Masuk Percuma Ke MAPS Mulai 1 MAC 2019

BERMULA 1 MAC 2019, MASUK MAPS PERCUMA – HANYA BAYAR JIKA NAIK PERMAINAN ATAU TONTON PERSEMBAHAN: MB

Menteri Besar, Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu hari ini mengumumkan pada 1 Mac 2019, para pengunjung akan dibenarkan untuk masuk ke MAPS secara PERCUMA.

Menerusi pembaharuan di bawah Strategi Baharu Model Perniagaan Movie Animation Park Studios (MAPS), Pengunjung hanya perlu membayar sekiranya mereka mahu bermain permainan atau menonton persembahan disediakan.

https://www.facebook.com/peraktoday/videos/305397750142670/

Di bawah model bisnes baharu, kupon yang berharga serendah RM3 disediakan selain dua bentuk tiket istimewa.

Tiket berkenaan ialah

– MAPS Passport berharga RM80 untuk pengunjung menaiki setiap permainan dan tarikan di MAPS untuk sekali saja dengan tempoh sah adalah selama 30 hari.
– MAPS Infinite Pass yang mana pengunjung boleh menaiki dan menikmati setiap tarikan di MAPS seberapa banyak kali yang mereka mahu dalam tempoh sehari.

Waktu operasi MAPS mulai 1 Mac ini ditetapkan mulai pukul

– 4 petang sehingga 12 malam pada hari Isnin, Selasa dan Khamis.
– 10 pagi sehingga 12 tengah malam pada Hari Jumaat dan hujung minggu.

Usaha ini merupakan sebahagian daripada usaha untuk menjadikan taman tema ini sebagai mesra rakyat, sekaligus mengotakan janji Menteri Besar, Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu setelah mengambil kira keluhan rakyat yang merasakan harga tiket masuk ke MAPS agak tinggi dan di luar kemampuan mereka.

Jangan lupa booking penginapan anda di Airbnb bagi mendapatkan harga terbaik. Terdapat pelbagai pilihan homestay disitu.

Jangan lupa like page kami Destinasi Percutian dan Follow instagram kami Destinasi Percutian

error: Content is protected !!
Google Vignette Style Popup