Tempat-Tempat Menarik Di Korea Selatan Untuk Dilawati
Korea Selatan sangat terkenal dengan keunikan budaya dan tempat-tempat pelancongan. Kimchi, K-Pop, K-Drama inilah tiga elemen utama Korea. Bagi mereka yang meminati K-Pop dan K-Drama, Korea semestinya menjadi destinasi pilihan untuk bercuti. Namun hakikatnya, Korea sangat ideal dilawati oleh semua orang. Ini kerana, terdapat banyak tempat menarik yang anda boleh lawati di sini. Sebenarnya banyak lagi sudut lain Korea Selatan yang tersembunyi, dinanti untuk anda terokai. Adakah anda sudah tahu tempat-tempat menarik di Korea Selatan yang boleh anda kunjungi?
Korea adalah salah satu tempat percutian yang sangat digemari oleh orang Malaysia. Bukan sekadar budaya K-pop yang menjadi alasan untuk berkunjung ke sana, tetapi negara 4 musim ini tentunya menjanjikan keindahan semulajadi yang unik untuk percutian musim sejuk, musim bunga, musim panas mahupun musim luruh. Dan bagi anda yang sukakan produk kosmetik, Korea pasti membuatkan anda rambang mata. Anda boleh dapatkan face mask dengan harga yang jauh lebih murah daripada pasaran di Malaysia.
Ramai antara mereka amat meminati gaya hidup masyarakat Korea, makanan, budaya, tempat menarik di Korea dan juga tentulah rupa paras masyarakat Korea yang sangat comel, putih, cantik dan hensem. Adakah anda juga begitu? Tidak juga, sebenarnya ramai yang sudah jatuh hati pada keindahan negara mereka yang bersih ibarat kapas putih yang bersih serta sejuk umpama salju itu.
Di sini, kami senaraikan beberapa tempat menarik yang anda boleh lawati semasa berada di Korea Selatan.
1. Lotte World
Lotte World adalah taman tema indoor terbesar di dunia. Sejak dibuka pada tahun 1989, taman tema ini sesuai dikunjungi seisi keluarga tidak kira musim. Taman tema ini menjadi kunjungan dari berjuta pelancong setiap tahun. Lotte World dibahagikan kepada dua bahagian utama iaitu Indoor Adventure Theme setinggi 4 tingkat dan juga Magic Island Theme yang terletak di sebelah luar.
Di sini terdapat 45 tarikan yang harus anda kunjungi. Pelbagai aktiviti yang anda boleh lakukan di sini. Selain itu, di kawasan outdoor Lotte World terdapat cartoon character parade yang berbeza-beza mengikut tema bulanan. Lotte World juga terdapat tempat membeli belah dan juga hotel bagi kemudahan pada pengunjung.
Waktu Operasi: Isnin – Khamis (9.30pagi – 10.00malam) | Jumaat & Sabtu (9.30pagi – 11.00malam)
Bayaran: Dari 36,000 Won
Lokasi: 240 Olympic-ro, Jamsil 3(sam)-dong, Songpa-gu, Seoul
2. Namdaemun Market
Dinamakan sempenan tempat berdekatan iaitu Namdaemun (Gerbang Besar Selatan) dan terletak berhampiran pusat bandar, pasar ini merupakan pasar borong terbesar di Korea merangkumi kawasan seluas lebih 10 ekar. Dengan sekitar 17,000 buah gerai, Namdaemun Market adalah sebuah pasar yang perlu anda lawati untuk menghilangkan kempunan membeli-belah anda. Antara barangan yang terdapat di sini adalah pakaian, peralatan menulis, karya seni, aksesori, topi, mainan, barangan kaca dan banyak lagi, apa sahaja yang terlintas di fikiran, mungkin ada di sini.
Waktu Operasi: Isnin – Sabtu (11.00malam – 4.00pagi)
Lokasi: 21 Namdaemunsijang 4-gil, Namchang-dong, Jung-gu, Seoul
3. Nami Island
Nami Island atau Pulau Nami merupakan sebuah pulau yang agak unik kerana bentuknya seakan-akan bulan sabit. Ia merupakan hasil daripada pembinaan Empangan Cheongpyeong. Drama terkenal Winter Sonata dirakamkan di sini bersama pemandangan indah di musim salji. Terdapat dua cara untuk masuk ke Pulau Nami iaitu dengan menaiki feri atau melalui zipline bagi yang sukakan cabaran. Pelbagai hidangan boleh dinikmati di beberapa restoran yang disediakan. Antara makanan yang terkenal adalah ‘nasi goncang’ atau dosirak.
