Terletak di Pulau Kefolonia dan dikelilingi hutan, gunung serta laut. Tasik ini ditemui pada 1951 dan mempunyai banyak mitos berkaitan dengannya. Ia juga merupakan destinasi perlancongan terkenal dan dianggap salah satu tasik paling indah di dunia. Melissani Cave atau Gua Melissani terletak tidak jauh dari Karavomilo, Greece. Ia merupakan sebuah gua yang terletak di danau yang sangat cantik dan unik, iaitu sepanjang 3.5 km, 40m lebar dan 36m tinggi.
Gua Melissani merupakan fenomena geologi yang tercipta oleh satu proses mekanikal dan kimia yang dipanggil karstikopoiisi (pembubaran batu) di mana air memasuki batuan berkapur, menghakis dan mencipta rongga-rongga.
Tasik bawah tanah Melissani telah ditemui oleh speleontologist Giannis Petrochilos pada tahun 1951. Sebahagian besar daripada bumbungnya telah jatuh ke dasar dan menghasilkan satu pemandangan yang sangat menakjubkan. Mengikut mitos setempat, tasik ini merupakan tempat ibadah khusus kepada Pan dan peri Melissani. Mitos menyebut bahawa Melissani membunuh diri dengan terjun ke dalam tasik kerana Pan tidak membalas cintanya.
Pengunjung boleh melawati tasik ini melalui terowong bawah tanah dan berpeluang untuk meneroka gua yang sangat indah ini dengan menaiki bot. Yang pasti, pengunjung akan kagum melihat keajaiban alam semula jadi yang dipenuhi oleh stalaktit dan kristal serta air yang jernih bewarna biru-hijau.
Jika ingin menikmati keindahan tasik ini, datanglah pada waktu pagi. Pemandangan akan makin cantik akibat sinar matahari yang menyinari danau melalui lubang di atas gua. Waktu paling sesuai untuk datang ke Gua Melissani adalah bulan Julai dan Ogos. Saat itu, sinar matahari sedang menerangi danau. Warna airnya pun akan nampak begitu jernih, dan akan kelihatan bayangan dipantulkan ke dinding tebing gua.
Jangan lupa booking penginapan anda di Airbnb bagi mendapatkan harga terbaik. Terdapat pelbagai pilihan homestay disitu.
Jangan lupa like page kami Destinasi Percutian dan Follow instagram kami Destinasi Percutian