Ramai yang pilih untuk melancong terus tanpa mengambil kira pandangan dan pendapat daripada mereka yang pernah melancong ke sesebuah destinasi tersebut. Kononnya kita nak merasai sendiri tanpa anda pengetahuan. Baru exciting!

Silap sebenarnya kalau anda fikir macam tu. Ada ketikanya sesuai untuk anda berfikiran sedemikian tapi kebanyakan masanya anda akan menyesal sebab tak nak dengar tips dari orang lain.

Haa.. Post kali ni lebih kepada perkongsian tips travel yang telah kami kumpul hasil daripada pengalaman sendiri dan juga pengalaman individu lain yang telah melancong serta meneroka hampir seluruh dunia.

Dah ready nak baca semua tips ni? Orait. Jom mula!

1. FLEKSIBEL

Macam mana tu? Okay. Bayangkan kalau anda dah plan semuanya tapi tiba-tiba ada beberapa hal yang berlaku yang menyebabkan anda delay atau terlepas plan anda. Waktu-waktu macam ni anda kena banyak bersabar.

Kesabaran tu antara kunci paling penting bila anda travel ke tempat lain. Anda sendiri pun tahu yang tempat tersebut adalah asing buat anda. Sedangkan dalam negara pun anda boleh terlepas bas atau pengangkutan awam sebab tersalah baca jadual. Inikan pula di tempat orang yang anda betul-betul first time berkunjung.

Anda kena jadi lebih fleksibel dan boleh mengubah plan anda mengikut situasi. Okay?

2. SEDIAKAN SENARAI

Ramai yang buat senarai. Tapi kebanyakannya buat dan save dalam kepala. Silap sebenarnya bila anda buat macam ni. Berdasarkan pengalaman, apa yang anda ingat tu lah yang anda akan terlupa bila anda dah sampai ke ddestinasi.

Jadi, ambil masa untuk anda tulis kesemua perkara penting yang anda ingin lakukan atau dapatkan di lokasi travel anda nanti sekurang-kurangnya seminggu sebelum anda bertolak. Tulis didalam sebuah buku dan simpanya baik-baik. Bila dah sampai nanti, buka dan belek semula.

3. BELAJAR AYAT ASAS PENDUDUK TEMPATAN
Kalau sekalipun anda mempunyai penguasaan Bahasa Inggeris yang bagus, anda tak boleh terlalu confident apabila anda ke luar negara kerana banyak juga negara yang tidak menggunakan Bahasa Inggeris sebagai bahasa pertuturan mereka. Ditambah pula dengan penguasaan Bahasa Inggeris yang lemah oleh penduduk tempatan, memang akan menimbulkan masalah buat anda.

Tak perlu belajar yang kompleks pun. Cukup dengan belajar ayat simple seperti “terima kasih”, “maaf”, dan beberapa ayat seperti nak bertanyakan status makanan tersebut halal atau tidak. Simple kan?

4. BAWA BATERI KAMERA “SPARE”

Situasi ni antara situasi yang paling kerap berlaku dimana anda dah sampai di lokasi bergambar yang sangat menarik tapi kamera anda pula habis bateri. Rugi lah rasanya. Bukan senang untuk anda travel ke luar tapi bila jadi macam ni, redha je lah.

Sebab itulah ramai yang sarankan untuk membawa sekurang-kurangnya satu bateri spare. Mungkin ada yang kata gambar tu tiada makna apa-apa. Pengalaman yang paling penting. Tapi, kadang-kadang anda perlukan juga gambar untuk anda mengimbau semula memori anda disana dan untuk dikongsikan dengan rakan-rakan.

5. BAWA KAIN SARONG

Bunyi macam pelik kan? Tapi, kalau anda nak tahu, dah beberapa kali sebenarnya kain sarong ni menyelamatkan keadaan ramai individu bila travel. Kain sarong boleh digunakan sewaktu anda sejuk, boleh digunakan sebagai tuala, sebagai langsir dan bermacam-macam fungsi lain lagi.

Jadi, pastikan anda beli siap-siap kain sarong yang cantik warna dan baik kondisinya supaya senang bila anda perlukannya nanti tak perlulah anda risau ia akan menjatuhkan imej anda.

6. DAPATKAN “TRAVEL INSURANCE”

Mungkin ada sesetengah daripada anda yang agak skeptikal dengan insurans. Tapi, percayalah yang insurans ni akan jadi sangat berguna bila anda travel. Terutamanya kalau ada emergency atau kejadian-kejadian yang tidak diingini berlaku.

Anda boleh dapatkan khidmat nasihat perunding insurans untuk dapatkan nasihat berkenaan “travel insurance” yang paling sesuai dengan anda.

7. BUAT SALINAN DOKUMEN

Mungkin anda pernah buat sewaktu anda mula-mula travel dulu dan anda mula lihat ia tidaklah begitu penting dan anda pun stop buat. Kami ada satu kisah berkenaan seorang individu yang kehilangan passportnya di lapangan terbang.

Individu tersebut telah diberitahu jika dia membawa salinan passportnya, dia boleh dibenarkan untuk menaiki flight. Tapi sayang. Dia tak ada salinan dan terpaksa lah melupakan hasratnya untuk melancong ke Eropah. Duit pun “burn” macam tu saja.

8. BAWA PAKAIAN DALAM EKSTRA

Sebenarnya tak salah pun untuk anda sediakan pakaian dalam lebih dari kebiasaan. Hal ini kerana ada masanya anda dalam “kecemasan” dan terpaksa menukar pakaian dalam anda.

Lagipun bukanlah besar mana pakaian dalam anda tu. Bagus juga untuk anda bawa lebih untuk tujuan kebersihan. Risau juga nanti macam-macam penyakit anda dapat sebab pakai yang sama berhari-hari. Cari pakaian dalam yang mudah basuh dan mudah kering.

Sekian saja 25 TIPS TRAVEL untuk bahagian pertama. Nantikan sambungan bahagian seterusnya ya? Jumpa lagi!

Jangan lupa booking penginapan anda di Airbnb bagi mendapatkan harga terbaik. Terdapat pelbagai pilihan homestay disitu.

Jangan lupa like page kami Destinasi Percutian dan Follow instagram kami Destinasi Percutian

Share on facebook
Facebook
Share on twitter
Twitter
Share on whatsapp
WhatsApp
Share on telegram
Telegram
100,000 orang pembaca destinasipercutian.com telah mendaftar AirBNB dan mendapat penjimatan
Klik SINI