Tiket: [Naminara Visa (Entrance Fee + Farry Fare] Dewasa 13,000 won | Remaja 10,000 won | Kanak-kanak (4-12 Tahun) 7,000 won
Waktu Operasi: Mengikut jadual Feri 07:30-09:00 (30 minit pusingan) | 09:00-18:00 (10-20 minit pusingan) | 18:00-21:40 (30 minit pusingan)
4. Petite France
Petite France mampu memberikan anda perasaan dan pengalaman berada di Perancis. Ia merupakan sebuah lokasi yang terletak di Gapyeong. Ia merupakan sebuah taman tema yang dibangunkan dengan senibina asli Perancis. Kawasan ini juga direka dengan seni berdasarkan pengembaraan The Little Prince menurut novel tersebut.
Lokasi: Hoban-ro, Oeseo-myeon, Gapyeong-gun, Gyeonggi-do, South Korea
Tiket: Dewasa 10,000 won | Remaja 8,000 won | Kanak-kanak (4-12 Tahun) 6,000 won
Waktu Operasi: 09:00-18:00
5. Resort Ski Yongpyong
Apabila berkunjung ke Korea pada musim sejuk, tak sahlah kalau tak mencuba aktiviti ski di Yongpyong Ski Resort. Ski Resort terkemuka ini merupakan tempat terbaik untuk pengalaman aktiviti ski pertama anda. Dengan purata salji tahunan 250 cm, kawasan persekitarannya adalah begitu indah, yang membolehkan pengunjung menikmati pelbagai sukan musim sejuk termasuklah ski dari pertengahan November hingga awal April.
Lokasi: 130 Daegwalnyeong-myeon, Pyeongchang-gun, Gangwon-do, South Korea
6. Changdeokgung Palace
Changdeokgung Palace merupakan salah satu daripada tempat tinggal bagi keluarga diraja Korea. Untuk menerokai seluruh kawasan istana ini, anda memerlukan sekurang-kurangnya 2 jam. Tak cukup dengan keindahan istana ini, di luarnya pula terdapat taman yang cukup mengasyikkan keindahannya.
Terdapat beberapa buah kolam teratai dan dikelilingi dengan pokok-pokok yang penuh warna-warni terutama pada musim luruh, suasana di taman ini kelihatan sungguh magikal. Pejamkan mata dan bayangkan anda sedang berjalan-jalan dengan keluarga raja di sini.
Lokasi: 99, Yulgok-ro, Jongno-gu, Seoul 03072, South Korea
7. Itaewon
Seoul Central Mosque ini terletak di Itaewon. Masjid berkeluasan 1,500 meter persegi ini siap dibina pada 1976 dengan bantuan dana dari kerajaan Saudi dan negara timur tengah lain. Seoul Central Mosque terletak di antara Sungai Han dan Namsan. Pelbagai makanan seperti kebab Turki dan makanan Indonesia dijual di kawasan ini bagi santapan pengunjung. terdapat beberapa deretan kedai untuk para pengunjung membeli belah.
Lokasi: 39 Usadan-ro 10-gil, Hannam-dong, Yongsan-gu, Seoul
8. Myeong Dong Market
Myeong Dong adalah tempat wajib anda lawati ketika bercuti di Korea. Kawasan ini sangat meriah. Tempat ni merupakan syurga membeli-belah. Pelbagai barangan yang best dijual di sini seperti kosmetik, jenama spa global, kasut, pakaian dan macam-macam lagi. Tapi, anda dinasihatkan survey dahulu harga barangan di sini. Ini kerana, Myeongdong Market tersenarai sebagai Top 10 Most Expensive Shopping Street di dunia.
Lokasi: Myeong Dong, Jung-gu, Seoul
9. 83 Tower
83 Tower di Daegu adalah sebuah bangunan mercu tanda yang dikatakan sebagai menara tertinggi yang menjadi kegilaan ramai pelancong. Ramai pelancong yang datang ke sini pada malam hari untuk menikmati pemandangan indah lampu-lampu di seluruh kota. Datanglah ke sini pada hari Festival Starlight diadakan, pada waktu ini, sekitar 8 juta lampu LED dinyalakan di sekitar menara.
Lokasi: 200, Duryugongwon-ro, Dalseo-gu, Daegu
Banyak sekali tarikan yang ditawarkan Korea Selatan ini. Seminggu pun tak cukup untuk melawat kesemuanya.
Baca juga: Ini 10 Tempat Yang Mesti Pergi Di Jepun Sekiranya Anda Peminat Anime
Kalau anda ingin memaksimakan destinasi-destinasi yang dapat anda sekeluarga lawati semasa di Korea nanti, rancanglah perjalanan anda dengan teliti sebab bukan selalu dapat terbang ke negara orang ini. Tarikan alam semulajadi, lokasi bersejarah, street art, perkampungan dengan karektor tersendiri, gerai makanan yang enak, taman tema, muzium interaktif dan banyak lagi tarikan unik yang lain, semuanya terdapat di sini.
[notificationx id=3874]