Jerai Hill Resort, Tempat Penginapan di Atas Gunung yang Menakjubkan

Pernah dengar kan tentang Gunung Jerai? Tapi tahukah anda kat atas Gunung Jerai ada resort lagi. Memang cantik resort yang diberi nama The Jerai Hill Resort ni. Cuaca kat resort ni memang sejuk dan dingin. Sesuai kalau ada yang plan nak honeymoon. Siap boleh OOTD lagi. Pemandangan dari atas Gunung Jerai ni memang sangat indah dengan sawah padi, pantai dan pulau sekitar Kedah. MasyaAllah sangat relaxing.

Accommodation: : Where to Stay in the Jerai

 

Ambik masa sekitar 20 mins drive naik ke atas, dan about 1 hour kalau cycling, kalau berjalan kaki maybe lebih 1 jam. Ada masjid, hotel, cafe, restaurant, dan seminar rooms dan aktiviti2 lain dan persekitaran yang bersih.

Aktiviti Menarik di Gunung Jerai

  • Sky Bike View
Sky Bike View jerai hill resort


Antara aktiviti yang boleh didapati di sini ialah Sky Bike View di Jalan Kaki Bukit, Gunung Jerai.

Antara produk pelancongan yang dibangunkan di Gunung Jerai sebelum ini adalah Gunung Jerai Hill Resort dan juga ladang strawberi.

Sekarang lebih menarik sebab ada satu produk pelancongan terbaru di Gunung Jerai. Boleh uji tahap keberanian anda sambil menjamu mata dengan pemandangan memukau dan ditemani bayu lembut.

Ini adalah Sky Bike View, di mana pengunjung dapat berbasikal dengan melihat pemandangan sawah padi dan Lautan Selat Melaka dari puncak Gunung Jerai. View memang menarik.

Harga yang dikenakan hanya RM20.

  • Strawberry Farm
strawberry farm gunung jerai


Rupanya, di atas Gunung Jerai pun ada satu ladang strawberry. Untuk naik atas tu kena pakai van teksi yang disediakan di kaki Gunung Jerai.

Boleh laaa cuti ni bawa anak-anak ke Jerai Hill Strawberry Farm. Makan ais krim strawberry, beli fresh flower, dan jangan lupa beli strawberry fresh dari ladang.
Dekat sini ada banyak produk-produk makanan yang dibuat dari buah strawberry, macam scone dengan strawberry jem, aiskrim dan macam-macam lagi.

Jerai Hill Strawberry Farm ini terletak bersebelahan dengan Kolam Renang Jerai Resort.

  • Berjogging/Briskwalk di The Jerai Hill Resort

Berjogging atau berjalan dengan aktif di sekitar The Jerai Hill Resort sambil menikmati panorama indah dari ketinggian resort adalah pengalaman yang amat menarik.

  • Team Building

Jika korang datang berkumpulan, korang juga boleh lakukan pelbagai aktiviti team building yang disediakan di sini seperti wall climbing, paintball war, sukaneka dan sebagainya.

Kesemua aktiviti-aktiviti yang menarik ini boleh membantu membina semangat berpasukan dan bekerjasama sesama korang.

  • Berkhemah

Bagi mereka yang berminat dengan aktiviti berkhemah, terdapat tapak perkhemahan yang cukup luas dan menarik yang disediakan oleh resort ini.

Cukup luas dan menarik untuk korang rasai pengalaman berkhemah di atas gunung.

  • Menikmati Keindahan Flora & Fauna
jerai hill resort


Selain itu, anda juga boleh menikmati keindahan flora dan fauna yang luar biasa di sini. Terdapat pelbagai jenis bunga yang ditanam di sekitar resort, yang menambah lagi keindahan pemandangan yang ada di sini.

Resort Gunung Jerai

Rasanya tak banyak kawasan puncak Gunung Jerai menyediakan perkhidmatan resort yg lengkap. Bagi yang nak merasai kelainan penginapan, boleh la try Jerai Hill Resort ni yang sebelum ni dikenali sebagai The Regency Jerai.

