Sekepeng Penarek, Homestay Tepi Pantai Yang Cantik Macam Pulau

Korang kena booking homestay ni. Antara homestay tepi pantai yang menarik di Terengganu.

destinasi percutian Sekepeng Penarek Homestay

Serius best, siap ada pool lagi! Ruang yang luas, cantik dan moden. Homestay ni betul-betul depan pantai.

Lokasi : Sekepeng Penarek Homestay

Alamat : Lot 1058, Jalan Penarik, Kg Mangkok, 21090 Permaisuri, Terengganu

Homestay ni sangat sesuai untuk bercuti dan beristirahat bersama keluarga. Terletak 45 minit dari Kuala Terengganu dan 10 minit je nak ke jeti Pulau Redang. Kawasan ni terkenal dgn celup tepung.

Sekepeng Penarek

Dalam kawasan homestay ni ada banyak rumah. Kami amik yang ada 2 bilik dan diberikan mengadap laut. Laut dia cantik dan bersih tapi sebab bulan december hari tu musim hujan, ombak sangat kuat.

Nak main pasir tepi pantai pun tak berani sebab ombak kuat sangat. Tapi kalau datang bukan musim hujan mesti best.

Boleh sewa ATV juga di sini, bagitahu owner nanti dia uruskan.

Kedai serbaneka agak jauh. Tapi ada kedai makan berdekatan sini, boleh search warong singgang keting. Masakan sedap dan harga berpatutan.

Takde breakfast disediakan, tapi kelengkapan memasak semua ada, boleh masak atau boleh beli di luar.

Ada tempat bbq juga di sini.

Lain2 boleh tengok pada gambar. Untuk yang sukakan suasana kampung, tepi pantai mesti suka dengan homestay ni.

Untuk gambar lagi jelas boleh tengok di sini

Homestay ni sangat sesuai untuk bercuti dan beristirahat bersama keluarga. Terletak 45 minit dari Kuala Terengganu dan 10 minit je nak ke jeti Pulau Redang. Kawasan ni terkenal dengan celup tepung.

Kelengkapan Homestay Penarek

Homestay ini mempunyai 2 unit yang rumah yang boleh korang menginap.

Unit 1

  • 2 bilik tidur
  • 1 bilik air
  • 1 dapur untuk memasak
  • 1 ruang tamu yg lengkap
  • Harga RM400‍‍‍‍‍‍‍‍
Penarek Homestay private pool

Unit 2

  • 3 bilik tidur
  • 2 bilik air
  • 1 dapur untuk memasak
  • 2 ruang tamu yg lengkap
  • Harga RM550

Setiap unit lengkap dengan peralatan seperti :

  • Aircond
  • Microwave
  • TV
  • Filter air
  • Peti sejuk
  • Tuala
  • Barang mandian percuma‍‍‍‍‍‍‍‍‍

Antara aktiviti yang korang boleh buat bila stay di homestay ini adalah:

  • Mandi pantai
  • Mandi kolam
  • BBQ

‍‍‍‍‍‍‍‍‍‍‍‍‍Memang best stay kat sini. Bukak pintu je dah boleh mandi laut. Dan laut depan homestay ni korang boleh nampak Pulau Redang.‍‍‍‍‍‍‍‍‍‍‍ yang merupakan antara tempat menarik di Terengganu.

Siapa yang takot nak mandi laut boleh mandi di swimming pool betul-betul depan homestay. Keadaan di sini sangat privacy.‍‍‍‍‍‍‍‍‍‍‍‍‍‍

Lokasi : Sekepeng Penarek Homestay

Alamat : Lot 1058, Jalan Penarik, Kg Mangkok, 21090 Permaisuri, Terengganu

Baca Juga  AirAsia Terima Anugerah Syarikat Penerbangan Tambang Rendah Terbaik Dunia Kali Ke-11 Berturut-Turut
error: Content is protected !!