Ingin bercuti dengan pengalaman yang unik dan berbeza? Jangan bimbang. Kini anda boleh memilih pengalaman bercuti dengan penginapan pemandangan dasar laut. Penginapan yang hotel ini sediakan memang berada di bawah laut dan bukannya laut rekaan.
Resort Hilton-Conrad Maldives Rangali Island
Sebenarnya resort ini tidak terdapat bilik yang khusus untuk seseorang itu menginap. Tetapi ada satu ruangan restoran di bawah air yang boleh menempatkan 12 orang dalam satu-satu masa akan diubah menjadi bilik tidur untuk 2 orang sekiranya anda dan pasangan anda menyewanya untuk bermalam. Bukan sahaja pemandangan dasar laut yang sangat cantik malah anda juga berpeluang melihat ikan yu paus yang secara tiba-tiba muncull di hadapan bilik tidur anda.
The Shark Aquarium, Paris
Pengalaman bermalam di hotel ini merupakan sesuatu yang sangat istimewa kerana ia tidak dibuka selalu. Hanya pada waktu tertentu sahaja. Ruang tidur dengan pemandangan 360 darjah menjadikan pengalaman tidur anda sesuatu yang berbeza. Dengan ketebalan cermin kaca 10 inchi anda juga mendapat pengawal semulajadi iaitu lebih kurang 36 ekor yu paus mengawal bilik tidur anda sepanjang malam ketika bermalam di bilik ini.
Resort Manta, Pulau Pemba Tanzania
Bilik tidur di hotel ini berada 4 meter di bawah paras air laut. Sambil menikmati waktu tidur, anda juga boleh melihat pemandangan ikan yang berkeliaran di luar bilik tidur anda. Antaranya ikan Coelacanth yang boleh di lihat dari jendela kaca bilik tidur anda.
Hotel Atlantis The Palm Dubai
Hotel ini merupakan sebuah resort yang dibangunkan di Palm Jumeirah di Dubai. Di sekeliling hotel ini terdapat Water World yang sangat luas. Terdapat beberapa bilik tidur yang direka khusus dan berada di bawah laut. Dengan pemandangan ikan lumba-lumba di luar bilik tidur anda, ia merupakan satu pengalaman yang istimewa
Jangan lupa booking penginapan anda di Airbnb bagi mendapatkan harga terbaik. Terdapat pelbagai pilihan homestay disitu.
Jangan lupa like page kami Destinasi Percutian dan Follow instagram kami Destinasi Percutian