Promosi Tiket Masuk RM10 Di Bukit Gambang Resort City

Bukit Gambang Resort City Tawar Promosi Tiket Masuk RM10

Bukit Gambang Resort City

Ini peluang baik untuk anda yang ingin berhibur bersama keluarga di taman tema air. Bukit Gambang Resort City yang terletak di Kuantan telah melancarkan promosi dan diskaun besar-besaran sempena menyambut ulangtahun mereka yang ke sepuluh. Ini merupakan berita yang ditunggu-tunggu oleh mereka yang ingin merancang percutian sempena hari cuti mereka.

Menurut facebook dan laman web rasmi mereka, promosi harga tiket masuk untuk ke Water Park ditawarkan pada harga RM10 sahaja tidak kira dewasa mahupun kanak-kanak. Manakala Safari park pula berharga RM32 bagi dewasa manakala RM22 bagi kanak-kanak.

Bukit Gambang Resort City

Bukit Gambang Resort City

Tempahan untuk ke Bukit Gambang Resort City boleh dibuat secara online melalui laman web rasmi mereka di di sini

Untuk pengetahuan anda, promosi ini hanya sah untuk tempahan dari 10 Jun 2019 sehingga 24 Julai 2019 sahaja untuk perjalanan bermula 18 Julai 2019 sehingga 24 Julai 2019 ini.

Alamat: Bukit Gambang Resort City, 26300 Gambang, Kuantan, Pahang, Malaysia.
Tel: +609-548 8000
Email : enquiry@bgrc.com.my

Sekiranya anda berjalan ke Bukit Gambang Resort City dan ingin berjalan ke tempat lain yang menarik, jangan lupa baca Tempat Menarik Di Kuantan Untuk Dilawati

error: Content is protected !!
Google Vignette Style Popup