Teratak Sofea Homestay Tema Kampung Tradisional Dengan Private Pool

Kalau ke Telok Panglima Garang, Jangan lupa duduk di Teratak Sofea. Homestay ala kampung traditional. Cantik gila, siap ada private pool lagitu. Rumah ni boleh muatkan antara 10 hingga 30 orang tau. Boleh lah family day / gathering dekat sini.

Teratak Sofea Homestay

Ada 3 unit rumah di Teratak Sofea ni konsep ala ala kampung traditional. Klasik. Sesuai untuk korang plan gathering dengan member member, takpun plan family day dengan keluarga.

Tempat staycation yang sesuai jika korang nak buat family gathring, reunion takpun bercuti dengan kawan-kawan. Boleh muat sehingga 30 orang bagi penginapan tema Klasik di Teratak Sofea ni. Rate pulak masih mampu milik dari RM500 satu malam. Kalau kongsi-kongsi tu dah kira murahkan.

Homestay menarik untuk lepak bercuti bersama keluarga atau gathering kawan-kawan. Dengan style klasik finishing kayu dan tingkap guna ala lama membuatkan rumah ini unik.

Teratak Sofea ini terletak di Telok Panglima Garang sangat sesuai untuk kumpulan yang besar nak family gathering, reunion dan staycation.

Lengkap semua peralatan n keperluan di dapur, toilet bersih, air shower laju, aircond zero defect and each room, kolam luas, besar dan sangat bersih, dan yang paling penting siap lengkap surau disediakan utk berjemaah bersama seisi keluarga.

Teratak Sofea, Kampung Medan, Teluk Panglima Garang, Selangor