Terletak di antara Gurun dan Yan, Kedah, ia pasti menyajikan penginapan yang indah pemandangan nya. Walaupn resort ni terletak di puncak Gunung Jerai,namun acces ke sini amat mudah. Bagi yg melalui higjhway PLUS ,exit saja Gurun n teruskan perjalanan menghala ke Guar Chempedak sejauh kira2 3km n akan terpampang la pintu masuk ke Gunung Jerai.

Perjalanan ke puncak adalah sejauh kira2 12km dgn jalan raya dua hala. Bagi yang yakin memandu mendaki serta jalan berliku, boleh la drive sndiri atau other option, hire la van-van yang sedia mengunggu di kaki gunung.

Bilik hotel macam biasa ada deluxe, standard dan sebagainya. Harga normally start from RM230. Boleh semak di AGODA. Klik: Semak Harga Jerai Hill Resort.

Dinasihatkan untuk bawa makanan extra siap-siap jika tidak menginap sebab once dh sampai atas memang malas nak turun naik dah. Tapi jangan risau cafe ada disediakan dengan harga sedikit kayangan. Buat kaki hiking bleh la hike sampai ke puncak dan viewnya lebih lawa di puncak sana.

Jerai Hill Resort

the jerai hill resort

The Jerai Hill Resort, Gunung Jerai atau sebelum ni yang dikenali sebagai The Regency Jerai, merupakan destinasi percutian popular di Kedah.

Terletak di Jalan Kaki Bukit, Jalan Gurun Lebuhraya, resort 3-bintang ini diuruskan oleh Perbadanan Kemajuan Negeri Kedah dan menawarkan 72 bilik termasuk Bilik Superior, Bilik Deluxe, Bilik Premier, Bilik Eksekutif dan 1 unit Suite. Bilik seminar juga tersedia dengan kapasiti sehingga 200 orang.

jerai hill resort gunung jerai

Bilik lengkap dengan penghawa dingin, alatan untuk buat air teh atau kopi, tandas dan bilik mandi yang berasingan, pengering rambut, internet serta tv.

Dengan cuaca yang sejuk kerana berada tinggi di atas laut, sambil pasang penghawa dingin dan berselimut, sememangnya percutian yang diidamkan bagi mereka yang berbulan madu.

Adab-adab di Gunung Jerai

Jom baca perkongsian oleh Mohd Fitri
Sebenarnya mudah saja adab-adab di Gunung Jerai
1. Naiklah keatas Gunung Jerai dengan kereta sendiri, van sewa, basikal atau jalan kaki ikut jalan raya. Nak naik unta pun boleh tapi dapatkan permit jabatan haiwan dulu. JANGAN naik helikopter atau private jet kerana tak ada airport atas tu.
2. Melawatlah kawasan menarik, tempat-tempat bersejarah diatas puncak Gunung Jerai. Nikmati cuaca dan angin segar yang dingin disitu. JANGAN bakar apa-apa, jangan ambil pokok dan batu kalau tak ada permit jabatan hutan, jangan conteng ‘Mamat was here’ atau ‘Ali luv Joyah’.
3. Tangkaplah gambar dan selfi banyak-banyak. Upload di media sosial untuk tunjuk keindahan pemandangan disitu. JANGAN tangkap gambar sampah sarap berterabur, malu orang lain tengok.
4. Belilah cenderahati di kedai atas puncak itu. Minum dan makan di resort atau di kedai makan di atas itu. Support lah sikit bisnes orang kita. JANGAN kedekut sangat minta kurang harga.
5. Baliklah terus dan ajak keluarga dan kawan-kawan untuk datang lagi. JANGAN pula niat next time nak ajak awek nak dating situ. Banyak perisik jabatan agama, kantoi nanti dapat kawin free.

Kesimpulan

Dengan pemandangan yang sungguh indah dari atas Gunung Jerai serta bilik-bilik yang selesa dan luas, The Jerai Hill Resort menyediakan penginapan yang selesa dan memuaskan untuk anda dan keluarga semasa bercuti di Kedah. Pastikan anda memilih Jerai Hill Resort sebagai destinasi percutian anda yang seterusnya.