Tasik Cermin, Tempat Menarik Di Ipoh Ramai Yang Tidak Tahu

Jangan terkejut kalau orang Ipoh sendiri tidak tahu lokasi Tasik Cermin yang merupakan salah satu tempat menarik di Ipoh kerana ianya memang agak tersembunyi. Kawasan masuknya ialah melalui jalan lori kerana ianya kawasan kuari. Jalan berbatu dan memang berdebu dan berselut habis.

Kalau jenis yang tak sabar, rasanya mungkin akan patah balik untuk ke tempat menarik di Ipoh yang mana ramai masih tidak tahu lagi. Kenderaan Konfem kotor dan berdebu bila masuk ke kawasan Tasik Cermin ini.

Tasik Cermin, Tempat Menarik Di Ipoh

Tasik Cermin, Tempat Menarik Di Ipoh Ramai Yang Tidak Tahu

Macam tak percaya jalan untuk ke lokasi Tasik Cermin yang indah ini amat mencabar dan tidak dapat dijangka. Jika tidak tabah mencari, mesti tidak akan jumpa kerana lokasinya benar-benar terselindung dan tersembunyi di sebalik pintu gua dan dari dunia luar. Kalau anda sabar nescaya anda akan terkejut dengan pemandangan Tasik Cermin yang menakjubkan ini.

Bagaimana Nak Masuk Ke Tasik Cermin?

Tasik Cermin, Tempat Menarik Di Ipoh Ramai Yang Tidak Tahu 4
Belakang ni laa tempat cantik tuuu!!! Sampai sekarang sis kenot move on hukhuk

Mungkin sesetengah orang akan keliru nak ke Tasik Cermin kerana ianya bukan tempat yang terkenal dan sangat tersorok. Jadi untuk masuk ke kawasan ini anda akan nampak jalan kecil yang ada pusat Jualan Nissan. Tidak jauh ke depan pula anda akan nampak Pusat Jualan Proton.

Kemudian anda terus masuk ke dalam sampai jumpa kawasan kuari. Disini kenderaan anda akan kotor dan berdebu kerana keadaan jalan disitu. Masuk lagi dan anda akan lihat pintu gua berada disebelah kanan. Kereta tidak dibenarkan masuk dan anda dikehendaki berjalan kaki ye untuk menuju ke Tasik cermin ini.

Tasik Cermin, Tempat Menarik Di Ipoh Ramai Yang Tidak Tahu 4
Sebelum jalan ke guaaa
Tasik Cermin, Tempat Menarik Di Ipoh Ramai Yang Tidak Tahu 4
Depan gua 😂

Gua agak gelap namun ianya boleh dimasuki sebab kita akan tetap nampak pintu keluar. Jadi, jangan bimbang. Jangan lupa selfie ketika berada di dalam gua ini. Jadi sila berhati-hati ketika dalam gua ini kerana keselamatan anda adalah tanggungjawab anda.

Tasik Cermin, Tempat Menarik Di Ipoh Ramai Yang Tidak Tahu

Lokasi Tasik Cermin ini terletak di dalam kawasan Gunung Rapat dan jika anda ingin pergi ke Tasik Cermin ini, anda boleh gunakan koordinat sebenar yang diberikan ini ( N4° 33.560′ E101° 07.210′ ) untuk disetkan di gps menuju ke lokasi tersebut.

Tasik Cermin, Tempat Menarik Di Ipoh Ramai Yang Tidak Tahu 3
Dalam gua 😂

Jom Saksikan Keindahan Panorama di Tasik Cermin Ipoh Perak Ini Yang dikongsikan oleh Cik Puan Nur

Tasik Cermin, Tempat Menarik Di Ipoh Ramai Yang Tidak Tahu 4

Tasik Cermin, Tempat Menarik Di Ipoh Ramai Yang Tidak Tahu 4

Tasik Cermin, Tempat Menarik Di Ipoh Ramai Yang Tidak Tahu 4

Tasik Cermin, Tempat Menarik Di Ipoh Ramai Yang Tidak Tahu 4
Actually benda yg kitorang naik tu pintu. 😂 Tapi asal boleh laa jadi macam sampan. 😂 No safety, tu kalau jatuh tak pandai berenang balik tu boleh la buat kenduri tahlil sebab tasik tu dalam tak jejak kaki (cerita dari budak² yang bawak kitorang ke sini) 😂

Setelah anda ke Tasik Cermin ini, mesti anda merasakan yang memang patutpun ia termasuk dalam salah satu tempat menarik di Ipoh yang mesti dikunjungi.

Baca juga : 7 Tempat Menarik Di Ipoh Untuk Dilawati

Jangan lupa booking penginapan anda di Airbnb sekiranya anda ingin bermalam di Ipoh bagi mendapatkan harga terbaik. Terdapat pelbagai pilihan homestay disitu. Ada diskaun untuk booking kali pertama lagi.

Jangan lupa like page kami Destinasi Percutian dan Follow instagram kami Destinasi Percutian

Share on facebook
Facebook
Share on twitter
Twitter
Share on whatsapp
WhatsApp
Share on telegram
Telegram