Tempat Menarik di Turki Yang Mesti Anda Lawati

Tempat Menarik di Turki Yang Mesti Anda Lawati

Admin nak sharekan sikit beberapa lokasi menarik di Turki tau, manalah tahu mungkin ada yang tertanya-tanya dan mencari mana lagi boleh pergi selain tempat menarik di Istanbul dan Cappadocia bukan? 😍

Mencari penginapan di Istanbul, Turkey? Boleh ke: Senarai penginapan di Istanbul, Turkey

Berikut 10 Negeri yang boleh anda kunjungi :

1. AKDAMAR
2. AMASRA
3. ARTVIN
4. BUTTERFLY VALLEY
5. KAŞ
6. RİZE
7. MARMARİS
8. NEMRUT DAĞİ
9. ŞANLIURFA
10. AMASYA

Untuk lebih lanjut boleh baca di setiap gambar negeri berikut ya. Jangan segan membaca ya moga info ringkas berikut menjadi rujukan dan panduan terbaru buat anda semua.

10 Tempat Menarik di Turki Yang Cantik dan Menarik Tapi Tersembunyi

1. AKDAMAR

Tempat Menarik di Turki

Akdamar Island yang juga dikenali sebagai Aghtamar atau Akhtamar, Akdamar Island juga merupakan sebuah pulau yang kedua terbesar di antara empat pulau lain yang terletak di Lake Van ini, di timur Turki. Keindahan disini adalah kerana kaya dengan kecantikan pemandangannya sekali imbas macam dekat Jepun pulak tapi bukan ya. Ia juga mempunyai sebuah gereja menghiasi persekitaran dan yang menjadikan ia lebih cantik kerana berlatar belakang gunung-ganang dan bukit-bukau.

Perjalanan dari Istanbul ke Akdamar Island mengambil masa selama sekitar 18-19 jam dengan menaiki kenderaan darat, jika melalui penerbangan mengambil masa selama 1 jam 55 minit ke Van Ferit Melen Airport.

2. AMASRA

Tempat Menarik di Turki

Amasra adalah sebuah bandar pelabuhan Laut Hitam kecil di Wilayah Bartın, Turki, yang dahulunya dikenali sebagai Amastris. Pekan ini dihiasi keindahan pantai dan persekitaran semulajadi, yang menjadikan ia salah satu lokasi pelancongan. Menjadikan ia lebih menarik kerana sekali imbas macam sebuah kota lama yang berada di tengah Tasik yang luas tetapi lokasi berikut adalah kawasan bangunan penduduk dan mempunyai sebuah jambatan yang menjadi penghubung jalan buat orang ramai laluinya. Sesiapa yang suka travel berkonsepkan “Heritage” dan pemandangan sangat sesuai untuk ke sini.

Perjalanan dari Istanbul ke Amasra mengambil masa selama sekitar 5-6 jam dengan menaiki kenderaan darat, jika melalui penerbangan mengambil masa selama 1 jam 15 minit ke Zonguldak Caycuma Airport.

3. ARTVIN

Tempat Menarik di Turki

Artvin adalah sebuah bandar di timur laut Turki kira-kira 30 km darat dari Laut Hitam. Ia terletak di atas bukit yang menghadap Sungai Çoruh berhampiran Empangan Deriner

Di Artvin Karagöl ini kaya dengan keindahan alam semula jadi seperti ala-ala di Switzerland. Kecantiknya yang kaya dengan keindahan alam ia menjadikan pilihan buat sesiapa yang suka lakukan aktiviti “Camping” di kawasan tersebut, jadi tunggu apalagi jom kita ke sini.

Tempoh perjalanan dari Istanbul ke Artvin mengambil masa selama sekitar 15-16 jam dengan menaiki kenderaan darat, jika melalui penerbangan mengambil masa selama 1 jam 35 minit ke Trabzon Airport dan perlu mengambil kenderaan darat ke Artvin selama 3-4 jam.

4. BUTTERFLY VALLEY

Tempat Menarik di Turki

Butterfly Valley adalah lembah di daerah Fethiye di Provinsi Muğla, Turki barat daya, yang merupakan rumah bagi spesies rama-rama yang pelbagai. Selain itu, buat sesiapa yang suka untuk lakukan aktiviti “Camping” dan bermandi-manda sangatlah sesuai untuk ke sini. Mencari lokasi travel yang mempunyai kawasan lembah bukit yang bertemankan sebuah teluk di lautan ke sini amatlah sesuai dan jarang orang kita ke sini sebenarnya. Tetapi bila dah sampai percayalah mesti taknak balik.

Perjalanan dari Istanbul ke Butterfly Valley, Fetihye mengambil masa selama sekitar 9-10 jam dengan menaiki kenderaan darat, jika melalui penerbangan mengambil masa selama 1 jam 10 minit ke Dalaman Airport dan perlu mengambil kenderaan darat ke Butterfly Valley pula selama sekitar 1 jam 20 minit.

5. KAŞ

Tempat Menarik di Turki

Kaş adalah sebuah bandar tepi pantai yang menghadap ke arah pantai Mediterranean di sebelah pantai barat Turki. Disini kalau sesiapa yang nak “Relaxing”, santai dan tenang melihat keindahan alam bolehlah kesini untuk menikmatinya. Kalau sesiapa yang mencari lokasi pantai di Turki ini sebaiknya datang ketika musim panas dari awal April sehingga September sebaiknya.

Perjalanan dari Istanbul ke Kaş mengambil masa selama sekitar 9-10 jam dengan menaiki kenderaan darat, jika melalui penerbangan mengambil masa selama sekitar 1 jam ke Dalaman Airport dan perlu menaiki kenderaan darat semula untuk ke Kaş sekitar 2 jam.

