Teluk Senangin Salah Satu Lokasi Menarik Untuk Percutian Keluarga

Perak mempunyai beberapa lokasi pantai peranginan yang popular di kalangan pelancong untuk bercuti. Salah satunya adalah di Teluk Senangin yang terletak di Lumut dan tidak jauh dari jeti ke Pulau Pangkor.

Ia adalah sebuah kawasan pantai yang cantik dan sentiasa menjadi lokasi perkelahan penduduk setempat. Tidak ramai yang mengetahui bahawa Teluk Senangin di Perak adalah salah satu tempat menarik di Perak untuk percutian.

Pakej Percutian Termurah hanya di CUTI-CUTI MALAYSIA

Seandainya anda berpeluang ke Teluk Senangin, untuk penginapan di Perth boleh tengok: Senarai Penginapan di Teluk Senangin

Teluk Senangin

Teluk Senangin Salah Satu Lokasi Menarik Untuk Percutian Keluarga

Kawasan pantai Teluk Senangin mempunyai pesisiran pantai yang lapang & pasir yang halus serta sesuai untuk aktiviti suka ria tepi pantai bersama anak-anak. Dari pantai Teluk Senangin, pengunjung boleh melihat Pulau Pangkor yang jauh ditengah laut. Keistimewaan pantai perkelahan Teluk Senangin, Manjung, Perak mampu mencuri tumpuan pencinta alam yang inginkan suasana perkelahan santai lagi mendamaikan dengan keindahan pantai bercirikan desa.

Teluk Senangin

Deretan pokok-pokok rhu ditepi pantai pula menambah keindahan disini. Bagi anda yang ingin keluar dari kesibukan kota, suasana damai dan keindahan Teluk Senangin pasti memberi ketenangan yang anda inginkan. Kebiruan air laut dan pasir putih ditambah dengan keredupan pohon rhu di sepanjang kawasan pantai menjadikan ia lokasi perkelahan paling digemari penduduk setempat.

Teluk Senangin yang terletak kira-kira 32 kilometer (km) dari bandar Sitiawan dengan hutan di sepanjang jalan masuk ke kawasan itu memberi ketenangan kepada pengunjung.

Teluk Senangin

Teluk Senangin mungkin tidak sepopular destinasi pantai peranginan lain seperti di Pulau Pangkor atau di Port Dickson namun tetap mempunyai tarikan yang sangat sesuai untuk mereka yang inginkan destinasi percutian tepi pantai yang santai. Malah, destinasi ini juga tidaklah sesibuk di pantai popular lain & lebih terasa menenangkan.

Satu faktor yang mungkin menyebabkan ia kurang popular ialah kerana lokasinya yang agak jauh dari pekan. Namun itu bukanlah kekurangan sebaliknya memberi satu pilihan kepada pengunjung yang inginkan percutian yang tenang dan damai di tepi pantai. Di sini juga ada aktiviti-aktiviti sukan air seperti banana ride atau menaiki bot.

Teluk Senangin

Pilihan penginapan seperti chalet atau hotel di sini tidak kurang banyaknya. Lokasinya sangat menarik di tepi pantai & kalau dapat bilik mengadap pantai memang sangat seronok & romantis. Sesuai untuk anda berbulan madu di tepi pantai di Perak. Pilihan makan-makan berdekatan Pantai Senangin tidaklah terlalu banyak & sekiranya anda ingin destinasi yang lebih banyak pilihan restoran, boleh ke sekitar Lumut yang popular dengan menu ikan bakar & masakan ala Thai.

Kemudahan asas di pantai ini juga dilengkapi tandas awam, deretan kedai makan, cenderahati dan kawasan tempat letak kenderaan yang luas memudahkan pengunjung. Pantai Teluk Senangin juga dianggap syurga pemancing, malah pertandingan memancing kerap diadakan di pantai ini.

Baca juga: Pulau Pangkor

Jangan lupa booking penginapan anda jika ke sini di AGODA bagi mendapatkan harga terbaik. Terdapat pelbagai pilihan hotel, homestay disitu.

Jangan lupa like page kami Destinasi Percutian dan Follow instagram kami Destinasi Percutian

error: Content is protected !!