Itinerari Jogjakarta 3hari 2malam Dengan Bajet Bawah RM300

Itinerari Jogjakarta 3hari 2malam ( TAK TERMASUK TIKET FLIGHT)

Bajet bawah RM300 cukup untuk makan/hotel/transport/beli ole-ole(keychain & baju)

22/2/18-24/2/18
Rate: IDR1Juta = RM286.32

Percutian bajet ni kami pergi seramai 8 orang. 7 dewasa 1 kanak-kanak. Menginap di hotel berdekatan dengan bandar di Jogjakarta.

Andelis Hotel : IDR500 000(3H2M) (RM143.35)
Sebilik kami stay seramai dua orang: IDR 250 000/pax (RM71.67)

Pak Supir : IDR2 Juta (3H2M) (RM573.39)-Van-
Bahagi 7 orang sebab kanak-kanak kami kecualikan : IDR 285 000/pax (RM81.71)

SIMCARD : IDR60 000 (RM17.20)

Total = RM170.58

Hari Pertama

– Pak Supir datang ambil di airport & terus bawa makan di gerai Nasi Ayam Penyet Surabaya *highly recommended* sedap gila nasi ayam kat sini 👍
Nasi Ayam Penyet : IDR15 000 (RM4.30)
– Kami menginap di andelis hotel. Badan dah letih gila. Mandi-mandi pukul 2.30pm supir datang ambil & bawa siar-siar pada hari pertama.
– Ikutkan jadual kami bergerak ke gunung merapi & Candi Prambanan. Tapi disebabkan cuaca tidak mengizinkan kami terpaksa cancel & supir bawa kami ke pasar malioboro.
– Makan malam supir bawa kami makan di gerai bakso

Bakso : IDR15 000 (RM4.30)

– Last perjalanan untuk hari pertama supir bawa kami ke Alun Alun Kidul. Menaiki kereta berlampu pusing sekitar situ sangat besttt. Rugi Kalau hampa mai x singgah sini

Alun Alun Kidul : IDR77 000 (RM22.08)
Bahagi 7 orang: IDR 11 000 (RM3.15)

TOTAL = RM11.75

Hari Kedua

– Kami bangun seawal jam 4 pagi bergerak ke Pantai Timang. Perjalanan dari hotel ke Pantai Timang memakan masa selama 2jam.
– Sampai di Pantai Timang kena menaiki Ojek & untuk spot gambar kena bayar yer.

Ojek : IDR350 000 (RM100.49)
Bahagi 7 orang : IDR100 000 (RM28.71)

Gondola : IDR200 000/PAX
Titi Gantung :IDR100 000/pax
(Tak Naik pon sebab nak Jimat bajet 😝)

Spot Gambar : IDR25 000 (RM7.17)

– Kami lunch di Kedai Lobster Pak Sis Timang
Lunch : IDR2Juta (RM572.64)
Bahagi 7 orang : IDR172 000 (RM49.38)

– Selepas itu, Kami bergerak ke hutan pinus
Entrance : IDR2500 (RM0.72)

– Next destination, Seribu Batu, Rumah Hobbit. Dekat situ bole naik flying fox. Sangat enjoy.
Entrance : IDR2500 (RM0.72)
Flying fox : IDR15 000 (RM4.30)

– Jurang Tembelan
Entrance : FOC

– Gumuk Pasir
Entrance : FOC

– Untuk tengok sunset ada 2 tempat. Kami pilih untuk pergi ke Pantai Parangtritis
Entrance : FOC

– Makan malam kami singgah di warung pece lele. Sambal dia sangat-sangat sedap
Pece Lele : IDR16 000 (RM4.59)

– Last destination pada hari kedua kami singgah sekali lagi di Pasar Malioboro & beli sedikit ole-ole untuk dibawa pulang ke Malaysia.
TOTAL = RM95.59

Hari Ketiga

– Pak Supir jemput kami di hotel pdaa jam 7am & breakfast Soto di pekan Jogjakarta.
Soto Ayam Campur & Air kopi hitam : IDR9500 (RM2.72)

– Bertolak di Airport Adisutjipto
– Jam sekitar 2pm sampai di Malaysia
TOTAL : RM2.72

– TOTAL KESELURUHAN = RM280.64

——————————————

Sangat-sangat enjoy trip di Jogjakarta. Penduduk tempatan sangat peramah, makanan semua sedap-sedap.
Dinasihatkan kalau hampa nak pegi bercuti di Jogjakarta jangan pegi sekitar bln 1/2/3 disebabkan cuaca sana pda bulan itu hujan. Maaf jika ada terkurang dalam itinerari neh.
Itu saja itinerari. Selamat bercuti guyss

Kredit : NORA AZLAN

Jangan lupa booking penginapan anda di Airbnb bagi mendapatkan harga terbaik. Terdapat pelbagai pilihan homestay disitu.

Jangan lupa like page kami Destinasi Percutian dan Follow instagram kami Destinasi Percutian

error: Content is protected !!
Google Vignette Style Popup