untuk dipilih mengikut citarasa. Ada chalet tepi sungai (Hot Selling). Ada chalet bertemakan Kampung, tema Batu Bata, tema Cabin, tema Cottage, pilih sahaja yang mana suka.

Taknak tidur ? Takpe, sebab Riverside Janda Baik ada lebih dari 14 buah pondok tepi sungai untuk berkelah bersama keluarga. Lengkap dengan BBQ pit di setiap satu pondok ini. Hanya bawa perapan ayam/daging/ikan je. Boleh datang secara walk-in sahaja. Siapa cepat dia dapat.

Alamat: Lot 5506, Kampung Janda Baik, 28750 Bentong, Pahang
Telefon: 019-948 3100
Website: https://riverside.com.my

19. Dua Pintu Janda Baik

    Homestay menarik di Janda Baik


homestay DENZ Chalet di Janda Baik
Semak Dua Pintu Janda Baik harga dibawah:

Klik Sini Untuk Semak Harga di Agoda

Sesuai sangat bagi pencinta-pencinta nature bercuti ke Dua Pintu Janda Baik. Ada pakej sungai mengalir depan villa tauu. Puas korang mandi manda nanti.

Ada 2 villa Dua Pintu Janda Baik yang korang boleh pilih. Jadi kalau korang family ramai kerr, boleh jer booking dua terus dan ajak family korang semua berstaycation hujung minggu dekat sini.

Alamat: Lot 6989, Kampung Janda Baik, 28750 Bentong, Pahang
Telefon: 019-217 4774

20. Sugeh Hill Resort Janda Baik

    Chalet Aliff Syukri di Janda Baik


Sugeh Hill Resort di Janda Baik
Semak Sugeh Hill Resort Janda Baik harga dibawah:

Klik Sini Untuk Semak Harga di Agoda

Keseluruhan kawasan Sugeh Hill Resort Janda Baik agak unik dan cantik. Boleh jogging di kawasan resort dan banyak pondok disediakan utk kite breakfast/makan bersama keluarga. Terdapat mini taman permainan, mini zoo juga untuk anak-anak.

Alamat: Sugeh Hill Exclusive Eco Resort Lot 495, Kampung Hulu Chemperuh, Kampung Janda Baik, 28750 Bentong, Pahang
Telefon: 012-327 8133
Website: http://www.sugehhillresort.com/

Akhir Kata

Dengan list tempat menarik di Janda Baik di atas, diharap dapat membantu anda semua untuk membuat pilihan. Nak pergi 1 keluarga atau buat family day pun ada. Boleh buat pilihan. Yang penting sebelum memilih tempat percutian di Janda Baik, pastikan baca review terlebih dahulu dan bajet yang ada.