Ketika sedang bercuti ke sebuah tempat yang menarik rasanya kurang lengkap kalau tidak mengambil gambar selfie sebagai kenang-kenangan. Tipulah kalau anda tak pernah berselfie. Fenomena yang pernah menjadi ikutan ramai di seluruh pelusuk dunia tidak lama dahulu telah menjadi sesuatu perkara yang normal masa kini. Tipulah kalau anda tidak pernah kecewa dengan gambar selfie yang anda ambil. Bila gambar dah cantik dah menarik mata pula terpejam, tudung tak betul lah dan yang paling sedih bila posing dah tip top macam artis muka pula nampak kusam. Mulalah anda semua stress kan?
Jom ikuti tips berikut agar menghasilkan travel selfie yang membuat orang lain berhenti untuk melihat malah meninggalkan komen.
5. Jauhkan Kamera dari Wajah
Nama pun selfie sudah pastilah harus ada wajah kita, tapi bukan bererti wajah kita memenuhi seluruh frame. Jika tidak mahu kelihatan chubby di dalam gambar, ambil foto dari arah atas wajah dan letakkan kamera sejauh mungkin dari wajah. Semakin jauh kamera dari wajah, semakin kurang peluang wajah terlihat lebar dan memenuhi gambar.
4. Tunjukkan Latar Belakang
Cara terbaik menunjukkan jika kita sedang ada di sesuatu tempat percutian adalah bergambar sekali dengan pemandangan kawasan yang menjadi tumpuan pelancong. Dimanapun berada pastikan selfie kita memasukkan landmark atau ciri khas tempat tersebut sebagai latar belakang.
3. Pencahayaan Yang Terang
Pencahayaan memang sangat penting. Lebih baik kalau cahaya semula jadi. Jadi ccari lokasi atau ruang yang terang untuk berselfie. Cahaya yang cukup dapat memberi refleksi yang cantik kepada gambar selfie anda. Sebaiknya, cari cahaya matahari kerana lebih natural biasannya dan pastikan pantulan cahaya berada dihadapan wajah anda dan bukannya di belakang anda. Pada waktu malam anda boleh menggunakan cahaya lampu tetapi elakkan nampak bayang-bayang dan pencahayaan pada waktu malam tidaklah secantik cahaya pada waktu siang.
2. Gunakan Lidah
Mungkin ini agar pelik bagi anda yang belum tahu. Tapi inilah cara paling berkesan untuk membuatkan muka kelihatan runcing. Caranya anda hanya menekan lidah anda ke atas lelangit sambil tersenyum. Teknik ini juga dapatlah menyembunyikan double chin anda. Sekaligus membuatkan wajah anda berseri dek kerana terlihat bentuk pipi pada wajah.
1. Berseronoklah
Personaliti seseorang dapat dinilai berdasarkan foto, jadi, kenapa perlu malu? Jadilah diri anda sendiri kerana itu lebih menyeronokan. Kalau anda rasa anda seorang yang happy-go-lucky, cubalah buat gaya mimik muka yang pelbagai bagi memberi variasi yang pelbagai kepada foto selfie anda nanti.
Jangan lupa booking penginapan anda di Airbnb bagi mendapatkan harga terbaik. Terdapat pelbagai pilihan homestay disitu.
Jangan lupa like page kami Destinasi Percutian dan Follow instagram kami Destinasi Percutian