Tempat Breakfast Sedap di Kuantan Yang Menjadi Pilihan Ramai

Alang-alang melawat tempat menarik di Kuantan, apakata cuba pekena breakfast di Kuantan pula. Artikel kalini kami akan share mengenai tempat breakfast sedap di Kuantan.

Mencari penginapan Kuantan? jom Tengok di

Breakfast sedap di Kuantan

Tidak sah memulakan perjalanan untuk melawat tempat yang ada di Kuantan kalau tak pekena sarapan pagi. Jom ikuti kami dalam senarai sarapan pagi sedap di Kuantan.

Roti Bakar Beserah

Keunikan Roti Bakar Beserah terletak pada penggunaan Roti yang lebih lembut, sos yang berkualiti tinggi dan juga pilihan menu sehingga 12 jenis roti bakar yang ditawarkan.

Breakfast sedap di Kuantan roti bakar beserah

Hidangan Special adalah Roti Bakar Lamb, English Breakfast, Nasi Lemak Ikan Aya dan Kopi Vietnam. Jadi kalau korang mencari-cari breakfast sedap di Kuantan jangan lupa singgah ke kedai ini.

AlamatRoti Bakar Beserah Lot 2646, Kampung Pelindung, 26100 Kuantan, Pahang
Google Maphttps://maps.app.goo.gl/rdHjqbCbSFYC8wjF7
Rating Google4.6 ⭐⭐⭐⭐
No Telefon0179399923
Waktu Operasi7.00 pagi hingga 12.30 Tengah hari

Nasi Minyak Warisan Eda Yasin

Mencari port sarapan di kawasan Tanjung Api, Kuantan ? Sinilah tempat wajib yang korang kena singgah di Eda Yassin Nasi Minyak Warisan. Menu paling favourite pastinya Nasi Minyaklah kan. Antara port sarapan pagi yang menjadi pilihan yang singgah ke Kuantan.

Nasi Minyak Warisan Eda Yasin

Ada Nasi Dagang, Nasi Kukus, Nasi Kerabu, Laksa/Laksam, Mee Kari dan bermacam-macam lagi. Jangan lupa cuba kuih cek mek molek dgn kuih kasturi. Kompem hendak lagi lepas cuba.

AlamatEda Yassin Nasi Minyak Warisan, Tanjung Api, Kuantan, Pahang
Google Maphttps://maps.app.goo.gl/HVw2S9EASdEveqaV8
Rating Google3.8 ⭐⭐⭐⭐
No Telefon012-900 2858
Waktu Operasi7.00 pagi hingga 12.30 Tengah hari

D’ Bassa Pantai Pelindung, Kuantan

Kalau mencari-cari breakfast sambil berhadapan dengan pantai, maka kedai ni adalah menjadi pilihan.

D' Bassa Pantai Pelindung

Sambil sarapan dapat menikmati pemandangan pantai. Menu favourite di sini korang cuba Nasi Minyak Gulai Kambing. Katanya memangg Mantopp dan paduu guyss.

Alamat2, Lorong Pelindung Pantai 9, Kampung Pelindung, 25050 Balok, Pahang
Google Maphttps://maps.app.goo.gl/ovSgAYuVTeVHPW5L7
Rating Google4.5 ⭐⭐⭐⭐
No Telefon019-277 2528
Waktu Operasi7.00 pagi hingga 12.30 Tengah hari (Isnin tutup)

Bang Usin

Ni ada satu port breakfst kat IM7. Sesuai sangat kalau nak santai santai hujung minggu. Korang wajib try Kacang Pool dan Mee kari tau. Makan pagi pagi syahdu dia lebih sikit.

bang usin breakfast di kuantan
AlamatCG1, Kompleks Dagangan Mahkota, Bandar Indera Mahkota, 25200 Kuantan, Pahang
Google Maphttps://maps.app.goo.gl/TjVieE7KqgUdXzi36
Rating Google4.2 ⭐⭐⭐⭐
No Telefon019-924 1684
Waktu OperasiKedai bukak tiap hari kecuali jumaat. 8.00 pagi – 4.00 petang

Kopi Abi & Baba

Korang boleh cuba breakfast dan lepak di Kedai Kopi Abi & Baba. Suasana pastinyaa tenang dan santai untuk korang jadikan port lepak.

Ada macam-macam menu breakfast juga di sini, Roti Bakar, Lontong, Nasi Lemak, Kopi, dan banyak lagi lah.

Pekena Kopi aiss kampung sambil menikmati Roti Bun Bakar.