6. RIZE

Tempat Menarik di Turki

Rize adalah kota di bahagian timur Wilayah Laut Hitam Turki. Ia juga juga berada berhampiran dengan Trabzon, Turki. Banyak lagi sebenarnya yang menjadi tarikan utama di kawasan Trabzon ini, tapi ini antara yang admin rasa sangat menarik dan begitu indah tidak terkata. Buat sesiapa yang kaki ke puncak-puncak bukit dan gunung sini antara yang sesuai dan menarik kawasan ini juga admin nak beritahu diorang punya sarapan memang padu kerana mereka mempunyai cheese dan roti cara masakan mereka tersendiri yang begitu enak dan sedap, bayangkan makan sedap lepastu dihiasi pulak keindahan di puncak macam ni memang taknak balik la cerita dia.

Perjalanan dari Istanbul ke Rize mengambil masa selama sekitar 13-14 jam dengan menaiki kenderaan darat, jika melalui penerbangan mengambil masa selama 1 jam 35 minit ke Trabzon Airport.

7. MARMARIS

Tempat Menarik di Turki

Marmaris adalah sebuah bandar peranginan Mediterranean di sepanjang Riviera Turki (juga dikenali sebagai Turquoise Coast) salah satu pusat peranginan di tepi laut. Marmaris duduk di lembah di antara gunung-gunung hutan dan pantai serta ia amat sesuai untuk melakukan aktiviti berlayar dan menyelam. Buat sesiapa yang nak travel berkonsepkan santai dan bermandi-manda bolehlah ke sini. Nak lagi padu boleh sewa Bot Mewah kan?, apa salahnya kalau ke sini jadi mewah sikit kan ” Benda boleh sewa Bot Mewah buat apa beli Stroller ye dok ” gurau-gurau.

Perjalanan dari Istanbul ke Marmaris ini mengambil masa selama sekitar 8-9 jam dengan menaiki kenderaan darat, jika melalui penerbangan mengambil masa selama 1 jam 10 minit ke Dalaman Airport.

8. NEMRUT DAĞ, KAHTA : MOUNT OF GOD

Tempat Menarik di Turki

Nemrut daği, “Nemrut” atau “Nemrud” adalah gunung berukuran 2,134 meter di tenggara Turki serta merupakan puncak tertinggi di Mesopotamia.

Menjadi tumpuan terkenal kerana puncaknya memiliki beberapa patung yang berkepala didirikan di sekitar puncak dan ianya dikatakan salah sebuah makam diraja dari abad ke-1 SM dan keunikkan yang dicari adalah dapat melihat keindahan terbitnya matahari di pagi hari ketika berada di puncak.

Perjalanan dari Istanbul ke Kahta mengambil masa selama sekitar 14-15 jam dengan menaiki kenderaan darat, jika melalui penerbangan mengambil masa selama 1 jam 35 minit ke Adıyaman Airport dan perlu menaiki kenderaan darat ke Kahta ini selama 1 jam 20 minit.

9. ŞANLIURFA

Tempat Menarik di Turki

Sanilurfa/Urfa secara rasmi dikenali sebagai Şanlıurfa dan dikenali pada zaman purba sebagai Edessa, adalah sebuah bandar dengan penduduk lebih dari 2 juta penduduk Wilayah Şanlıurfa ini. Urfa adalah bandar berbilang bangsa dengan penduduk Turki, Kurdi, Armenia dan Arab. Yang menjadi tarikan disini adalah kerana dikatakan sebagai “City of Prophets” disebabkan ada kaitan bersama Nabi Ibrahim serta mempunyai beberapa peninggalan dan kisah. Buat sesiapa yang mencari lokasi sejarah Islam boleh juga ke sini selain dari Istanbul, Bursa, Konya dan lain-lain.

Perjalanan dari Istanbul ke Şanlıurfa mengambil masa selama sekitar 14-15 jam dengan menaiki kenderaan darat, jika melalui penerbangan mengambil masa selama 1 jam 45 minit ke Şanlıurfa Airport.

10. AMASYA

Tempat Menarik di Turki

Amasya adalah sebuah bandar terletak di Utara Turki, Wilayah Laut Hitam. Ia juga berada berdekatan dengan wilayah Samsun. Keindahan yang dapat dilihat di bandar Amasya ini dapat dilihat bangunan-bangunan berada begitu dekat dengan Istana yang berada di kaki bukit.

Selain itu, “Magnificent Night” di Yeşilırmak River, Amasya ini antara yang menjadi tarikan utama disana ketika melakukan “Night Tour” kerana disekeliling kawasan sisir sungai tersebut di hiasi lampu-lampu yang indah menemani kesunyian malam.

Perjalanan dari Istanbul ke Amasya mengambil masa selama sekitar 7 jam dengan menaiki kenderaan darat, jika melalui penerbangan mengambil masa selama 1 jam 20 minit.

Jadi moga boleh menjadi “TRAVEL LIST” anda akan datang kan, sebab TURKI besar okay sebulan pun belum cukup untuk terokai.

Tips Travel : Pastikan anda dalam keadaan sihat tubuh badan, sihat duit dan ilmu ya. Travel tu travel juga tapi pastikan anda siap semua persiapan sebelum Travel dan yang pasti jangan cerewet dan moga berseronok ketika Travel. Moga semua yang membaca dilindungi dan dipermudahkan urusan walau kemana jua buat semua KakiTravel.

Baca juga: 25 Tips Travel

error: Content is protected !!