8 Senarai Homestay Chalet Dengan Private Pool di Ipoh

Mencari homestay chalet dengan private pool di Ipoh? Cuti sekolah dah dekat ni mesti nak ajak keluarga bercuti kan. Ada yang ke utara ada yang ke selatan. Tak lupa juga bercuti ke Pantai Timur.

Pakej Percutian Termurah hanya di CUTI-CUTI MALAYSIA

Kebiasaannya kalau nak bercuti ni mesti mencari homestay yang ada private pool. Maklumla nak bawa anak-anak mandi pool. Kalau homestay yang ada private pool tu mudah sikit. Tak berkongsi dengan orang lain. Keluarga kita aje.

Kalau korang nak ke Utara, singgah pula di Perak sambil melawat tempat menarik di Perak dan bermalam di Ipoh mesti mencari-cari homestay dengan private pool kan.

Bagi yang nak bermalam di Ipoh boleh survey: Senarai penginapan di Ipoh

Chalet dan Homestay menarik dengan Private Pool di Ipoh

Jadi kali ini kami berkongsi tentang homestay private pool di Ipoh. Senarai homestay dengan private pool ni lengkap dengan contact no serta alamat sekali. Jadi mudahla korang nak survey mana yang berkenan. Jemput baca dan kongsikan dengan keluarga masing-masing ye.

1. Damai Anggun Villa, Ulu Chemor, Ipoh Perak

Homestay Damai Anggun Villa ini amat sesuai jika korang ingin membuat event dalam bilangan yang ramai seperti birthday party, family gathering dan reunion bersama kawan-kawan korang. Ia boleh memuatkan bilangan yang besar antara 5-6 keluarga atau dalam 20 – 30 orang dalam homestay Damai Anggun Villa ini. Yang penting Damai Anggun Villa di Ipoh ni ada private pool untuk keluarga anda berendam.

Damai Anggun Villa private pool di ipoh

Antara kelengkapan yang terdapat di Homestay Damai Anggun Villa ini ialah

  • Private Pool
  • 5 bilik (3 queen, 1 single, 1 double dacker) semua bilik aircond
  • ruang tamu (aircond)
  • dapur (outdoor)
  • surau
  • bbq station

Facebook: https://www.facebook.com/profile.php?id=100069125347402
Alamat: Lrg 2, Jln Bukit Batu Rpt Kg Ulu Chemor 31200 Chemor, Perak, Malaysia
Contact: 014-631 8718

2. Seri Botani Pool Villa, Ipoh, Perak

Homestay Seri Botani Pool Villa ini memang best untuk peminat suasana mewah ala modern house. Nak nikmati percutian yang lebih privasi memang sesuailah kat sini . Waktu malam memang best boleh mandi kolam dekat tepi kawasan rumah je. Trip lepak santai macam ni memang best kan. Yang penting Seri Botani Pool Villa Ipoh ada private pool tanpa anda berkongsi

Baca Juga  Pantai Teluk Cempedak, Kuantan
homestay private pool di ipoh Seri Botani Pool Villa

Antara kelengkapan yang terdapat di Seri Botani Pool Villa ini ialah

  • Private Pool
  • 5 bilik (12 katil dan 4 bilik air) semua bilik aircond
  • ruang tamu (aircond)
  • dapur (outdoor)
  • Wifi percuma
  • bbq station

Facebook: https://www.facebook.com/seribotanipoolvilla
Alamat: Bandar Seri Botani, Ipoh, Perak
Contact: https://abnb.me/XGpNPnA2Uub 010-375 8378

3. Ipoh Gunung Lang Private Pool Villa

Semua bilik mempunyai katil bersaiz queen. Satu tilam tambahan turut disediakan. Terdapat sejumlah 7 katil bersaiz queen. Di kawasan pool kami juga ada awning, yang sesuai utk bersantai. Homestay Ipoh Gunung Lang Private Pool Villa boleh memuatkan kira-kira 16-18 orang dewasa secara keseluruhan

Ipoh Gunung Lang Private Pool Villa

Antara kelengkapan yang terdapat di Ipoh Gunung Lang Private Pool Villa ini ialah

  • Private Pool
  • 5 bilik tidur berhawa dingin, 5 bilik air
  • Ruang tamu juga berhawa dingin
  • dapur (outdoor)
  • Wifi percuma
  • bbq station
  • ruang parking,
  • Tuala, serta syampu dan pencuci badan di setiap bilik air

Dapur dilengkapi dengan

  • microwave & peti sejuk,
  • Coway water dispenser (air panas dan sejuk)
  • Kemudahan termasuk Kolam Renang Peribadi dan gril BBQ juga.

Facebook: https://www.facebook.com/gununglangprivatepoolvilla
Alamat: No. 1 Lang Damai 4, Desa Lang Damai, 30010 Ipoh, Perak, Malaysia
Contact: 017 584 8323
Rate/harga homestay
Rm1200/weekday (Ahad – Khamis)
OGOS Promo – Weekday RM1000
Rm1600/weekend (Jumaat – Sabtu)
holiday: RM1800 (termasuk cuti umum & bulan Disember)

4. Dangau Indah Chalet Ipoh, Perak

Port nak buat family holiday yang indah rupawan cantik menawan di Ipoh. Nak buat gathering sekeluarga beramai ramai memang cun sangat dekat sini.

Dekorasi chalet Dangau Indah Chalet Ipoh yang menggunakan konsep kayu kekampungan ini memang sesuai untuk korang bergambar buat kenang kenangan.

Dangau Indah Chalet dengan private pool di Ipoh

Antara chaley yang ada private pool di Ipoh untuk keluarga yang ramai betul betul depan tempat menginap. Boleh juga nak buat makan makan BBQ sebab disediakan kawasan lapang green carpet, payung dan tempat panggang untuk memudahkan customer yang bercadang nak bercuti beramai ramai ke Ipoh.