Alamat kedai: Jalan Bukit Ubi, Waze je Kedai Kopi Abi Baba
Waktu Operasi: Buka Setiap Hari (Isnin Tutup) 8.00 Pagi – 5.00 Petang

Qebun Global

Cafe yang betul-betul DALAM KEBUN DURIAN. Depan kebun durian, kiri kebun durian, kanan kebun sawit, belakang pun kebun durian.

Hujung minggu dapat breakfast kat sini mesti best kan. Lokasi Cafe yang menarik kerana terletak di dalam Kebun. Dapatlah sarapan dengan suasana Nature yang tenang dan menghijau di sekeliling sambil layan angin sempoi.

Qebun Global breakfast sedap di kuantan

Macam-2 pilihan menu yang ada seperti Cikmokijo, Nasi Dagang, Pulut Kuning Ayam Rendang, Lontong, Bakso & banyak lagi. Kena try KopiQebun, pastii jadikk dan Paduu.

Alamat kedai: Qebun Global ( Waze jer Qebun Global )
Waktu Operasi: 8.00 Pagi – 1.00 Petang (Buka SABTU & AHAD sahaja)

Warung Pok Kopi

Otai pembancuh kopi buat air kopi memang ngosek, style ala warung menyediakan menu sarapan pagi seperti nasi lemak, roti bakar, roti titab dan menu tengahari nasi ayam penyek, nasi ayam kakwok dan nasi ayam.

warung pok kopi breakfast kuantan

Alamat kedai: Jalan Padang Lalang 3, Padang Lalang Industrial Area, 25050 Kuantan, Pahang
Waktu Operasi: Isnin – Sabtu ( Ahad cuti ) 9:00 pagi – 5:30 petang

KAASTURI by Caramela

Dari luar kedai dah nampak cantik kedai dia. Masuk dalam, susun atur, decoration dan design kedia dia sangat cantik and welcoming.Staff pun sangat friendly and attentive.

breakfast KAASTURI by Caramela di kuantan

Most special menu dia for breakfast Nasi lemak sambal tempoyak petai, kueh mueh traditional (yang korang memang susah nak cari sekarang) especially keria gula melaka dia memang marvellous, lempeng nyor (rindu menu ni) .

Jadi tidak salah mengatakan bahawa kedai ini menjadi port breakfast sedap di Kuantan.

Alamat kedai: No 40, Jalan Alor Akar, Kuantan (near terminal satay zul)
Waktu Operasi: Tuesday-Sunday 8am-4pm

Kedai Dala Pagor

Makan pagi tak sah kalau tak pekena Roti Canai, Murtabak Pekan, Sarang Burung dan Nasi Lemak. Boleh lah korang singgah sarapan pagi di Kedai Dala Pagor, sebab kedai nya mesti kena masuk pagor.

Kedai Dala Pagor breakfast kuantan

Macam-macam menu ada seperti Roti Canai, Mee Talam, Murtabak, Nasi Lemak pelbagai lauk dan makanan pagi dan tengah hari pun ada tau.

Alamat kedai: Kedei Dala Pagor, JLN Kubang Buaya, Kuantan Waze : Kedai Dalo Pagor
Waktu Operasi: 6.30 Pagi – 1.30 Petang

Kantin & Co

Specialty Coffee, Beans & Frappe. Kena cuba Coffee Latte, katanya memang jadii sungguh.

breakfast sedap kuantan

Alamat kedai: No 114 Jalan Teluk Sisek 25050 Kuantan, Pahang, Malaysia (bersebelahan Kuantan Pickers / Belakang Bank Rakyat)
Waktu Operasi: 8.00 Pagi – 7.00 Malam

Nasi Kerabu Sedak Do’oh

Nasi Kerabu Sedak Do’oh dah buka di Indera Mahkota 6 guys . . Lokasinya betul2 berhampiran Foodcourt Jungle lama.

Nasi Kerabu Sedak Do'oh

Nak cari tempat sarapan menu best2 dan sedap korang boleh juga singgah di sini tau. . Menu palingg padu di sini cuba Nasi Ulam Ikan Bekok.

Ada Nasi Kerabu Ayam Bakar/daging bakar/Kambing Bakar/Telur Masin, Nasi Berlauk Gulai Ikan Aya, Nasi Dagang & banyak lagi yer.

Alamat kedai: Nasi Kerabu Sedak Do’oh, IM 6, Kuantan
Waktu Operasi: 7.00 Pagi – 2.30 Petang (Tutup Jumaat)

Itu sahaja perkongsian dari kami. Sekiranya ada lagi tempat breakfast sedap di Kuantan nanti kami tambah lagi ye.

error: Content is protected !!