Tempat Menarik di Sekinchan Yang Popular Untuk Seisi Keluarga

Terdapat pelbagai destinasi tempat menarik di Sekinchan untuk anda kunjungi. Sekinchan adalah sebuah kawasan yang terletak di Selangor. Ia merupakan sebuah bandar kecil yang terkenal dengan aktiviti pertanian padi dan hasil laut.

Sekinchan menawarkan pengalaman yang unik dengan menggabungkan keindahan alam, tradisi pertanian, dan budaya nelayan. Ia adalah destinasi yang menarik untuk dilawati serta mempunyai pelbagai aktiviti untuk seisi keluarga serta sesuai bagi mereka yang ingin merasai kehidupan desa Malaysia dan menikmati keindahan alam semulajadi.

Tempat Menarik di Sekinchan

Ayuh kita selusuri beberapa tempat menarik di Sekinchan yang telah DP susun untuk anda semua.

Pantai Cermin (Sky Mirror)

Pantai Cermin (Sky Mirror) merupakan port cantik untuk Selfie dan antara tempat menarik di Sekinchan tapi kena tahan panas jika trip pukul 10 pagi.

Tempat Menarik di Sekinchan Pantai Cermin (Sky Mirror)

Sky Mirror merupakan tarikan terbaru di Kuala Selangor yang terletak kira-kira 15 minit perjalanan dari Kampung Sasaran, Kuala Selangor. Tapi lokasi dia bukanlah dekat dengan darat tau.

Siapa sangka ‘Pulau Misteri’ ini seolah-olah penemuan baru sebagai pelancongan menarik di Kuala Selangor. Pulau di tengah-tengah laut yang muncul di pagi hari dan hilang sehabisnya senja.

Fenomena ini hanya terjadi pada 6 hari setiap bulan mengikut kalendar lunar masyarakat cina, iaitu hari 1, 2, 14, 15, 16 & 30. So rancang perjalanan travel anda.

Lokasi: Pekan Lama Kuala Selangor ( Lebih kurang sejam perjalanan dari Shah Alam)

Laman Tebu Aidil

Laman Tebu Aidil sekinchan

Layan Air Tebu fresh hangat-hangat lepas duduk healing dekat bendang boleh hilang dahaga. Tebu pon boleh jadi cantik. Tengah-tengah ada tali air. Meja disusun di antara pokok-pokok tebu. Keliling pula ada bendang. Memang best. Ada banyak kuih muih, laksa, mee kari, ayam panggang dan yang penting mesti lah air tebu segar.

Baca Juga  Lost World Of Tambun Akan Dibuka Secara Percuma Kepada Umum Pada 19 Februari 2019

Lokasi: Parit 3 1/2 Sungai Haji Dorani 45300 Sungai Besar, Selangor

Pasar Jerami Ban Kenal

Pasar Jerami Ban Kenal di sekinchan

Kalau nak OOTD, jangan lupa lawati tempat menarik di Sekinchan yang menjadi pilihan mereka yang suka bergambar. Pemandangan yang cantik dengan angin dari sawah padi yang mendamaikan. Makanan pun sedap.

Pemandangan yang cantik dengan angin dari sawah padi yang mendamaikan. Makanan pun sedap. Lepak makan sambil menikmati keindahan alam. Tempat yang menarik dan cantik yang sangat sesuai untuk mereka yang suka bergambar dan OOTD.

Lokasi: jalan tali air parit 14 simpang 5, Selangor, Malaysia 45300 Sungai Besar, Selangor

Eagle Feeding di Pasir Penambang

Eagle Feeding di Pasir Penambang sekinchan

Eagle Feeding adalah salah satu tarikan utama di Kuala Selangor. Anda akan dapat mengalami 20-40 helang terbang di langit dan menunggu makanan dari pemandu pelancong anda. Eagle Feeding akan menjadi pengalaman indah anda di Kuala Selangor. Eagle Feeding dimulakan dengan perjalanan perahu dari jeti di Kuala Selangor ke muara Sungai Selangor.

Dan jika datang pada waktu senja, jangan lupa untuk ambik gambar dan melihat Matahari Terbenam memang cantik sungguh indah dipandang.

Lokasi: Pasir Penambang, 45000 Kuala Selangor, Selangor

Ah Ma House

Ah Ma House sekinchan

Ah Ma House terletak di Sekinchan, merupakan sebuah kedai bakeri yang menjual Kuih Kapit (waffle telur) dengan rasa tradisional yang kaya. Ah Ma House juga sesuai untuk pengunjung yang ingin mengambil gambar kerana terdapat banyak perabot dan peralatan tradisional yang telah digunakan selama beberapa dekad. Mereka juga menjual snek tempatan Malaysia lain, biskut, dan pencuci mulut.

