Aktiviti family day atau percutian satu keluarga memang menyeronokkan. Menjelang cuti sekolah mesti yang rancang mengadakan aktiviti ini. Tentu ramai yang berminat mengadakan hari keluarga luar dari negeri masing-masing. Destinasi Percutian kali ini ingin berkongsi tentang 7 tempat menarik yang sesuai untuk buat family day.

7 Tempat Menarik Untuk Buat Family Day

1. Kampungstay Desa Murni, Pahang

Tempat Menarik Untuk Buat Family Day

Kampungstay Desa Murni Temerloh, Pahang berkonsepkan kampung style dan moden style. Suasana kampung yang tenang dan selesa. Ada 2 buah rumah moden dan 4 buah rumah tradisional yang sesuai menempatkan satu family datang bercuti dan menginap di sini.

Lokasi: Lot 1674, Jalan Homestay, Desa Murni Sanggang, 28020 Temerloh, Pahang

2. RumahKebun

Tempat Menarik Untuk Buat Family Day

RumahKebun adalah tempat percutian peribadi yang terletak hanya 28 kilometer pemanduan dari pusat bandar Kuala Lumpur. Dikelilingi oleh bukit-bukit yang subur dan hijau, RumahKebun adalah percutian yang ideal bagi keluarga dan rakan-rakan rapat.

Lokasi: Kampung Sungai Semungkis Batu 14 1/2 Hulu Langat, Selangor, Malaysia

3. Agrofarmstay

Tempat Menarik Untuk Buat Family Day

Anda memang boleh buat family day besar-besaran di sini. Resort ini menyediakan pelbagai jenis tempat penginapan seperti River View 10 bedded, D’ Lodge 6 bedded, Garden View 8 bedded. Paling besar Villa 14 bedded. Selain itu, Agrofarmstay ini juga menyediakan kemudahan lain seperti swimming pool, BBQ pit, Karaoke room, pet house, dan taman herba.

Lokasi: AGROFARMSTAY @Skill-Tech, Lot 453, Batu 13, Jalan Tebong / Machap, 76100 Durian Tunggal, Melaka.

4. Suunah Koruss Resort, Janda Baik

Tempat Menarik Untuk Buat Family Day

Anda ingin menikmati alam semulajadi yang belum di terokai? Suunah Koruss Resort merupakan sebuah resort baru terletak di Janda Baik, Pahang. Resort ini menawarkan penginapan senibina kayu desa berkonsepkan alam semulajadi untuk anda yang ingin meneroka alam semulajadi yang indah dan asli.

Lokasi: 113, Kg. Pulau Santap, Janda Baik, Bentong Town, Pahang, Malaysia

5. Umang-umang Chalet, Kuala Linggi

Tempat Menarik Untuk Buat Family Day

Dengan pantai semulajadinya yang masih belum tercemar, private serta redup, dilindunggi pula oleh pohon-pohon asal berusia ratusan tahun yang tidak terusik, besar dan rendang, Umang Umang Chalet menawarkan alternatif percutian budget dengan persekitaran chalet yang cantik, nyaman, sunyi, teratur, bersih serta santai. Sedap mata memandang.

Lokasi: Umang Umang Chalet. Lot 602, Batu 31, Bukit Darat, Kuala Linggi, Kuala Sungai Baru, Melaka.

6. Tok Janggut Homestay & Retreat, Taiping

Tempat Menarik Untuk Buat Family Day

Siapa kata Taiping takde tempat menarik untuk bercuti bersama anak-anak? Nah, Tok Janggut Homestay ini adalah antara tempat yang harus dikunjungi bersama keluarga tersayang. Suasana yang tenang dan perkhidmatan swimming pool yang disediakan ini nescaya dapat memberikan anda sekeluarga memori manis.

Lokasi: Kampung Senduk ulu, 34850 Changkat Jering, Negeri Perak

7. Chalet Rimbun Hijau, Yan, Kedah

Tempat Menarik Untuk Buat Family Day

Sekiranya anda ke negeri jelapang padi untuk bercuti dan tidak tahu dimana hendak menginap, kami cadangkan anda mencuba Chalet Rimbun Hijau yang terletak di jalan Batu Hampar, Yan, Kedah. Chalet ini amat bersesuaian untuk melakukan pelbagai aktiviti sama ada perjumpaan keluarga mahupun kem motivasi. Anda diminta untuk membuat tempahan lebih awal kerana chalet ini sentiasa penuh dengan tempahan dari syarikat swasta mahupun perseorangan. Chalet ni mnyediakan 7 bilik, dapur, dewan makan, surau, ruang istirehat dan yang paling best sekali ada 3 pool original air gunung.

Lokasi : Jalan Batu Hampar (169.19 km), 06900 Yan, Kedah

Sebenarnya banyak lagi lokasi hotspot percutian menarik untuk korang sekeluarga. Nak tahu kat mana lagi? Tunggu. Selamat bercuti, semoga family day yang dianjurkan dapat mengeratkan lagi hubungan dengan ahli keluarga.

Jangan lupa booking percutian anda di Airbnb

Jangan lupa like page kami Destinasi Percutian dan Follow instagram kami Destinasi Percutian

Share on facebook
Facebook
Share on twitter
Twitter
Share on whatsapp
WhatsApp
Share on telegram
Telegram
100,000 orang pembaca destinasipercutian.com telah mendaftar AirBNB dan mendapat penjimatan
Klik SINI