Baca Juga  Pulau Tioman Destinasi Percutian Yang Terkenal Di Pahang

Antara kelengkapan yang terdapat di Dangau Indah Chalet ini ialah

  • Private Pool
  • 6 bilik tidur berhawa dingin, 12 katil dan 7 bilik air
  • Wifi percuma
  • Peti sejuk, microwave, periuk nasi, kettle, pinggan mangkuk
  • TV, seterika, tuala mandi, water heater
  • Dapur (outdoor)

Facebook: https://www.facebook.com/DangauIndahChalet
Alamat: No 71, Jalan Hijrah 4, RPT Batu 10, Chepor, Ipoh, Perak Darul Ridzuan
Contact: https://abnb.me/7tks4op3Uub

5. AsdiaGrande Homestay & Events Place Ipoh

Homestay ni terdapat private pool dimana Pool di homestay AsdiaGrande ini berkonsepkan indoor. Jadi tak perlu risau kalau hujan. Boleh terjun terus kolam. Hujan ke, panas ke, boleh terjun kolam.

indoor private pool di ipoh AsdiaGrande Homestay

Homestay boleh memuatkan kira-kira 125 orang dewasa secara keseluruhan.

Antara kelengkapan yang terdapat di AsdiaGrande Homestay ini ialah

  • Private Pool
  • 4 bilik tidur berhawa dingin + kipas, 3 bilik air
  • Wifi percuma
  • Peti sejuk, microwave, periuk nasi, kettle, pinggan mangkuk
  • TV, seterika, tuala mandi, water heater
  • bbq station

Facebook: https://www.facebook.com/asdiagrandehomestay
Alamat: No 126, Jalan Melor, RPT Seri Klebang 30010 Ipoh, Perak, Malaysia
Contact: http://www.wasap.my/60132505002/asdiagrandeprivatepool
Website: http://www.asdiagrandehomestay.com

6. Tambun Pool Villa

Terdapat 2 buah penginapan di Homestay Tambun Pool Villa. Kedua-duanya mempunyai private pool. Tambun Villa 1 mempunyai empat buah bilik yang boleh memuatkan sehingga 16 orang dalam satu masa. Parking kereta berbumbung boleh memuatkan empat buah kereta.

private pool di homestay tambun Ipoh

Jika anda mempunyai keluarga besar, kami suggest anda menginap di Tambun Pool Villa 2 yang mampu memuatkan 28 orang. Terdapat 5 bilik dan 4 bilik daripadanya menggunakan katil bersaiz king. Parking lot pula boleh memuatkan 9 buah kereta.

Paling penting ada private pool di homestay tambun Ipoh ni untuk anda mandi manda.

Facebook: https://www.facebook.com/tambunpoolvilla
Alamat: No. 2 Hala Taman Tambun 2 31400 Ipoh, Perak, Malaysia
Contact: 011-2875 1342

Baca Juga  8 Tempat Menarik di Muar Boleh Dilawati

7. Homestay Puncak Tambun, Ipoh

Homestay Puncak Tambun di Ipoh ni dilengkapi dengan Private Pool dan juga BBQ. Terdapat 4 bilik tidur yang boleh memuatkan sehingga 15 pax. Ruang tamu super selesa dengan dapur lengkap siap boleh buat BBQ dan semua benda dalam rumah boleh guna termasuk mesin basuh.

Homestay Puncak Tambun dengan private pool

Facebook: https://www.facebook.com/Homestay.Puncak.Tambun
Alamat: Taman Puncak Tambun Indah 31400 Ipoh, Perak, Malaysia
Contact: http://HomestayPuncakTambun.wasap.my
Website: http://homestaypuncaktambun.com

8. Villa DFarmar Private Pool Chemor

Homestay ini turut menyediakan WiFi percuma sepanjang penginapan dan kemudahan parking percuma.

Villa DFarmar Private Pool Chemor ipoh

Antara kelengkapan yang terdapat di Villa DFarmar Private Pool ini ialah

  • Private Pool
  • 3 bilik tidur ;
  • bilik utama 2 queen(air cond/ kipas)
  • bilik 2, 1queen (air cond/ kipas)
  • bilik 3, 1 queen (aircond /kipas)
  • 2 toto disediakan
  • ruang tamu (aircond/kipas)
  • Wifi percuma
  • Peti sejuk, microwave, periuk nasi, kettle, pinggan mangkuk
  • TV, seterika, tuala mandi, water heater
  • bbq station

Facebook: https://www.facebook.com/profile.php?id=100077972702015
Alamat: Chemor, Perak
Contact: http://www.wasap.my/601111994655/villadfarmarhomestay

Alang-alang dah menginap di Homestay Private Pool Di Ipoh tu, Jangan lupa melawat tempat menarik yang ada di Ipoh ye antaranya Tasik Cermin.

Akhir Kata

Itu sahaja perkongsian berkenaan list homestay dan chalet menarik di Ipoh. Diharap dapat membantu anda semua untuk membuat pilihan. Yang penting sebelum memilih tempat percutian di Melaka, pastikan baca review terlebih dahulu dan berapa bajet yang ada.

Antara cara terbaik untuk kenal pasti homestay tersebut betul-betul wujud dan anda menghubungi pemilik / pengurus yang sebenar homestay tersebut adalah dengan check website atau Facebook page homestay tersebut. Check juga nombor telefon yang dipaparkan dalam FB page dan baca review sebelum membuat tempahan.

Kalau taknak menginap di Homestay atau chalet ni boleh baca Senarai Hotel Terbaik di Ipoh

error: Content is protected !!