Ah Ma House menjaga kualiti produk mereka dengan konsep ‘buat sekarang-jual sekarang’ dalam membuat waffle telur mereka. Ah Ma bermaksud nenek dalam dialek Hokkien.

Baca Juga  Itinerari Solo Ke Pulau Perhentian Selama 2 Hari 1 Malam

Pengunjung dapat mengalami cara tradisional pembuatan Kuih Kapit / waffle telur. Kuih Kapit dibuat dengan memasukkan adunan telur ke dalam acuan besi dan membakar di atas arang. Waffle telur yang dijual di sini ialah Grandma Egg Waffle yang mempunyai rasa tradisional zaman dulu.

Lokasi: Lot 10376, Jalan Tali Air 5, 45400 Sekinchan

Sekinchan Coconut Farm

Dekat Sekinchan ada sebuah tempat menarik iaitu kedai dalam kebun kelapa. Unik betul. Weekend ni boleh lah bawa family jalan jalan minum Coconut Shake sambil menikmati udara segar dalam ni! Nyaman je makan kat sini. Nak rasa segar panas-panas minum air kelapa, coconut shake dia sedap sangat sejuk tekak. Layan laksa, ramen, oden, cucur udang bawah pokok kelapa. Redup dan berangin jer.

Lokasi: Lot 14307, Jalan Tali Air 4 45400 Sekincan, Selangor

MSekin Wonderland

Msekin Wonderland adalah tarikan baharu di Sekinchan dan merupakan antara tempat menarik di Sekinchan untuk keluarga. MSekin Wonderland yang memang sesuai untuk family getaway. Anak-anak confirm suka bermandi-manda di sini kerana terdapat 10 jenis kolam yang pelbagai saiz tau.

MSekin Wonderland

Selain tu, ada juga ATV, trampoline, basikal elektrik, restoran ikan bakar dan juga gerai menjual produk tempatan. Taman tema ini terletak berhampiran dengan pantai, pemandangan pun cukup cantik, sesuai untuk bergambar dan santai bersama keluarga. Kalau nak stay di situ, hotel dan resort pun ada.

Harga bagi dewasa adalah RM 35 manakala bagi kanak-kanak RM 20. Banyak lagi tarikan yang bakal dibuka bagi fasa 2 pembukaan taman tema ini. Memang menarik! Kalau anda ke Sekinchan boleh la singgah di sini.

Lokasi: Msekin Wonderland, No 358, Jalan Pantai Redang, Bagan Sekinchan, 45400 Sekinchan, Selangor

Baca Juga  Penginapan Percutian di Sitiawan - TEDUH Homestay

Galeri Padi Sekinchan atau Paddy Gallery

Galeri Padi Sekinchan

Paddy gallery dimana tempat untuk pemprosesan padi untuk dijadikan beras. Di kilang ini jugak diterangkan bagaimana cara tanaman padi disawah dan dibawa ke kilang.

Bukit Melawati

Terletak lebih kurang 1 jam sahaja dari Kuala Lumpur, anda boleh buat trip balik hari ja kalau sini sambil sambil jalan ke Sekinchan atau Tanjung Karang.

Bukit Melawati menjadi tempat yang sesuai untuk bersama dengan anak anak melihat pemandangan dari puncak bukit (yang dahulunya sebuah kubu) dan pada masa yang sama dapat belajar sejarah penting negeri Selangor.

Untuk naik ke Puncak Bukit ada dua cara iaitu jalan kaki ataupun naik trem.
Tambang tram:
Kanak² – RM 3
Dewasa – RM5

Waktu operasi
Isnin – Jumaat
9:00 pagi – 4 petang
(Tram terakhir dari puncak 4:30 petang)

Sabtu, Ahad dan Cuti Umum
9:00 pagi hingga 6 petang
(Tram terakhir dari puncak bukit jam 6:30 petang)

Terminal Sekinchan

Terminal Sekinchan

Kawasan ditutup. Seperti ada kerja kerja menaik taraf tapi masih boleh ambil gambar dari kawasan berdekatan.

Sekian sahaja tempat menarik di Sekinchan oleh kami. Pastikan anda melawat semua tempat yang kami nyatakan ini tau.

Sekiranya anda melawat tempat lain di Selangor bolehla baca artikel kami tentang tempat menarik di Selangor ini

error: Content is protected !!